CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dr Farah Cuma Alami Sengal-Sengal, Saran Rakyat Malaysia Suntik Vaksin Covid-19

22-2-2021 06:27 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5338| Komen: 39


DOKTOR pelatih pakar bedah yang kini bertugas di Northampton General Hospital, United Kingdom (UK), Dr Farah Shaheera Roslan (Dr Farah) menyeru rakyat Malaysia melunaskan tanggungjawab bersama untuk mengambil suntikan vaksin Covid-19. 

Saranan tersebut dizahirkan menerusi klip video ringkas yang dimuat naik laman sosial Instagramnya @drfarahroslan baru-baru ini.

Menurutnya, sebagai salah seorang penerima terawal vaksin di UK, beliau ingin mengajak rakyat Malaysia terutamanya kumpulan berisiko tinggi seperti barisan petugas hadapan dan warga emas supaya mendaftar dan mendapatkan suntikan vaksin. 



“Saya telah menerima suntikan vaksin Covid-19 pada 7 Januari 2021. Alhamdullilah, saya cuma mengalami sengal-sengal lengan sahaja.

“Justeru, saya ingin menyeru rakyat Malaysia agar beramai-ramai mengambil suntikan ini (vaksin) bukan sahaja demi kesihatan diri, malah untuk menjaga ahli keluarga tersayang dan masyarakat,” titip Dr Farah dalam video berdurasi 20 saat itu.


Pada masa sama, beliau juga berkongsi coretan mengenai Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah yang telah memutuskan hukum pengambilan vaksin adalah harus dan wajib.

Ia adalah selaras dengan sebuah hadis diriwayatkan oleh Abu Sa’id al-Khudri RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: 

“Tidak boleh melakukan sesuatu yang memudaratkan dan tidak boleh memberikan mudarat kepada orang lain.” (Riwayat Ibnu Majah)

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Farah menyatakan Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 akan bermula secara berperingkat pada 26 Februari 2021 di seluruh Malaysia.

Sebarang maklumat lanjut mengenai Covid-19 dan vaksin sila layari, http://covid-19.moh.gov.my

Terdahulu, nama Dr Farah yang dilahirkan di Negeri Sembilan menjadi sebutan selepas usaha beliau mencipta hijab pakai buang ketika berada di dalam dewan bedah mendapat sambutan positif.

Lebih mengujakan, idea pegawai perubatan berusia 27 tahun tersebut turut mendapat pengiktirafan Mary Seacole NHS Leadership Academy Award 2020 termasuk dicalonkan dalam British Muslim Award 2020.



Sumber : Sinarplus

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 22-2-2021 07:19 AM
Tq doktor ... cuma tertanya2...bila doktor mengalami kesan sampingan sengal2 badan.. apa pula ubat yg doktor ambil untuk hilangkan kesan sampingan tersebut... adakah langsung x ambil ubat..biarkan sengal2 tu hilang...

Doktor dan orang kayangan okla jika ada kesan sampingan sebab mudah dirawat ni jika rakyat marhaen yg duk kampung dan x berduit tu cane nk rawat kesan sampingan...
Quote Decon 22-2-2021 07:46 AM
tahun lepas katanya cuma dari Pfizer & Astra. kini dari China pun mungkin.
Quote Belibis 22-2-2021 08:24 AM
noor2: Tq doktor ... cuma tertanya2...bila doktor mengalami kesan sampingan sengal2 badan.. apa pula ubat yg doktor ambil untuk hilangkan kesan sampingan ter ...

Claim insurans jer sis.dapat pulut dakap seketoi jadi ler.
Quote rookiecake 22-2-2021 08:56 AM
noor2 replied at 22-2-2021 07:19 AM
Tq doktor ... cuma tertanya2...bila doktor mengalami kesan sampingan sengal2 badan.. apa pula ubat y ...

Mari saya jawab. Kesan sampingannya normal seperti tangun lenguh, rasa nak demam, badan lemah. Tapi harus ingat, itu normal. Saya dan rakan2 hanya mengambil panadol sebelum tidur. Esok hari, baik dah.

Facts not fear.
Quote wirazam 22-2-2021 09:13 AM
Comel doctor nih...harap dpt balik Dan berkhidmat di Malaysia la pula lepas tamat latihan pakar bedah...selalu dok nampak misi musi yg comel je yg menjadi dambaan mak mak mentis..he he
Quote SayaSayangMama 22-2-2021 09:54 AM
Ya Allah bijak nya . Aku still kagum dgn mana mana doc ye sbb masa sekolah dulu mesti pandai. Xyah nafikan la diorg mmg pandai. Aku dpt 6A je spm diorg dpt berbelas A belajar mcmne eh.
Quote SayaSayangMama 22-2-2021 09:55 AM
noor2: Tq doktor ... cuma tertanya2...bila doktor mengalami kesan sampingan sengal2 badan.. apa pula ubat yg doktor ambil untuk hilangkan kesan sampingan ter ...


Weh mana mana suntikan pun mmg selalu lengun tangan. Jgn nk over sgt mcm xpernah sakit plak rakyat miskin sekali pun.
Quote asamfish 22-2-2021 12:30 PM
noor2 replied at 22-2-2021 07:19 AM
Tq doktor ... cuma tertanya2...bila doktor mengalami kesan sampingan sengal2 badan.. apa pula ubat y ...

Tak perlu ambil ubat apa2....paling kuat pun panadol...itu pun seandainya demam

Sebab sengal2 yang dimaksudkan cuma rasa sikit je....kalau kita tak pikirkan, mmg tak rasa pun
Honestly...mmg takkan beri kesan utk tugas harian
Unless kalau sampai muntah2 or berak2...itu mmg kena pergi straight to the emergency

Ini pengalaman saya sebagai seorang bukan doktor...rakyat marhein


Quote asamfish 22-2-2021 12:31 PM
SayaSayangMama replied at 22-2-2021 09:55 AM
Weh mana mana suntikan pun mmg selalu lengun tangan. Jgn nk over sgt mcm xpernah sakit plak raky ...

Ye betul.  Sama macam mana2 suntikan yang kita ambil.

Quote asamfish 22-2-2021 12:32 PM
rookiecake replied at 22-2-2021 08:56 AM
Mari saya jawab. Kesan sampingannya normal seperti tangun lenguh, rasa nak demam, badan lemah. Tap ...

Good explanation!

Quote notM 22-2-2021 12:34 PM
SayaSayangMama replied at 22-2-2021 09:54 AM
Ya Allah bijak nya . Aku still kagum dgn mana mana doc ye sbb masa sekolah dulu mesti pandai. Xyah n ...

Sama la kite 6A je SPM
Quote cutieslilies 22-2-2021 12:36 PM
cucuk ubat alergik pun sengalll ....alahaiii....

udah2laaa... doakan semoga covid ni cepat laa berlalu....
Quote monsterwife 22-2-2021 04:24 PM
Rasa penat,lenguh, sakit kepala, mcm nak demam, flu-like-symptoms tu normal.Ada byk lagi tapi boleh je ambik ubat.I mula2 dpt jab 2 hari tidur je sebab tak larat
Quote darkness 22-2-2021 04:29 PM
Alah..rakyat malaysia ni lebih pintar dr mufti yg lebih dulu fatwakan harus pada vaksin ni..xperlu dah seru2. Bohsan sudah dgn mcm2 teori..hidup dgn teori manjang..
Quote sheetRock 22-2-2021 04:39 PM
anak2 kecik kita kalau amik suntikan vaksin pun bdn tak selesa...ada yg demam panas...meragam..

anak iols... tiap kali cucuk... peha dia mesti menggelembung semacam dan keras...



rasa kalau demam or tak selesa tuh mgkin perkara biasa la kot....

kot la....  tapi mostly budak opis iols chinese dan boss chinese jua mmg dorang tolak vaksin nih...dr last year da bgtaw takkan amik.. dan tak nak amik..kang dia kata bkn mati sbb kene covid.tapi mati sbb vaksin.

Quote little_sis 22-2-2021 04:47 PM
wirazam replied at 22-2-2021 09:13 AM
Comel doctor nih...harap dpt balik Dan berkhidmat di Malaysia la pula lepas tamat latihan pakar beda ...

Mak mentis tu yg mana?
Quote rookiecake 22-2-2021 04:56 PM
sheetRock replied at 22-2-2021 04:39 PM
anak2 kecik kita kalau amik suntikan vaksin pun bdn tak selesa...ada yg demam panas...meragam..

a ...

Cuba you sekolahkan colleagues you. Fear rooted in conspiracies.. Kalau yang ada allergies tu faham sgt, yang takut sebab tengok konspirasi teories tu sedih la.
Quote white_musk 22-2-2021 04:59 PM
sheetRock replied at 22-2-2021 04:39 PM
anak2 kecik kita kalau amik suntikan vaksin pun bdn tak selesa...ada yg demam panas...meragam..

a ...

Mereka akan ambil jua percayalahhhhhhh
kerana selepas ini semua perjalanan keluar masuk negara mesti menunjukkan sudah mengambil vaksin
mahu atau tidak, mesti mengambil juga akhirnya
Quote sheetRock 22-2-2021 05:00 PM
rookiecake replied at 22-2-2021 04:56 PM
Cuba you sekolahkan colleagues you.  Fear rooted in conspiracies.. Kalau yang ada allergies tu f ...

tak taw la sbb teori ke apo ke..
tapi mostly dorang dapat berita dr mana tah... kata sampai ader yg cacat otak..cacat kekal.segala cacat sbb amik vaksin covid nih..

n boss iols punyer istri bekas nurse pun dia tak galak kan family dia termasuk boss iols amik vaksin nih..

boss pompuan pulak.. dia cancer lung..pun tak nak amik gak...

sbb dorang selalu berborak...so iols selalu pasang tinga



Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.067434 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top