KUALA LUMPUR: Perak Man, rangka manusia tertua berusia 11,000 tahun yang ditemukan 30 tahun lepas di Lembah Lenggong, Perak, kini mempunyai 'wajah' lakaran, yang siap pada 19 Jan lepas. Lakaran wajah Perak Man itu dibuat menerusi kaedah 3D virtual reconstruction, oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan pakar reka bentuk 3D dari Brazil, Cicero Moraes, individu yang sering menjadi rujukan dalam bidang pembinaan semula wajah forensik di negaranya. Artikel jurnal berkenaan diterbitkan menerusi 'Malaysian Journal of Medical Sciences USM'. Sumber : Harian Metro
|
anakjiran: hebat betul boleh buat gambaran muka hanya melalui tulang rangka walaupun dah beribu tahun. tapi video kat hotel kuching masih tak dapat buktikan lagi ...
ADVERTISEMENT