CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kejam! 1 Keluarga Menggigil Kucing Peliharaan Mati Dipotong 4 Kaki

20-2-2021 10:12 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6625| Komen: 36

Bukan pencinta haiwan saja, sesiapa melihat kucing ini dianiaya dengan kejam pasti akan berasa sedih dan marah.

Lebih menyedihkan apabila kucing bunting ini dipotong keempat-empat kakinya.




Sebaik mendapat panggilan memaklumkan kucingnya mati dalam keadaan memilukan, pemiliknya, Mur Salina Junaidi, 20, bergegas pulang dari tempat kerja di Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur.

Terkejut dan menggigil apabila melihat sendiri bangkai haiwan itu yang ditinggalkan dalam sebuah kotak berhampiran kediamannya di Gombak, Selangor.

"Saya ada di pejabat. Kemudian keluarga maklumkan nampak kucing kami mati, ditinggalkan dalam kotak di belakang kereta.

"Kakinya seperti dipotong. Apabila diteliti dekat, seolah-olah keempat-empat kaki tu direntap sehingga tercabut.

"Macam tulang ayam yang ditarik dagingnya. Kucing saya yang mati tu namanya Cantik, tengan sarat mengandung," ujar Salina kepada mStar.




Berikutan kejadian, dia membuat laporan di Balai Polis Gombak pada hari sama kerana risau dengan apa yang berlaku.

"Kami semua ketar tangan, sebab tak pernah kena pengalaman macam ni. Satu famili sedih.

"Rasa terancam, sebab kucing saya seperti dibunuh ditempat lain sebelum ditinggalkan di dalam kotak. Kalau tak ada motif, kenapa tak buang terus je?

"Di kawasan rumah saya juga tiada sebarang kesan darah. Tak ada nak syak sesiapa, jiran-jiran saya pun mereka bela kucing.

"Di rumah saya ada enam ekor kucing semuanya," jelasnya lagi.


Kredit foto: IG/mStar

Masih bersedih dengan apa yang berlaku, Salina yang berkongsi mengenai kejadian berharap pelaku menerima hukuman setimpal dengan kekejaman dilakukannya.


Sumber: mStar

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
6

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote R2D2 20-2-2021 07:32 AM
Screenshot_1.jpg
Quote noor2 20-2-2021 07:58 AM
Aku doakan moga pelaku pembunuh tu hidup x kan senang dan sentiasa mengalami musibah sampai mati.
Quote insulin 20-2-2021 10:04 AM
Ini memang ekstrem.
Quote dua_chzy 20-2-2021 10:15 AM
Watdefak, WHY?! Harap ditangkap celaka ni ya! Ada harapan jadik pembunuh manusia jika dah puas dengan binatang yah!
Quote esbok 20-2-2021 10:23 AM
Zalim nya manusia

Jangan zalimi makhluk lain. Setimpal balasan yang kena. Bukan menyumpah. Kalau pembuatnya nanti hilang kaki dan tangan. Aku tak terkejut.
Quote missyL 20-2-2021 11:43 AM
Byk btol kes kat danau kota lately.huu

Kesan binatang x berdosa.
Try wat kt rimau plk..ade berani x..
Mentang2 la kucing kecik..
Quote SayaSayangMama 20-2-2021 12:06 PM
Ada pinjam along x ni
Quote bondeh 20-2-2021 12:30 PM
Semoga pelaku hidup dalam ketakutan semoga ahli keluarga nya ada yg terima nasib macam nih. Pegi mampossssss
Quote akies 20-2-2021 02:09 PM
Kucing ni dibiarkan berkeliaran ke?
Kejam nau sampai potong kaki semua
Quote iman_kasih 20-2-2021 02:37 PM
Lepas bebas berkeliaran ke kucing ni kat kawasan kejiranan tu? Takut ada yg marah walaupun x patut buat mcm ni.
Quote R2D2 20-2-2021 04:38 PM
Kucing bunting mati diseksa, kaki dikerat
ASYRAF MUHAMMAD | | 20 Februari 2021


KUALA LUMPUR - Polis merujuk kes penemuan bangkai kucing bunting tanpa keempat-empat kaki dipercayai akibat didera kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, polis juga sudah menerima laporan yang dibuat pemilik kucing berkenaan pada Jumaat berhubung kejadian itu.

"Kes ini dirujuk ke JPV. Semua kes melibatkan penganiayaan terhadap haiwan disiasat oleh jabatan tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sebelum ini, tular di media sosial berhubung kejadian itu apabila pemilik kucing berkenaan, Mur Salina Junaidi, 20, mendakwa haiwan peliharaannya yang diberi nama Cantik itu ditemui mati dalam kotak yang ditutup dengan kertas surat khabar.

Kotak berkenaan dijumpai berhampiran kereta milik bapa saudaranya di Taman Harmoni di sini.

Mur Salina berkata, kaki kucingnya itu mungkin dicabut dan dipatahkan oleh pelaku dan bukannya dikerat menggunakan peralatan tajam.

Susulan itu, Mur Salina membuat laporan di Balai Polis Gombak di sini.
Quote mistified 20-2-2021 06:43 PM
Psychopath.
Quote CiliPadiSedap 20-2-2021 08:48 PM
Check kucing ada kes berak.rumah jiran x?

Kedua pernah ada kes gaduh parking rumah jiran x? Atau dendam lama yang panas?

Kalau ada settlekan
Quote kiah_mai_pulak 20-2-2021 10:26 PM
allahuuuuu  apa nk jadi lah manusia berhati binatang yg suka seksa binatang ni ya?
Quote Perawankota 20-2-2021 10:28 PM
Sebak aku baca.. Perangai apalah sampai mcmtu sekali buat..
Quote lavendernovella 20-2-2021 10:39 PM
Harap hati2 lah penduduk sekitar kawasan ni , saikopat berkeliaran.. bukan senang nak siasat sapa orangnya. Personaliti luaran tak sama dengan dalaman.

Yg buat ni mmg konpem , syaitan dikalangan manusia.

Kaki2 tu buat apa? Ramuan ilmu hitam ker?
Quote ikanmasin 20-2-2021 10:41 PM
kalau pun tak suka kucing..perlu ke seksa kucing tu sampai jd mcm tu..tak apalah ko didunia lepas takde sapa yg nampak tp bila sampai masanya..ko dpt lah hasil apa yg ko buat kat kucing ni..dah lah tgh mengandung ko cacatkan lg 4 kaki kucing ni..sedihnya lah..sampai hati menganiaya kucing ni..
Quote Skuau 20-2-2021 10:58 PM
ni geng ilmu hitam ke hati drng bnyk hitam???
Quote farhani87 20-2-2021 11:20 PM
Kenapa kejam sgt.

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.069224 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top