CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Johor Buru Lelaki Murtad Wanita Islam

25-2-2021 01:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1506| Komen: 0

Polis Johor sedang memburu seorang lelaki yang tular dalam media sosial baru-baru ini kerana dipercayai memurtadkan seorang wanita Islam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya sedang menyiasat sama ada suspek sedang bersembunyi, berada di luar negeri ini atau sudah pun melarikan diri.



Ayob Khan, Kredit foto: Sinar Harian
 
"Kita masih cuba mengesan suspek dan semasa membuat pemeriksaan di rumahnya di Perjiranan Dato Onn di sini pada 9.50 malam Jumaat, hanya bapa dan kakak suspek berada di rumah. Bapa dan kakak suspek maklumkan lelaki itu sudah lama tidak berada di rumah.

"Kita juga sudah mengambil keterangan bapa dan kakak suspek. Serahkan perkara ini kepada polis, kita akan jalankan siasatan secara adil dan saksama, tindakan akan diambil mengikut undang-undang yang ada," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan 34 Buah Toyota Hilux GS-Cargo Single Cab 2.4 (MT) Kontinjen Johor di Padang Kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini pada Khamis.


Ketika ini tular satu video berdurasi tiga minit 26 saat dalam Youtube memaparkan seorang lelaki bukan Islam mengaku telah memurtadkan seorang wanita Islam di negeri ini sebelum mengahwininya.

Menurut lelaki itu, cara untuk lelaki bukan Islam mengahwini wanita Islam adalah dengan menukarkan agama mereka di negara lain seperti Indonesia, Singapura atau India terlebih dahulu.

Berikutan itu, seorang wanita yang mengaku warga Indonesia dan meninggalkan agama Islam untuk berkahwin dengan lelaki itu tampil dalam satu klip video berdurasi 3 minit 30 saat.

Wanita terbabit mendakwa dia dimurtadkan atau keluar daripada Islam di negara asalnya iaitu Indonesia dan memohon supaya dilepaskan suaminya kerana mereka mempunyai anak yang masih kecil.

Ayob Khan berkata, pihak polis dapat menenteramkan keadaan semasa rumah suspek diserbu beberapa orang awam yang merupakan jiran suspek sebelum meminta mereka bersurai.

Beliau mengingatkan orang awam supaya tidak mengambil undang-undang di tangan sendiri sebaliknya menyerahkan perkara tersebut kepada pihak polis.

"Polis juga menasihatkan orang awam supaya tidak mengeluarkan kenyataan berbentuk provokasi. Ini bukan isu melibatkan agama Islam dan sebagainya, jangan memanaskan keadaan dan jangan timbulkan ketegangan kaum dan agama di Malaysia.
 
"Kita akan ambil tindakan tegas, tak kiralah siapa pun, jika buat perkara yang tidak betul, tindakan akan diambil," katanya. -CARI

Sumber: Sinar Harian

2

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.049934 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top