Tahi lalat merupakan satu keadaan pada kulit yang biasa terjadi kepada ramai orang termasuk kanak-kanak. Bagaimanapun, terdapat beberapa keadaan tahi lalat yang tumbuh pada kanak-kanak boleh mendatangkan bahaya.
Secara umumnya, tahi lalat tumbuh ketika zaman kanak-kanak atau remaja dan ia boleh membesar serta berubah warna gelap sejajar dengan peredaran masa. Kebiasaannya ia tidak berbahaya. Bagaimanapun, kehadiran tahi lalat di bahagian tertentu badan boleh menjadi petanda melanoma atau kanser kulit. Berikut adalah beberapa tanda tahi lalat yang berbahaya dan perlu dirujuk ke hospital. 1. Perubahan tahi lalat Tahi lalat yang tumbuh atau berubah warna adalah normal namun anda perlu berwaspada jika ia mengalami perubahan dengan sangat cepat. 2. Tahi lalat berbentuk kubah, bergerigi Jika tahi lalat tumbuh menonjol seperti bentuk kubah berwarna kemerah-merahan atau coklat gelap ia mungkin adalah spitz nevus. Spit nevus biasanya muncul ketika seseorang berusia 10 ke 20 tahun. Meskipun tidak bahaya, tetapi keadaan itu serupa dengan melanoma yang boleh berdarah, pecah dan membesar dengan luar biasa. 3. Berdarah Tahi lalat yang berdarah tanpa sebab meskipun tidak diusik berkemungkinan petanda melanoma. Segeralah berjumpa doktor. 4. Jumlah tahi lalat banyak Secara umumnya, orang dewasa akan mempunyai 10 ke 20 tahi lalat pada tubuh mereka namun jika kanak-kanak mempunyai 50 tahi lalat, waspadalah! Ia boleh menceritakan tentang keadaan kesihatan kanak-kanak, sama ada melanoma, kanser atau penyakit kulit yang lain. 5. Saiz Selalunya saiz tahi lalat hanya kecil dan tidak menonjol. Bagaimanapun, ada sesetengah kanak-kanak saiz tahi lalat mereka cepat membesar dan berbentuk luar biasa. Kanak-kanak yang memiliki tahi lalat yang besar berisiko mengalami melanoma dan masalah kesihatan lain. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT