CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Golongan Artis Tunggu Vaksin

25-2-2021 12:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8287| Komen: 51

Pekerja industri kreatif termasuk kru dan artis menantikan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan sebagai langkah melindungi diri, keluarga dan insan tersayang daripada COVID-19.


Ketibaan vaksin Pfizer-BioNTech di Malaysia, Ahad lalu, dianggap memberi sinar baharu dalam perjuangan negara menentang dan melandaikan virus berbahaya itu.

Penggiat industri kreatif yang sejak tahun lalu menerima impak penularan COVID-19 hingga menjejaskan mata pencarian, malah, ada sesetengah sektor seperti pawagam lumpuh, menaruh harapan besar agar program imunisasi memberi kesan positif.

Artis terutama mereka yang dalam kategori berisiko tinggi dan berusia tetapi masih aktif, amat berharap mendapat suntikan vaksin sebagai 'senjata' untuk melawan COVID-19 ketika aktif di lapangan.

Presiden Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT), Datuk DJ Dave, berkata pihaknya akan membantu menghebahkan urusan pendaftaran suntikan vaksin di laman sosial agar penggiat seni khususnya warga emas tidak terlepas peluang.



Foto: IG

"Setakat ini, kita belum ada perancangan khusus bagaimana hendak membantu artis veteran mendapatkan vaksin. Saya difahamkan sesiapa yang mahu mendapatkan vaksin perlu membuat pendaftaran dalam talian.

"Namun, yayasan boleh mengemaskini maklumat di laman sosial mengenai suntikan vaksin. Ini penting supaya penggiat seni tidak terlepas pandang terutama mereka yang berada dalam kategori warga emas di mana risiko untuk dijangkiti sangat tinggi," katanya kepada BH Online.

Pelakon, Azhan Rani juga tidak menolak vaksin sekiranya ia boleh memberi kebaikan. Malah, Azhan menyambut baik program imunisasi kerana mengaku sudah tidak sanggup lagi hidup dalam normal baharu.

Tambahan pula, ibunya, Salmah Budin yang berusia 74 tahun, menjadi antara kumpulan berisiko tinggi dijangkiti wabak berkenaan.

"Saya yakin semua orang rindu kehidupan normal seperti duhulu. Kita sudah menghadap 'benda' ini lebih setahun, semua orang perlu pulihkan kembali semangat dan emosi.

"Sekiranya vaksin itu baik untuk kita, kenapa hendak menolaknya. Saya bersyukur kami sekeluarga terhindar daripada COVID-19. Namun, bagi saya, kena atau tidak, sama sahaja kerana kita tidak bebas bergerak macam dulu," katanya.

Azhan mengaku terpaksa mengubah gaya hidup kerana risaukan keselamatan diri terutama ibu.

"Hendak pergi bercuti pun terpaksa dalam keadaan waspada. Saya elak pergi ke tempat tarikan ramai seperti pulau peranginan kerana bimbangkan ibu yang sudah berusia.

"Mahu keluar bekerja pun sukar. Apabila sibuk di lokasi, penggambaran tiba-tiba dihentikan. Sedangkan kami bekerja untuk menampung keluarga. Jadi, saya harap, pemberian vaksin ini dapat memberi sinar kehidupan baharu kepada kita semua," katanya.

Bagi penyanyi berasal dari Tamparuli, Sabah, Marsha Milan Londoh yang sudah hampir setahun tidak bertemu ibu bapa yang menetap di Negeri Bawah Bayu itu, berharap suntikan vaksin diberi secepat mungkin terutama kepada warga emas.

"Saya insan paling gembira apabila mendapat tahu warga emas bakal didahulukan dalam pemberian vaksin.

"Saya sudah tidak sabar lagi hendak berjumpa kedua-dua orang tua. Sudah hampir setahun saya tidak pulang ke Sabah sejak wabak COVID-19 menular," katanya.

Marsha mengaku risaukan kesihatan ibu bapa yang sudah berusia, apatah lagi, adik-beradik tinggal berjauhan.

"Jadi, saya berharap sangat pemberian vaksin dapat disegerakan agar kami sekeluarga dapat kembali bersatu," katanya.

Bagi pelakon, Fizo Omar yang pernah melalui pengalaman perit apabila anak tunggal tersayang berusia empat tahun, Wan Maryam disahkan positif COVID-19, bulan lalu, ketibaan vaksin cukup dinantikan. Apatah lagi, ibu Fizo dalam kategori warga emas dan menghidap penyakit.

Fizo berharap rakyat yang masih meragui keselamatan vaksin dapat mengetepikan kepercayaan karut mendakwa suntikan imunisasi tidak bagus, tidak halal dan sebagainya.

"Kerajaan bersusah payah mengambil inisiatif membawa masuk vaksin secepat mungkin semata-mata untuk melindungi kita dan dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

"Jadi, saya berharap agar mereka yang meragui keselamatan vaksin dapat mengetepikan kepercayaan karut bahawa vaksin tidak bagus.

"Fakta itu disebarkan mereka yang tidak bertanggungjawab. Kita bukan pakar atau ahli sains.

"Selagi diluluskan kerajaan dan pihak pentadbir agama, itu bermakna, bahan terbabit selamat. Jadi, tidak salah untuk kita terima vaksin demi kebaikan semua pihak," katanya.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dilaksanakan dalam tiga fasa mulai hari ini dengan Fasa 1 dari Februari hingga April 2021 untuk kumpulan petugas barisan hadapan membabitkan 500,000 orang.

Fasa 2 dari April hingga Ogos membabitkan kumpulan warga emas berumur 65 tahun ke atas, golongan berisiko tinggi serta orang kurang upaya membabitkan 9.4 juta orang.

Fasa 3 dari Mei 2021 hingga Februari 2022 untuk penduduk di Malaysia berumur 18 tahun ke atas - warga negara dan bukan warga negara dengan sasaran lebih 13.7 juta orang. -CARI

Sumber: Berita Harian
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 25-2-2021 12:26 PM
Sasha elite dah injek. Stephanie liah dah injek.

Quote tensic~ 25-2-2021 12:27 PM
Semua orang berebut nak vaksin.. antivax je bodo suruh menteri and ahli mp cucuk dulu and potong que
Quote aechae 25-2-2021 12:34 PM
sharlenetexas replied at 25-2-2021 12:26 PM
Sasha elite dah injek. Stephanie liah dah injek.

Sasha tu bgus plan dia mmg tggu complete vaccinate bru terbang blk mesia kn...tgk ig dia mula2 ramai tnya nape xblk awl2 bkn buat apa pn sna teman laki n berjalan saje kerja nya
Quote fadz84 25-2-2021 12:53 PM
retis xde fast lane ye.. complete je dulu registration kat MySejahtera tu.. tiba masa org awam phase 3 nnti insyaallah kita dpt vaccine.
Quote maxim 25-2-2021 12:56 PM
Xyah fefeling special sgt.

Retis = orang awam

Tunggu jah giliran
Quote sleepandream 25-2-2021 01:02 PM
btw iols curious lepas suntik dos kedua dah boleh tanggal mask ke..
Quote JalaEmas 25-2-2021 01:06 PM
sleepandream replied at 25-2-2021 01:02 PM
btw iols curious lepas suntik dos kedua dah boleh tanggal mask ke..

no uolls..kena pakai jgk i ade bace kt twitter smlm.. ade sorg doc tu share, perumpaan vaksin ni dgn seatbelt and airbag kereta.. which is utk mengurgkn impact ketika eksiden,  same goes to vaccine.. infection mgkin ada.. tp tak severe.. thus, still jgk la kena pkai mask kn.. itu ape yg i paham la.. nk ss dh tak jumpe dh twitt tu..
Quote aderaderker 25-2-2021 01:09 PM
Takleh register macam biasa ke,  nak special treatment jugak?

Pastu kalau orang panggil retis,  maroh.

Dah perangai selfish,  entitled macam retis.
Quote fadz84 25-2-2021 01:12 PM
maxim replied at 25-2-2021 12:56 PM
Xyah fefeling special sgt.

Retis = orang awam

Betul tu.. retis pun org awam jgk.. xyah feeling dpt fast lane..
Quote mieymiey 25-2-2021 01:30 PM
Retis ni sama jer dengan orang awam kan? Fasa ke 3.
Ker retis ni nak ada Fasa 2.1, khas untuk retis. Koserrrrr!
Quote AshkieLa 25-2-2021 01:55 PM
semua nak special treatment diorg ni..
fefeeling darah jadi putih ke tiba2 bila jadi retis tu... apo
Quote mimz 25-2-2021 02:08 PM
sis tunggu turn 3 mac ni..eksaited pula
Quote missmeornot 25-2-2021 02:16 PM
mimz replied at 25-2-2021 02:08 PM
sis tunggu turn 3 mac ni..eksaited pula

Nnt update tau. Ade kesan or rasa pape tak
Quote fadz84 25-2-2021 02:17 PM
mimz replied at 25-2-2021 02:08 PM
sis tunggu turn 3 mac ni..eksaited pula

Wow.. frontliner ye sis? Nnti update cmne effect lps kena cucuk tu ye..
Quote sleepandream 25-2-2021 02:19 PM
JalaEmas replied at 25-2-2021 01:06 PM
no uolls..kena pakai jgk i ade bace kt twitter smlm.. ade sorg doc tu share, perumpaan vaksin ni d ...

ohh.. ok thank you chuols for sharing
Quote Suchi 25-2-2021 02:27 PM
Betul ke kita tak dapat yg sama ngn PM tu?

Agak2 orang awam bila yaa lepas raya ke?


Quote mimz 25-2-2021 02:28 PM
missmeornot replied at 25-2-2021 02:16 PM
Nnt update tau. Ade kesan or rasa pape tak

baik..hopefully sis sihat walafiat la pada hari tersebut
Quote mimz 25-2-2021 02:30 PM
fadz84 replied at 25-2-2021 02:17 PM
Wow.. frontliner ye sis? Nnti update cmne effect lps kena cucuk tu ye..

insyaallah...nebes nebes
Quote sweetfasha 25-2-2021 02:31 PM
fefeling sepesel ye artis semua

sila daftar mysejahtera dan que  ye..

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.143779 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top