Semalam, hangat diperkatakan apabila Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengerahkan anggotanya memburu usahawan kosmetik, Sajat selepas mendapat waran tangkap daripada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Ia susulan kegagalan Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman menghadiri prosiding kes berpakaian wanita pada Selasa lalu. Menjengah ke Instagram milik Sajat, dia dilihat masih lagi aktif mempromosikan produk peniagaannya iaitu bengkung dan emas. Dalam pada itu, di ruangan komen Instagram Sajat, rata-rata netizen meninggalkan komen mengenai kontroversi tersebut, malah ada juga yang bertanyakan dimana usahawan itu bersembunyi. Tidak melatah dengan pertanyaan netizen itu, Sajat tenang membalas dengan mengatakan dia tidak perlu bersembunyi kerana dia bukannya melakukan kesalahan berat seperti jenayah bunuh.
Pada 6 Januari lalu, Sajat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berpakaian seperti wanita. Sajat didakwa melakukan perbuatan itu dalam majlis bacaan Yasin dan solat hajat, 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion, Seksyen 16, Shah Alam. Sumber: RotiKaya
|
noor2 replied at 26-2-2021 04:30 PM
Ya ampon sebijik muka mona Fendi...
Skuau replied at 26-2-2021 05:12 PM
{:1_273:
Aku pon tenung,tgk betul2....ikut kacamata aku berpower tinggi....eh ialah ada iras la.. ...
noor2 replied at 26-2-2021 05:15 PM
Lama2 terserlah muka jantan dia....ubahla mcm mana tetap x boleh lawan kejadian asal tuhan...huhu. ...
ADVERTISEMENT