Mahkamah Persekutuan mengenepikan undang-undang Syariah negeri Selangor yang menetapkan seks di luar tabii sebagai jenayah. Barisan hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat hari ini sebulat suara membenarkan cabaran undang-undang seorang lelaki terhadap Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.
Malaysiakini melaporkan Peruntukan Syariah negeri itu menetapkan adalah satu kesalahan bagi umat Islam di Selangor melakukan seks di luar tabii. Lelaki itu kini menghadapi kes berkaitan yang sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, di mana dia didakwa di bawah peruntukan tersebut dengan tuduhan cubaan melakukan hubungan seks di luar tabii. Anggota hakim yang lain adalah Presiden Mahkamah Rayuan Rohana Yusuf, Hakim Besar Malaya Azahar Mohamed, Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim dan hakim Mahkamah Persekutuan Mohd Zawawi Salleh, Nallini Pathmanathan, Vernon Ong Lam Kiat, Zabariah Mohd Yusof dan Hasnah Mohammed Hashim.
Dalam membacakan keputusan sebulat suara, Maimun memutuskan bahawa Seksyen 28 belum secara sah digubal oleh badan perundangan negeri Selangor. Dia berkata bahawa ini kerana undang-undang mengenai perkara yang dibahas dalam Seksyen 28 – yang menyentuh mengenai seks di luar tabii – hanya boleh digubal melalui parlimen. Sumber: Suara Merdeka
|
kelapaparut replied at 25-2-2021 03:03 PM
kalu mcm tu boleh la nak berjubo dgn aman di selangor..untung jemin dan anwart
budaktua replied at 25-2-2021 03:16 PM
bkn jubo shj...
ikut mulut pun dikategorikan 'luar tabii'...
awanysss replied at 25-2-2021 03:08 PM
dah tu apa guna mahkamah syariah? agong diam je ke..
dah tu apa guna islam agama persekutuan kalau ...
notM replied at 25-2-2021 03:19 PM
Sebab tu meols ulang2 cakap Malaysia ni Muslim moderate.
Dah ulang banyak Kali kot.
mbhcsf replied at 25-2-2021 03:27 PM
define moderate - ikut sapa punya pemahaman, tu ? your intepretation atau mewakili kelompok tert ...
notM replied at 25-2-2021 03:19 PM
Sebab tu meols ulang2 cakap Malaysia ni Muslim moderate.
Dah ulang banyak Kali kot.
notM replied at 25-2-2021 03:28 PM
Fahamkan apa Wassatiyah....
mbhcsf replied at 25-2-2021 03:20 PM
nama Hakim ni sangat familiar bagi beberapa kes ye? kalau tak salah sayalah setelah mengikuti kes ke ...
budaktua replied at 25-2-2021 03:16 PM
bkn jubo shj...
ikut mulut pun dikategorikan 'luar tabii'...
awanysss replied at 25-2-2021 03:32 PM
Ketua Hakim Negara? dia sorang je, sbb tu la femes kot..
apa2 kes mahkamah syariah pun, kalau baw ...
ADVERTISEMENT