CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kahwin Muda, Berkereta Mewah, Bisnes Laku Teruk! Netizen Minta LHDN Siasat Pasangan Ini

22-2-2021 12:42 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 15841| Komen: 50|Original author: Oleh: Cari-Azza






"Baru 18 tahun dan suami pula 19 tahun, dua minggu ja buat bisnes jual susu, jualan RM1 juta dan kini dapat Ford Mustang pula tu!"

Itulah antara ulasan netizen terhadap video yang tular di media sosial mengenai kejutan pasangan pengantin remaja yang menjadikan segala-galanya luar biasa.

Anis Ayuni dan suaminya Ahmad Weldan langsung tidak menyangka yang rezeki mereka akan murah begitu sekali sehingga membolehkan mereka berjaya di usia muda sekaligus menimbulkan cemburu pada orang lain.

Namun, ada juga yang merasakan ianya 'luar biasa' atau sekadar strategi pemasaran semata-mata. Betul ke?




Tiada yang mustahil jika pasangan tersebut mampu berjaya dalam masa singkat, kerana menurut Ayuni ianya adalah kerjasama ahli-ahlinya.

“Rasa tak percaya hanya dengan jual susu, saya berjaya mengutip RM1 juta jualan dengan hampir 2,000 ahli di bawah saya. Ada anak buah saya yang nak beli kereta dan jualan mereka pun mencecah berpuluh ribu."

Foto : IG

Malahan perkahwinan mereka di usia muda juga mendapat perhatian kerana kesungguhan remaja ini menghalalkan ikatan. Sementelah lagi ketika suaminya menghadiahkan kereta mewah di hari perkahwinan mereka membuatkan ianya tular di media sosial.

Akan tetapi, ia tetap menimbulkan keraguan netizen hingga meminta pihak LHDN menyiasat isu ini. Apakah ada motif tertentu di sebalik semua ini?


Foto : Twitter

Foto : Tik Tok
Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin. Nampaknya netizen salah kerana mereka bukan pengasas produk timbang kilo tetapi tetap mampu mewah. - CARI


1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matchstick 22-2-2021 12:57 PM
Jual dadah pun tak secepat ni jadi kaya kot..
Quote kucingitam 22-2-2021 01:04 PM
boringnya..
Quote helicornia 22-2-2021 01:06 PM
hahaha jahanam
tu la menunjuk sgt
lhdn ok lagi.aku takut polis je dtg siasat.entah jual dadah ke
Quote ezacbee 22-2-2021 01:18 PM
Susu apa yg jual tu?
ramai agent, produk xtau penama
Quote umbut 22-2-2021 01:23 PM
Siasat jgn x siasatttt... jap lagi ada yg kata melayu dengki x leh tgk org melayu berjaya
Quote alieyrina 22-2-2021 01:37 PM
Selalu geng2 cuci duit yg tayang duit atas meja camtu kan
Quote Redmyvi 22-2-2021 01:41 PM
Tah2 sewa ja kereta tu utk content.. hihihi
Quote Mulotkoyak 22-2-2021 01:47 PM
Ade org opis ak ckp annd ak agak dia masok scam.. Katenye die bakal huntong smp 400TRILION...ko ghase???  Kalah jutawan donia untongnyeeee... Bila ak ckp bila nk dpt duitnye ru?  So dia akn jwb process susah nknkne mjnta tanda tangan PM la, sultan la bagai... Lpas tu tiap kali pertukaran pemimpin ayat die akan ckp sbb PM tukar so kne buat baru proposal... Ko hadooo???  Berulang laaa ayat die since tahun 2015 smp laaa ni.. Tp masalah nye ramai jugak yg join yee... Ape kebodoh nye la diorg ni. Melabur rm100 hinggit dpt rm30juta... Pastu suh tmbh lg buat document tu document ni.  Hampehhh
Quote shernazz 22-2-2021 02:08 PM
helicornia replied at 22-2-2021 01:06 PM
hahaha jahanam
tu la menunjuk sgt
lhdn ok lagi.aku takut polis je dtg siasat.entah jual dadah ke

Iols teringat ada kawan jauh iols sampai sprm datang menyinggah sebab rumah ada 4 biji kete mewah dan 11 lori..
Jadi depa ditahan kerana tak bayaq gst (zaman najib gst dolu)

Ho ho ho ho....
Quote shernazz 22-2-2021 02:09 PM
Mulotkoyak replied at 22-2-2021 01:47 PM
Ade org opis ak ckp annd ak agak dia masok scam.. Katenye die bakal huntong smp 400TRILION...ko ghas ...

Mak aih..
Warren buffet mesti gelak
Kayangan sa gat keuntungannya tu
Quote kaka_tima 22-2-2021 02:10 PM
Asal founder je mesti pakai mustang. Boring!
Quote rosasen 22-2-2021 02:17 PM
asal aku xtau pon kewujudan susu ni? dah 2000 ahli plak tu..satu pon x melintas kt medsos aku..
Quote KIM.K 22-2-2021 02:24 PM
Macamana tu formula kejayaan dia..macam matematik mamasabariah ke
Quote mrsbob87 22-2-2021 02:52 PM
mustang dan founder tak dapat dipisahkan bagai aur dan tebing..

sprm dengan lhdn tanya apa khabar...
Quote annehuda 22-2-2021 02:57 PM
ni mcm cik puan gojes tu la.  dok pungpang tayang kekayaan skali tu lhdn serbu dia. dan dan tu jugak die ngaku, die tak dibayar gaji. bisnes dia suma laki uruskan, yang pegang duit suma tok laki die. dia perabih harta laki. pastu ayat ujung, bayar zakat rm10k.  kalau kata untung gile smpi boleh beli aset setgh juta takkan zakat ko rm10k je?
Quote buapakperut 22-2-2021 03:23 PM
susu apa tak penah dengar btw iols tak yakin susu2 yang dijual luar dari certified pharmaceutical yach, ni. semua mlm punya style harga yahudi lak tu claim leh tangkis covid lawan kanser segala
Quote LadyCarefree 22-2-2021 03:28 PM
Pelik jenis duit cash atas meja sana sini. Alep sokree pun bg maknya cash.
Quote BoongaKertas 22-2-2021 03:37 PM
di zmn semua org susah, kome show off, mmg mendapatlah kekdahnya. mohon pihak berkuasa buat siasatan lah hendaknya.
Quote Mulotkoyak 22-2-2021 04:59 PM
shernazz replied at 22-2-2021 02:09 PM
Mak aih..
Warren buffet mesti gelak
Kayangan sa gat keuntungannya tu

Khennn...iols pun xsangka kekayaan die dpt memotong billionaire and kerabat diraja dunia. Ko hadooo

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.223628 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top