CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Calon SPM Stres Satu Keluarga Kena Kuarantin Sehari Sebelum Periksa

24-2-2021 01:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3026| Komen: 12

Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mencuri perhatian ramai selepas memuat naik foto kesemua ahli keluarganya memakai gelang berwarna merah jambu pada Sabtu.

Kisah tersebut mengundang simpati kerana pada masa itu hanya tinggal dua hari saja lagi untuk dia menduduki peperiksaan besar yang sudah lama ditunggu.


Menurut Muhibullah Hasabdullah, 18, dia mendapat tahu mengenai perkara itu selepas pulang dari menghadiri kelas online dan belajar secara berkumpulan dengan rakan.


Kredit foto: Twitter

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Muhib berkata, sebaik tiba di rumah dia amat terkejut dimaklumkan oleh ibunya bahawa bapa dan neneknya perlu dikuarantin selepas melakukan swab test percuma di kawasan perumahan mereka.

"Saya balik tengok ayah dan nenek dah pakai gelang pink selepas buat swab test.

"Sampai hari ini keputusan belum keluar. Mereka tak ada simptom cuma digalakkan buat swab test sebab taman sebelah ada kluster baharu, dengar kata taman saya pun ada seorang yang positif Covid-19," katanya yang menetap di Taman Jaya 3, Temerloh, Pahang.

Sebagai langkah berja-jaga, ibu, abang dan adiknya pula pergi melakukan swab test keesokan harinya (Ahad) dan perlu menjalani kuarantin sama seperti bapa dan neneknya.

"Hanya saya saja dalam keluarga dikecualikan sementara waktu tapi jika ada ahli keluarga saya yang positif saya perlu jalani swab test tu secepat mungkin.

"Sekarang ini perasaan tak tahu nak cakap macam mana. Apa yang boleh dikatakan saya agak tertekan jadi macam ni saat saya perlu fokus sepenuhnya kepada pelajaran," katanya.



Mengakui terkesan dengan apa yang berlaku, Muhib tidak dapat menahan kesedihan sehingga mengalirkan air mata apabila ibu dan bapanya setiap masa memberi kata-kata semangat kepada dirinya.

Bercerita lanjut mengenai persiapan menjelang peperiksaan, Muhib mengakui situasi sedikit berbeza daripada sebelum ini apabila dia terpaksa menggosok pakaian sendiri selain tidak dapat mendekati ahli keluarganya sebelum keluar rumah menuju dewan peperiksaan.

"Masa dapat tahu sahaja ahli keluarga saya jalani kuarantin saya terus maklumkan cikgu.

"Semestinya cikgu risau sangat. Tetapi, selepas ibu jelaskan semuanya, cikgu faham dan beritahu saya mungkin akan ditempatkan di bilik berasingan ketika jawab peperiksaan SPM nanti.

"Bagaimanapun, atas arahan pengawas peperiksaan saya bersama tujuh rakan lain dibenarkan menjawab peperiksaan bersama pelajar lain kerana kami tidak memakai gelang pink di pergelangan tangan," jelasnya.

Tambah anak ketiga daripada lima beradik itu, dia berharap tiada siapa pun dalam ahli keluarganya yang mendapat keputusan positif Covid-19 dan menegaskan mereka diarahkan untuk menjalani kuarantin sebagai langkah berjaga-jaga kerana rumahnya mempunyai warga emas.


Sumber: mStar

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nana_Man 24-2-2021 02:02 PM
Semoga takde yg positive covid dlm family budak ni.
Quote pokokbunga 24-2-2021 02:08 PM
Mmg kesian budak2 batch spm 2020 ni, dah ler kelas face to face 3,4 bulan jer... pastuh dgn emosi lagi psl covid 19
Quote Suchi 24-2-2021 02:18 PM
Taman Jaya kat Temerloh ni kena PKPD kan? Nampak kakak iols share list senarai taman2 yg kena PKPD kat Tmerloh kemain byk termasuk seberang temerloh pastu taman apatah lagi.
Sbb kakak iols frontliner yg bertugas area tu.
Dahla musim panas skrg ni tah apa rasa dia pakai PPE tu aduh
Quote Suchi 24-2-2021 02:22 PM
Area Temerloh ni byk taman kena PKPD termasuk Taman Jaya ni.

Kakak iols frontliner jaga area sana ada update aritu list taman2 area tmloh yg kena PKPD.

Terkejut gak makin teruk plak kes belah Pahang, adik ipar iols pun dah kena pakai gelang pink asik duk wat swab test je.
Dia keje kilang ada kes la kot.
Quote Kurex 24-2-2021 02:23 PM
Helok budaknya
Quote MontanaHannah 24-2-2021 02:47 PM

Budak tu SPM pun belum lepas harap kurexx rehdo menala laki mira filzah
Quote bakingsoda 24-2-2021 02:51 PM
siannya budak2 spm2020 ni kan penuh onak duri sungguh
Quote exclusive_vvip 24-2-2021 03:27 PM
kesiannya..tapi takpe dik..ni kira dugaan kecik je ni..kuatkan semangatmu dik! .. kalu ikutkan, ada lagi dugaan org lain yg lebih teruk..parents meninggal masa dekat2 nak spm lah, time tgh exam spm lah...zman akak skolah dulu, ada sorang member ni (dia budak hostel)..bapaknya meninggal dan kebumi  kat sabah..mmg x dpt balik lah dia..Ini lagi kesian dik..tapi kuat semangat dia..xde nak meratap2 walaupun mesti la menangis tu ada kan...so, setakat kes awak ni, kira kecik je..all the best!
Quote tikusmontok 24-2-2021 04:34 PM
MontanaHannah replied at 24-2-2021 02:47 PM
Budak tu SPM pun belum lepas harap kurexx rehdo menala laki mira filzah

jenuh tahan gelak. tak memasal wan uban lak jadi mangsa
Quote tikusmontok 24-2-2021 04:35 PM
MontanaHannah replied at 24-2-2021 02:47 PM
Budak tu SPM pun belum lepas harap kurexx rehdo menala laki mira filzah

jenuh tahan gelak. tak memasal wan uban lak jadi mangsa
Quote dua_chzy 24-2-2021 07:18 PM
exclusive_vvip: kesiannya..tapi takpe dik..ni kira dugaan kecik je ni..kuatkan semangatmu dik! .. kalu ikutkan, ada lagi dugaan org lain yg lebih teruk..parents menin ...


Thank you for saying this. Akak rengsa tengok bebudak SPM asek mintak tips mintak ramalan mintak soklan spot pehtu bila tak kuar soklan ramalan memaki2 sampai maki pusat tuisyen berbayar yang bagi meka tips. Dah 3 hari akak jaga SPM. Soklan tahun ni antara yang paling mudah akak pernah lehat huntok BM, BI dan Sejarah. Yang hada blaja, huntong la. Yang sambil lewa kelas online pon tak pedulik, hadap la kemalasan ngko yang sah2 dari Tingkatan 4 seblom Covid mendonia ko tak berusaha gigih pon.
Quote exclusive_vvip 26-2-2021 06:44 PM
dua_chzy replied at 24-2-2021 07:18 PM
Thank you for saying this. Akak rengsa tengok bebudak SPM asek mintak tips mintak ramalan mintak ...

Haah,kannn..biasa mmg yg jenis malas belajar dari awal form 4 lagi, mmg xleh nak jawab2 soalan spm ni..pastu meroyan bila xleh jawab..pdhal diri sendiri yg malas dari awal..

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.083115 second(s), 43 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top