CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gunung Merapi Muntahkan Lava 5 Kali Hari Ini, Jika Berlaku Letupan Boleh Cecah 3KM Dari Puncak

22-2-2021 04:12 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2572| Komen: 11



Gunung Merapi dilaporkan kembali memuntahkan lava pada jam 12 hingga 6 pagi waktu tempatan hari ini, lapor liputan6.

Terletak di sempadan Yogyakarta dan wilayah Jawa Tengah, ia mengeluarkan lava sebanyak lima kali dengan jarak luncuran maksimum 800 meter ke barat daya.

Ketua Pusat Penyelidikan Bencana Geologi dan Pembangunan Teknologi (BPPTKG), Hanik Humaida mengatakan bahawa sepanjang tempoh pemerhatian, Gunung Merapi juga mengalami 25 longsoran gempa dengan ampitud 3 hingga 18 MM dan selama 8 hingga 78 saat.

“Asap kawah dilihat berwarna putih dengan intensiti sederhana hingga tebal dan tinggi 50 meter di atas puncak kawah Gunung Merapi,” katanya.

Cuaca di Gunung Merapi dilaporkan mendung dan hujan. Angin pula bertiup lemah ke timur dengan suhu udara 14 hingga 23 darjah Celcius, kelembapan 71 hingga 98 peratus dan tekanan udara 568 hingga 707 MMHQ.


Berdasarkan laporan aktiviti Merapi pada 12 hingga 18 Februari lalu, BPPTKG mengatakan bahawa intensiti gempa lebih rendah daripada minggu sebelumnya.

Letusan lava dan debu panas Merapi dianggap boleh memberi kesan kepada sektor selatan-barat daya yang meliputi Sungai Kuning, Boyong, Bedog, Krasak, Bebeng dan Sungai Putih.

Sekiranya berlaku letusan, ia dijangka dapat mencapai radius tiga kilometer dari puncak gunung.


Sumber: liputan6

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salmon-suki 22-2-2021 04:23 PM
Ohhhh...natural disaster..amaran?
Quote tikusmontok 22-2-2021 04:38 PM
tragisnya ..jurukunci gunung merapi, mbah maridjan dah mninggal bersama 16 org lain di halaman rumahnya termasuk seorg wartawan semasa letusan tahun 2010 .. sejak itu ntah siapa jadi jurukunci gunung merapi.
Quote kakikuDibibirmu 22-2-2021 04:47 PM
Dah boleh gelabah tetek ke tak ni?
Quote Skuau 22-2-2021 04:48 PM
ptt lama dh lava x msk forum...kena telan dek Merapi ghupernye.......
Quote CiliPadiSedap 22-2-2021 06:34 PM
tikusmontok: tragisnya ..jurukunci gunung merapi, mbah maridjan dah mninggal bersama 16 org lain di halaman rumahnya termasuk seorg wartawan semasa letusan tahun 2 ...


Nak masuk gunung merapi ada kunci ke? Bukan terjun je?
Quote hungryhenry 22-2-2021 06:45 PM
tikusmontok replied at 22-2-2021 04:38 PM
tragisnya ..jurukunci gunung merapi, mbah maridjan dah mninggal bersama 16 org lain di halaman rumah ...

Ye sis ai pi jogja singgah merapi tgk kesan2 letusan dgn umah2 mangsa termasuk mbah tu skali meninggal.
Quote Tinot7 22-2-2021 07:13 PM
tikusmontok replied at 22-2-2021 04:38 PM
tragisnya ..jurukunci gunung merapi, mbah maridjan dah mninggal bersama 16 org lain di halaman rumah ...

Jurukunci ni buat apa? Kunci supaya tak meletus ka?
Quote esbok 22-2-2021 07:56 PM
Penjaga kunci ni, secara ringkasnya penjaga kawasan tu.

Pergi gunung merapi ni. Aku nak tangkap gamba senyum pun tak daya. Tempat ni lebih kepada, menginsafkan aku.

Aku tanya tour guide yang bawak tu
“mas kamu tinggal di sini? kalau nanti gunung berapi nya meletus lagi, apa kamu masih tetap kembali tinggal di sini?”

“Ya iya. Ini kan kampung aku”
Quote Amandaminaj96 22-2-2021 10:22 PM
Pergi jogja and naik jeep gunung merapi..tgk rumah peninggalan yg kena letusan tu..
Quote gigahertz 22-2-2021 11:02 PM
kakikuDibibirmu: Dah boleh gelabah tetek ke tak ni?

Bawah sumatera tu ada gunung berali
Quote tikusmontok 23-2-2021 09:47 AM
Edited by tikusmontok at 23-2-2021 09:50 AM
hungryhenry replied at 22-2-2021 06:45 PM
Ye sis ai pi jogja singgah merapi tgk kesan2 letusan dgn umah2 mangsa termasuk mbah tu skali menin ...

ditemukan dalam keadaan bersujud kan.



Gunung Merapi meletus Selasa 26 Oktober 2010 pukul 17.23 WIB. Seluruh penduduk telah diungsikan ke tempat yang aman. Namun, juru kunci Gunung Merapi Mbah Maridjan dikabarkan tidak turut turun saat evakuasi berlangsung. Ia kukuh memilih bertahan dan tirakatan di masjid dekat rumahnya di Kinahrejo, Dusun Kinahrejo, Umbulharjo, Cangkringan, Sleman, Yogyakarta.

"Mbah Maridjan diduga terjebak di Masjid Kinahrejo, yang terletak di samping rumahnya," kata Agus, asisten Mbah Maridjan, saat dihubungi VIVAnews.com pukul 20.30 WIB, Selasa, 26 Oktober 2010.

Diceritakan Agus, saat sirine berbunyi tanda gunung meletus, ia dan keluarga Mbah Mardijan dan beberapa orang yang terakhir bertahan di rumah juru kunci tersebut memutuskan turun dengan mengendarai dua mobil sampai ke tempat aman.

Sampai di tempat evakuasi, dua orang yakni Tutur dari PMI Bantul, Yogyakarta dan Yuniawan Nugroho (Wawan), wartawan VIVAnews.com, berinisiatif untuk menjemput paksa Mbah Maridjan yang masih berdoa di masjid.

"Mereka berdua naik mobil ke atas menjemput Mbah Maridjan. Namun, saat ini kami kehilangan kontak dengan mereka. Kami duga mereka terjebak, karena awan panas sudah sampai ke kediaman Mbah Maridjan," katanya

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.151775 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top