CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Apa Jadah Buat Senam Tekan Tubi Atas Tiang Elektrik, Habis Beribu Rumah Terpaksa Bergelap

25-2-2021 10:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3508| Komen: 14

Beijing: Ribuan penduduk di Chengdu di China bergelap selepas seorang lelaki melakukan senaman tekan tubi di atas tiang elektrik.

Dalam kejadian Ahad lalu, pihak berkuasa memutuskan bekalan elektrik kerana tindakan itu membahayakan diri pelaku dan penduduk setempat.


Gulf News melaporkan senaman itu dilakukan pada ketinggian 10 meter dan dia kemudian ditahan kerana perbuatan itu.

Kejadian dimuat naik di platform media sosial China, Weibo yang menunjukkan lelaki itu melakukan tekan tubi di atas tiang elektrik.


Kredit foto: People's Daily

"Pihak berkaitan menutup punca elektrik menyebabkan bekalan terputus menjejaskan ribuan rumah," kata media tempatan, People's Daily.


Sementara itu, satu lagi media tempatan, The Paper melaporkan unit kecemasan termasuk pasukan perubatan diarah ke lokasi kejadian.

Tidak diketahui sebab lelaki itu melakukan senaman sebegitu namun media tempatan melarang aksi berkenaan ditiru penduduk setempat dan menganggap ia berbahaya.

Insiden berkenaan menjadi tular di media sosial dengan tanda pagar berkaitan aksi itu mendapat tontonan 1.7 juta.

Seorang netizen begitu marah kerana rumahnya terputus bekalan elektrik disebabkan kejadian.

"Selepas membaca berita dan mengetahui alasannya, saya semakin marah," katanya.

Seorang lagi pengguna Weibo juga tidak beranggapan insiden itu kelakar.

"Gangguan elektrik menyebabkan kerugian besar dan boleh menyebabkan kemalangan serius," katanya.

Bagaimanapun, tiada maklumat daripada pihak berkuasa mengenai kejadian berkenaan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MontanaHannah 25-2-2021 09:28 AM
made in China

mana ada yang berkualiti .

Setuju?????????????
Quote Boomibulat 25-2-2021 09:44 AM
Nmpk mcm monyet je..
[youtube]ds_nwhPD5jM[/youtube]

Quote CARI-MRO 25-2-2021 10:53 AM
Beijing: Ribuan penduduk di Chengdu di China bergelap selepas seorang lelaki melakukan senaman tekan tubi di atas tiang elektrik.


Dalam kejadian Ahad lalu, pihak berkuasa memutuskan bekalan elektrik kerana tindakan itu membahayakan diri pelaku dan penduduk setempat.


Gulf News melaporkan senaman itu dilakukan pada ketinggian 10 meter dan dia kemudian ditahan kerana perbuatan itu.


Kejadian dimuat naik di platform media sosial China, Weibo yang menunjukkan lelaki itu melakukan tekan tubi di atas tiang elektrik.




Kredit foto: People's Daily




"ihak berkaitan menutup punca elektrik menyebabkan bekalan terputus menjejaskan ribuan rumah," kata media tempatan, People's Daily.


Sementara itu, satu lagi media tempatan, The Paper melaporkan unit kecemasan termasuk pasukan perubatan diarah ke lokasi kejadian.


Tidak diketahui sebab lelaki itu melakukan senaman sebegitu namun media tempatan melarang aksi berkenaan ditiru penduduk setempat dan menganggap ia berbahaya.


Insiden berkenaan menjadi tular di media sosial dengan tanda pagar berkaitan aksi itu mendapat tontonan 1.7 juta.


Seorang netizen begitu marah kerana rumahnya terputus bekalan elektrik disebabkan kejadian.


"Selepas membaca berita dan mengetahui alasannya, saya semakin marah," katanya.


Seorang lagi pengguna Weibo juga tidak beranggapan insiden itu kelakar.


"Gangguan elektrik menyebabkan kerugian besar dan boleh menyebabkan kemalangan serius," katanya.


Bagaimanapun, tiada maklumat daripada pihak berkuasa mengenai kejadian berkenaan. -CARI


Sumber: Harian Metro
Quote ninja boy 25-2-2021 10:59 AM
Akrobatik sarkas berpisah teda
Quote Kurex 25-2-2021 11:09 AM
Menyusahkan leluhur ni
Quote zorrro_03 25-2-2021 11:22 AM
motif china nak jaga sgt nyawa pelaku ni? bukan ke mereka di sana ala2 biar je sapa2 nak mampus.  
Quote Scheherazade 25-2-2021 11:31 AM
Sbb dia sorg extreme gini, ribu2 org lak susah. Nasib x baik kena kejutan letrik masa bersenam tu, ha br tau.
Quote aijinmisaki 25-2-2021 11:48 AM
Macam2 jenis orang gila
Quote Artemesiaa 25-2-2021 11:51 AM
Banyak tempat lain untuk bersenam atas tu jugak yang dipilih sendiri cari bala
Quote Manjahati 25-2-2021 12:46 PM
Mcm ni punya manusia pun ada
Quote Punat_button 25-2-2021 05:59 PM
bukan dia suruh pun ko tutup current

dia nak thrill kan? kacau ja...

Quote cmf_almondpecan 25-2-2021 06:04 PM
Social distancing sungguh dia ni bersenam kat atas tu. Nasib baik tak rentung
Quote renko 25-2-2021 10:15 PM
karenkan je sampai mati
Quote epuepy 26-2-2021 11:41 AM
X mati pulak kena renjatan letrik. Kalo x, baru berbaloi. Menyusah kan org

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.043586 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top