CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ayu Damit Sanggup Berhabis RM10,000 Sebulan Demi Nak Cantik

23-2-2021 08:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15608| Komen: 111

Bagi mengekalkan kecantikan dalaman dan luaran tubuh, penyanyi Ayu Damit berkata dia tidak kedekut mengeluarkan belanja besar untuk tujuan tersebut.

Menurut Ayu atau nama sebenar Norayu Damit, 32, dia memperuntukkan belanja lebih RM10,000 sebulan bagi penjagaan diri daripada hujung rambut hingga kaki.

Foto: IG


"Sebagai artis memang perlu jaga kesihatan dan kecantikan... selain persembahan pentas, saya juga agak sibuk dengan aktiviti di ladang yang memerlukan tenaga dan terdedah dengan sinaran matahari, sebab itu perlu ambil berat tentang penampilan.

"Kalau ikutkan sebulan lebih RM10,000 untuk rawatan muka termasuklah rawatan pelangsingan badan, jamu, vitamin dan sebagainya. Itu termasuklah nilai tajaan daripada beberapa pusat kecantikan, Alhamdulillah.


"Kalau nak tahu saya takut jarum, jadi tak berani nak ubah apa-apa pada bahagian badan. Malah, saya tak kisah bayar mahal dan perlu tunggu lama untuk dapatkan hasil terbaik, asalkan produk yang diguna tak berbahaya," katanya kepada mStar.
Sementara itu, bekas peserta program Gegar Vaganza musim ketujuh ini berkata dia tidak berminat untuk mendapatkan kulit putih seperti segelintir wanita yang lain.



Sebaliknya ibu kepada tiga anak ini bersyukur kerana memiliki kulit wajah yang sihat tanpa sebarang masalah.

"Saya buat rawatan wajah di klinik pun sebab nak dapat kulit sihat bukan nak mengubah apa-apa... itu pun saya dapatkan kebenaran suami terlebih dahulu.

"Nak cucuk atau suntik muka pun saya tak berani sangat, sekadar buat rawatan supaya kulit bersih sahaja. Saya amalkan vitamin C dan makanan tambahan... saya tak nak kulit putih.

"Biarlah kulit tan macam ni sebab memang daripada dahulu warna kulit saya begini, jadi tak mahulah ubah sampai jadi rupa orang lain pula! Saya yakin dengan warna kulit ini kerana bagi saya kecantikan itu subjektif," ujarnya.



Bercakap mengenai karier nyanyian, Ayu baru sahaja muncul dengan lagu baharu berjudul Permata yang menceritakan mengenai perhubungan suami isteri.

"Lagu ini dirakam ketika saya masih lagi terlibat dengan konsert mingguan GV7. Saya sebenarnya cukup tertarik dengan liriknya yang banyak maksud tersirat.

"Ia sesuai ditujukan buat pasangan suami isteri. Kalau untuk saya, pastinya saya tujukan khas buat suami Syed Fauzi Syed Baharuddin yang menjadi tulang belakang kepada perjuangan seni saya selama ini termasuk juga peminat di luar sana.

"Syarikat rakaman dan saya dah rancang jalan cerita tapi buat masa sekarang tak boleh buat penggambaran video muzik sebab terikat dengan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Jadi, kami akan keluar video lirik dulu," katanya.




Permata merupakan lagu ciptaan bersama Mohd Atlas dan Zimi Sofazr.

Ia diterbitkan oleh syarikat rakaman Saudagar Seni Media dan video lirik boleh ditonton menerusi YouTube Saudagar Seni Media. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kiah_mai_pulak 23-2-2021 08:57 AM
tak payah lah nn try hard jadi cantik.. mmg rupa dh mcm tu, buat lah mahal juta2 pun, sedehhhhh
Quote LadyCarefree 23-2-2021 08:59 AM
Sayangnya 10k tu mcam curah air ke daun keladi je. Xde cantik pon dia.
Quote kakakpositifker 23-2-2021 09:00 AM
kiah_mai_pulak replied at 23-2-2021 08:57 AM
tak payah lah nn try hard jadi cantik.. mmg rupa dh mcm tu, buat lah mahal juta2 pun, sedehhhhh

HAHAHAHAHAHAHAHAHA.
Quote Tinot7 23-2-2021 09:04 AM
Baper gaji dia setiap bulan? Mcm tak berbaloi je 10k tu... tak nampak hasil, ke expectation iols terlampau tinggi?
Quote BoongaKertas 23-2-2021 09:04 AM
tp ok lah imej sheols compared masa msian idol dulu. iols suka suara dia, lain dr yg lain.
Quote JalaEmas 23-2-2021 09:06 AM
okey lettew, ade lah juvk improvemnt dr zamn tok kaduk dolu.. takkn nk suruh dia bt plastik surgery pulakss.. kang hgoa jgk kecammm.tak bercukurr. kohkohkoh
Quote Rogue98 23-2-2021 09:09 AM
10k sebulan ? Maybe setahun kut. Dah camtu rupa nak buat camner lagi.
Quote caramello 23-2-2021 09:18 AM
Membazirnye..kena tipu je ko hidup ayu oi..dorg kedarah duit ko je..last terpaksa mekapkan ko jgk utk nk bg cantekk..apo
Quote Noraniza_Iblis 23-2-2021 09:26 AM
10K tu kn die ckp tmasuk nilai tajaan...
husnuzon je la... duit sheolss maybe pakai utk beli produk timbang kilo jahhh
Quote matchstick 23-2-2021 09:28 AM
Ok je kulit dia sihat..takkan korang expect transformation mcm Sarah Chucky kot. Tapi agak mahal la kos tu. Sheols pergi facial n salon rambut 3x seminggu ke.

Kalau simpanan dh byk ok la..jgn dh tua nt mohon rumah pprt pulak sbb masa muda high maintenance sgt
Quote balakkampung 23-2-2021 09:33 AM
better tak yah bgtau jumlah tu..walau wartawan tanya..sebab kang esok lusa kalau netizen pertikai bila artis merungut terkesan PKP bagai...korang jugak yg marah..walhal korang sendiri yg bukak cerita  dalam masa pandemik pon still boleh berabis duit utk cantik.
Quote cruz2 23-2-2021 09:37 AM
Bior la dia...retis yg rupa dgn penampilan biasa2 mcm ayu ni bukan ke chuols jugok sibuk2 suruh pi spa gym bagai konon sbb retis..kena jaga penampilan.dh dia openly bgtau dh buat mcm2 except cucuk2 ni chuols kutuk2 pulok.
Tp mcm tak berbaloi jer 10k sebulan kalu setakat gitu jer hasilnya
Quote user.name 23-2-2021 09:41 AM
sebulan 10,000 pon ropa jihan jah mampooo khenss? sampai tok ram confuse hoccay time berdiri sebelah2 dengan jihan
Quote Adeakukesah11 23-2-2021 09:44 AM
Dia pakai braces balik kan? Bukan gigi dh helok ke.
Quote user.name 23-2-2021 09:45 AM
BoongaKertas replied at 23-2-2021 09:04 AM
tp ok lah imej sheols compared masa msian idol dulu. iols suka suara dia, lain dr yg lain.

ada masuk msian idol ke? dia masuk oiam khens menang kalahkan xila dan chucky?

Quote miss_perfect 23-2-2021 09:48 AM
Ayu ni orang sabah kan? Dia kaum apa ye?
Quote BoongaKertas 23-2-2021 09:52 AM
user.name replied at 23-2-2021 01:45 AM
ada masuk msian idol ke? dia masuk oiam khens menang kalahkan xila dan chucky?

ala, silap fakta plak. hahaha! oiam lah chuols. meols silap.

jap, sape chucky?
Quote bottombikini 23-2-2021 09:55 AM
Edited by bottombikini at 23-2-2021 10:14 AM

jangan nak cong la
macam memanjang je dagu chuols pada penghujung GV itu ari?
teknik mekap kah
Quote KBW2 23-2-2021 09:58 AM
Heh?!                                 

Lihat semua komen(111)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.156200 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top