CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

'Ex' Dedah Shia Labeouf Terlalu Posesif Sampai Dipaksa Cium 20 Kali Sehari

24-2-2021 02:52 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 7120| Komen: 31|Original author: Oleh: LilRose

Bekas kekasih pelakon terkenal Amerika Syarikat, Shia LaBeouf membuat pendedahan mengejutkan mengenai aktor itu.

FKA Twigs mendakwa, hubungannya dengan Shia adalah antara terburuk pernah dialaminya.



Kredit foto: Variety

Masakan tidak, ketika mereka menjalin hubungan, FKA Twigs langsung tidak dibenarkan ada kontak mata dengan mana-mana lelaki selain Shia.

Shia didakwa akan mengejut FKA Twigs di tengah malam dan membuat pelbagai tuduhan terhadapnya.

"Antara jam 4 hingga 7 pagi, dia akan menuduh saya termenung memikirkan cara untuk meninggalkannya dan mahu bersama lelaki lain," katanya dipetik NME.com.

Lebih mengejutkan, FKA Twigs berkata, dia dipaksa memberikan sebanyak 20 ciuman dalam sehari.


Kredit foto: Pinterest


Malah, Shia akan mengira berapa kali ciuman diberikannya setiap hari dan akan memarahinya selama berjam-jam membuatkan dia berasa dirinya seorang yang sangat teruk.

Akibat tekanan demi tekanan dihadapinya setiap hari, FKA Twigs mengakui ia menyebakan dia mengalami gangguan mental dan perlu mendapatkan rawatan di pusat pemulihan mental.


Kredit foto: The Sun

Menurut laporan, Shia dikatakan akan menjalani pemulihan bagi masalah ketagihan dan psikologinya selepas beberapa minggu disaman FKA Twigs 

Apalah yang menyebabkan Shia begitu posesif hingga menyebabkan bekas kekasihnya mengalami gangguan mental agaknya? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 24-2-2021 03:04 PM
Shia lepas lakon transformers teruih jadi mereng...
Quote printercomel 24-2-2021 03:06 PM
Narcicist ke. Dulu ex gf pelakon britain pun putus mungkin sebab sama.
Quote Nizleen86 24-2-2021 03:28 PM
Toxic relationship

Lari lah selagi boleh
Quote alieyrina 24-2-2021 03:28 PM
Pernah baca dlm sokabaq. Dia antara celeb palg baran sombong cerewet ka mcm mana tah..tak ingat tajuk. gwyneth pun sama. Dalam list yg sama
Quote Lagubestbest 24-2-2021 03:30 PM
biasalah lepas nampak robot dan kemudian terlibat perang besar melawan alien. mana2 manusia pun akan putus wire sikit.
Quote mrsbob87 24-2-2021 03:32 PM
FKA Twigs ni dulu bukan dengan  Robbert Pattison?
Quote mamajawie 24-2-2021 03:44 PM
dedua busuk, masam n kepam..ehhhh
Quote MadameOnion 24-2-2021 04:37 PM
apa ni nama FKA twigs? camna nak sebut? retis hollywood ke?
Quote sue_liah 24-2-2021 05:00 PM
saikonya si shia tu..awek ko bkn lawa sgt pn smpai ada yg tergila2

klau ikutkn sesuaila sbb dua2 nmpak kepam selekeh
Quote buapakperut 24-2-2021 05:11 PM
yg pempuan tu macam drug addict pulak
Quote LadyCarefree 24-2-2021 08:09 PM
Kesian pompan xreti lari dr relationship yg toxic
Quote likecandy 24-2-2021 09:35 PM
Bukan ni cerita lama ke, FKA ni pernah cakap Shia ni abusive
Busuk sgt si Shia ni skrg, dulu kat even stevens nampak mulia je
Kat transformers pon ok lagi
Terus jadi tingtong
Quote Perawankota 25-2-2021 01:32 AM
Dua2 pon nmpk sakit..
Quote Itzy 25-2-2021 07:34 PM
Shia labeouf ni yahudi kot nama cam yahudi
Quote Fafaa 26-2-2021 08:12 AM
sue_liah replied at 24-2-2021 05:00 PM
saikonya si shia tu..awek ko bkn lawa sgt pn smpai ada yg tergila2

klau ikutkn sesuaila sbb dua2 ...

Hiks tu lah pasal dedua kepampus.. tak silap kak siah chandelier pun haderr bersummer fling dgn Shia ni dulu.. koserr masing2 nak tumpah teh
Quote delia3003 26-2-2021 03:38 PM
Edited by delia3003 at 26-2-2021 03:39 PM

Tak kenal ex Shia ni. Shia ni semakin kepam. Banyak kontroversi betul. Terus rosak lepas popular. Ex dia Mia Goth tu lawa, muka klasik
Quote iolss 26-2-2021 05:36 PM
Posesif pon agk2 la..kot lawa mcm ratu ke ok gak
Quote Boomibulat 26-2-2021 05:44 PM
Knp x boleh cium 20 kali sehari..?
Quote dua_chzy 27-2-2021 01:57 AM
Wow. Tapi tak mengejutkan sebab Shia memang ada gosip2 seperti heols hada masalah mental aka psiko kan? Ke akak silap?

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.185565 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top