Seorang wanita terkejut apabila melahirkan seorang bayi di atas kerusi di klinik gigi, tanpa menyedari dia sebenarnya berbadan dua sebelum ini.
Jessica Aaldering dari Netherlands berkata saiz badan dan ukuran perutnya hanya seperti biasa malah dia juga datang bulan. Menurut wanita berusia 23 tahun ini, dia merasai kesakitan di bahagian perut selepas menghantar anak lelakinya ke sekolah. Ibu muda itu berkata dia menyangka kesakitan tersebut adalah kesan akibat terjatuh beberapa hari lalu. Mujur seorang pegawai polis yang kebetulan melalui jalan yang sama terlihat Jessica sedang mengerang kesakitan dan dia segera memapahnya masuk ke sebuah klinik gigi berhampiran.
Beberapa minit kemudian Jessica melahirkan seorang bayi lelaki di klinik tersebut. Wanita berkenaan dan bayi lelaki yang diberi nama Herman, kemudian dihantar ke hospital menaiki ambulans. Herman yang dilahirkan 10 minggu lebih awal mempunyai masalah paru-paru dan perlu ditempatkan di dalam inkubator, namun bayi itu dilaporkan beransur pulih. -CARI Sumber: mStar/ Dailystar
|
pichee replied at 22-2-2021 01:54 PM
Tp ni mcm ssh nk trace sbb period mcm biasa.
makcun14 replied at 22-2-2021 05:24 PM
atas sebab tu dianjurkan rajin rajin la amek pregnancy test walaupun ko ingat ko buncit food baby s ...
ADVERTISEMENT