CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 1 Tahun Dikompaun Tak Pakai Mask Dalam Lif

25-2-2021 04:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7924| Komen: 43

Tular kisah kanak-kanak berusia setahun dikompaun pengurusan sebuah kondominium kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Facebook Info Roadblock JPJ/Polis pada Rabu memaklumkan anak kepada salah seorang penghuni di situ dikesan tidak memakai pelitup muka ketika berada di dalam lif.



Rakaman CCTV memaparkan kanak-kanak terbabit tidak memakai pelitup muka. Foto: Ihsan FB Info Roadblock JPJ/Polis

Selepas menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV), pihak pengurusan kondominium berkenaan mengeluarkan notis kompaun bernilai RM100 kepada kanak-kanak terbabit.

"Tular pada malam ini, kes seorang kanak-kanak berumur setahun disaman RM100 oleh pihak pengurusan sebuah kondominium di Ampang, Selangor kerana tidak memakai pelitup muka ketika berada dalam lif," katanya dipetik Sinar Harian.

Menerusi foto tangkap layar yang dimuat naik, penghuni terbabit kelihatan seolah-olah tidak berpuas hati dan mempertikaikan tindakan berkenaan.

Pengurusan kondominium terbabit bagaimanapun bertegas dengan pendirian mereka untuk mengeluarkan notis kompaun tersebut.


Notis yang dikeluarkan oleh pengurusan kondominium itu. Foto: Ihsan FB Info Roadlbock JPJ/Polis.

Difahamkan, seorang pelayar dikenali sebagai Hana Harris turut mempertikaikan tindakan pengurusan kondominium terbabit kerana kanak-kanak di bawah usia dua tahun tidak digalakkan memakai pelitup muka.

"Pergi klinik kesihatan, budak bawah dua tahun datang 'check up' semua tak pakai 'face mask', tak ada pula polis tunggu situ nak kompaun RM1,000.

"Nurse dan doktor pun tak marah sebab tau bahaya untuk umur macam itu," katanya.


Sumber: Sinar Harian
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 25-2-2021 04:02 PM
tak digalakkan bukan tak perlu..
kalau dah pengurusan tetapkan kena pakai mask dalam kawasan condo, pakai saja la..
nanti anak kena covid menceceh pulak minta simpati..
bagus la pengurusan strict..
nanti kalau ada kes, dorang jugak yang kena uruskan nak sanitize bagai..
Quote krustykrab 25-2-2021 04:24 PM
Mujur x duduk kondo....gilo
Quote SecretLuv 25-2-2021 04:43 PM
prettyuglybabe replied at 25-2-2021 04:02 PM
tak digalakkan bukan tak perlu..
kalau dah pengurusan tetapkan kena pakai mask dalam kawasan condo, ...

Tapi kerajaan pun cakap kanak kanak bawah 2 tahun tak perlu pakai mask, kenapa dorang buat peraturan sendiri pulak.
Quote xy_daen 25-2-2021 04:47 PM
Sejenis bodoh..
Quote jalfa 25-2-2021 04:49 PM
Haha.kondo tempat org kaya kaya...haha..kalo buat marhein plat nak jugak cerca
Quote TravellingBear 25-2-2021 04:51 PM
berkurung saja la siapa duduk kondo ada baby yg tantrum usahkan mask, baju pon silap2 takmau pakai
Quote Skuau 25-2-2021 04:57 PM
Sila cabar keputusan pihak pengurusan kondom(inium) tu kat mahkamah...
Quote prettyuglybabe 25-2-2021 05:01 PM
SecretLuv replied at 25-2-2021 04:43 PM
Tapi kerajaan pun cakap kanak kanak bawah 2 tahun tak perlu pakai mask, kenapa dorang buat peratur ...

pada i, premis dia, suka hati dia la nak tetapkan peraturan macam mana..
pakai kejap dalam kawasan tak memudaratkan pun..
u pun tak tau berapa ramai dah naik lif tu dengan macam-macam kuman..



Quote addved 25-2-2021 07:36 PM
Government's rule should override the condo management's rule.
Quote capiloton 25-2-2021 07:46 PM
sejak kobid ni muncul,
ramai betul lembu2 bodoh ketakutan di mana2  
Quote TravellingBear 25-2-2021 08:02 PM
capiloton replied at 25-2-2021 07:46 PM
sejak kobid ni muncul,
ramai betul lembu2 bodoh ketakutan di mana2

takut duit terbang. tak la ikhlas sgt
Quote aderaderker 25-2-2021 08:32 PM
Takleh pakai facemask,  apa kata beli topi yg ada shield tu?

Pencegahan yg lagi baik,  takyah bawak anak keluar rumah kut kalau tak perlu..
Quote supernaturalee 25-2-2021 08:40 PM
Kt sini bdk2 elok je main kt luar ramai2 x pakai mask pun mcm hr cuti sekolah je lagaknya


Quote dodolgemok 25-2-2021 08:55 PM
Tu namanya pengurusan bangang over nak buat benda ntah apa2! Saman je lah pengurusan bebal sebegini!
Quote dodolgemok 25-2-2021 08:57 PM
aderaderker replied at 25-2-2021 08:32 PM
Takleh pakai facemask,  apa kata beli topi yg ada shield tu?

Pencegahan yg lagi baik,  takyah ba ...

Face ask tujuannya utk prevent droplet/airborne virus drpd disedut masuk ke lubang hidung, Kalau pakai shield tu X menghalang pon droplet tu masuk ke hidung, boleh jah dri celah tepi tu. Faceshield lebih kepada prevent splash /splatter ke muka org.
Quote esbok 25-2-2021 08:59 PM
Ada la sebab tu budak bawah 2 tahun tak digalakkan pakai. Cuba bagi depa pakai. Tengok apa budak2 tu buat dekat mask tu.

Siap ada yang main jilat2 makan mask tu{:teatime
Quote Itzy 25-2-2021 09:24 PM
SecretLuv: Tapi kerajaan pun cakap kanak kanak bawah 2 tahun tak perlu pakai mask, kenapa dorang buat peraturan sendiri pulak.


Diaorang tau ramai org bodo tak nak ikut peraturan, so bila buat peraturan begini duit pun masyukk{:run
Quote pichee 25-2-2021 09:28 PM
Jmb ni mmg gila...

Kwn i kne saman sbb time pindah umh calar kanvas lift je pn...ribuan tau!! Gila kn...
Quote irish_ieka 25-2-2021 09:59 PM
senangnye lahai korang ckp pakai jelah kejap. sape suruh tk pakai padan muke. korang tak penah ad anak kecik ke? ingt sng ke nk bagi budak 1 thn pakai mask. 2 saat pon die tarik bukak dh. sebab tu la govt tk wajibkan budak bwh 2 thn pakai. kang lemas satu hal mak2 jgk kene kecam. mmg lah waktu covid ni tk bwk kuar baby. tp kene jgk turun kalau nk gi cucuk berkalananak ke. gi klinik demam ke sakit ke. ckp semua tk pakai akai.

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.047962 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top