CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anjing Punya Pasal, Habis Pagar Dua Rumah Dirempuh

24-2-2021 04:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2108| Komen: 7

Gara-gara mengelak seekor anjing, seorang kontraktor cedera apabila kenderaan pacuan empat roda dipandunya merempuh pagar dua buah rumah di Jalan Bukit Senjuang di sini, malam tadi.


KEADAAN pagar dua buah rumah di Jalan Bukit Senjuang, Melaka yang dirempuh seorang lelaki kerana mengelak seekor anjing. 
- UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.40 malam itu, mangsa yang berusia 45 tahun mengalami luka-luka pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, ketika kejadian, pemandu tersebut yang memandu Nissan Navara dalam perjalanan dari arah Jalan Parameswara menuju ke arah lampu isyarat Semabok.

“Apabila tida di tempat kejadian, tiba-tiba muncul seekor anjing menyebabkan pemandu terkejut dan cuba mengelak haiwan tersebut.


“Bagaimanapun, kenderaan dipandu mangsa hilang kawalan dan merempuh pagar dua buah rumah,” katanya.

Sehingga kini pemandu tersebut belum membuat laporan manakala kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 24-2-2021 05:10 PM
Yang penting tiada kemalangan jiwa yang berlaku, cuma kena sediakan sejumlah wang untuk ganti rugi
Quote eLiaD 24-2-2021 05:15 PM
xnk ngaku salah sndri terpaksa la salah kn anjing kucing lembu kobau mmg anjayy..RiP
Quote LadyCarefree 24-2-2021 06:07 PM
eLiaD: xnk ngaku salah sndri terpaksa la salah kn anjing kucing lembu kobau mmg anjayy..RiP


Apo?!
Quote jazaa100 24-2-2021 07:33 PM
anjing skrg ni berkeliaran....
kaw melayu yg dulu susah nk nmpak anjing, skrg ni dah mcm ada org bela pulak.....
Quote CiliPadiSedap 24-2-2021 10:00 PM
Ngaku salah lg berat baik salahkan anjing kucing lembu itik segala binatang. Bayar saman settle
Quote ally9970 25-2-2021 10:58 AM
Yang penting anjing tu selamat...
Quote soslaili 26-2-2021 11:05 AM
betul ke bukan myvi?
kisah luar biasa biasanya myvi.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.216567 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top