Bimbang dengan berat badan anak yang berlebihan, penyampai radio, Sharifah Shahirah, 47, terlintas hendak melakukan pembedahan pintasan perut atau Bariatrik Surgery.
Dia bagaimanapun menarik balik keputusan tersebut pada saat akhir. Sharifah Shahira atau lebih dikenali dengan sapaan Shira menjelaskan, tanggungjawab sebagai ibu membuatkan dia mengambil langkah demi kesihatan anak sulungnya, Allisya Tahir hasil perkahwinan pertama dengan vokalis Black Dog Bone, Jatt. “Beberapa tahun lalu saya pernah membawa Allisya berjumpa doktor untuk melakukan pembedahan pintasan perut bagi mencari jalan penyelesaian untuk mengurangkan berat badan.
“Selesai mengambil gambar semua, saya terfikir pada masa akan datang Allisya akan beranak dan badannya akan naik semula. Jadi apa gunanya dia menjalani pembedahan itu sekarang kerana menelan belanja tinggi. “Saya tidak ralat membuat perkongsian ini yang mana mengimbas kembali kenangan beberapa tahun lalu. Bangga juga kerana Allisya berjaya menurunkan lebih 20 kilogram dengan menjaga pemakanan dan bersenam,” kata Shira kepada Kosmo! Online. Tambah Shira, Allisya yang mengenggam diploma dalam jurusan Pengajian Komunikasi dan Media itu mengambil masa lebih setahun untuk mencapai berat badan ideal tanpa jalan pintas.
|
Tinot7 replied at 24-2-2021 07:16 PM
Anak dia nampak mcm berat biase je.. nak dia kurus mcm mana lagi?
rookiecake replied at 25-2-2021 02:19 PM
Bariatrik Surgery ini mostly untuk last resort. Budak ini masih muda. Bersenam 3-5x/seminggu dan jag ...
rookiecake replied at 25-2-2021 02:19 PM
Bariatrik Surgery ini mostly untuk last resort. Budak ini masih muda. Bersenam 3-5x/seminggu dan jag ...
fadz84 replied at 25-2-2021 02:55 PM
Mcm arwah anak artis yg baru dpt title Dato tu nk effect cepat la kn..
follesegal replied at 25-2-2021 03:20 PM
ye weh.. kalau umur masih remaja gitu or below 30 snang je nk turun bdn.. serius, sbb aku prnh try ...
ADVERTISEMENT