CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru Penggal 7 Ahli Keluarga Kerana Cinta Dilarang Rayu Tak Dihukum Mati

26-2-2021 04:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6111| Komen: 22

Seorang guru wanita yang memenggal kepala tujuh ahli keluarganya ketika mengandung kerana mereka melarang dia berkahwin dengan kekasihnya membuat rayuan pada saat terakhir sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati.


Guru tersebut, Shabnam Ali, 38, menjalani hukuman penjara sejak 11 tahun lalu selepas didapati bersalah membunuh.


Kredit foto: The Sun

Keluarga Shabnam dikatakan menentang hubungannya dengan seorang tukang kayu, Saleem ekoran perbezaan latar belakang mereka.

Pasangan kekasih itu kemudian membunuh tujuh ahli keluarga Shabnam iaitu ibu, bapa, dua adik-beradik lelaki, kakak ipar, sepupu dan anak saudaranya yang berusia 10 tahun pada 2008 selepas memberi mereka ubat penenang.

Shabnam yang mengajar subjek geografi dan bahasa Inggeris melahirkan anak lelakinya, Taj di penjara, lapor akhbar The Sun.

Dia didapati bersalah pada 2010 dan dijatui hukuman mati. Mahkamah Agung mengekalkan hukuman tersebut pada 2015 dan 2020.


Persiapan untuk hukuman gantungnya di penjara Mathura, utara India sedang berjalan ketika ini.

Taj, 12, yang melawat ibunya di penjara Ahad lalu merayu agar ibunya dimaafkan.


Kredit foto: The Sun

“Apabila saya menemui ibu Ahad lalu, dia memberitahu agar belajar bersungguh-sungguh dan menjadi manusia yang baik, tidak kira walau apa pun yang saya lakukan dalam hidup ini.

“Dia meminta agar tidak bimbang. Saya berharap Presiden India yang dihormati tidak mengecewakan seorang anak seperti saya dan memaafkan ibu,” katanya.

Shabnam yang mengajar di sebuah sekolah di kampungnya di Bawankhedi, Amroha sewaktu kejadian, turut memfailkan petisyen kedua bagi meminta belas kasihan daripada Gabenor negeri dan Presiden India, Ram Nath Kovind.


Sumber: Kosmo
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • matchstick


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 26-2-2021 04:53 PM
7 ko penggal dik....
Kesian nasib anaknya nasih nakkan ibu dia walau macam mana pun...

At the same time keluarga mak dia pun problematic.
Quote tumpanglalu74 26-2-2021 04:55 PM
Kalo cekgu pompuan pon boleh buad gini, apetah lagi zantan2 sado di sana.  Ini la golongan yang perlu disuntik vaksin supaye otak tu takde nak membunoh aje.
Quote sukacactus 26-2-2021 05:01 PM
Sampai 7 org ko ambik nyawa, skali dgn ank buah umur 10 tahun yg xde kuasa pun nak halang ko nak berlaki ke x tu, xkan nak dilupakan gitu je kot...agak2 la!
Quote JunkMail 26-2-2021 05:03 PM
Dasat kau dek...sekali 7 kau penggal sebab cinta. Dengan budak sekali kau balun. Sewajarnya kena hukum mati je kau ni...
Quote Skuau 26-2-2021 05:04 PM
Malaysia...'Cinta Penarek Becha'.
India.........'Cinta Si Tukang Kayu'.
Quote tumpanglalu74 26-2-2021 05:08 PM
Skuau replied at 26-2-2021 05:04 PM
Malaysia...'Cinta Penarek Becha'.
India.........'Cinta Si Tukang Kayu'.

Deep...
Quote jazaa100 26-2-2021 05:49 PM
tukang kayu tu aman sman je hidup dgn pompuan lain.....

mak bapak kau pun kau penggal......
Quote mizzmimi 26-2-2021 06:35 PM
Eh laki dia tak kena ke? Subahat juga kan & sama2 bunuh?

Dah miang sangat nakkan zantan tu ko kawin lari je la jauh2. Ni ko bunuh sampai 7 orang. Mak pak adik beradik ipar anak sedara sendiri lak tu. Cam haram.
Quote mamajawie 26-2-2021 10:40 PM
Tapi anak dia bermuka elok skit dari mak nye..iollss syak tukang kayu tu muka jambu mnurun ke muka anak dia..{:smile{:smile
Quote Suchi 26-2-2021 11:06 PM
Sapa jaga anak dia selama ni? Dah ahli keluarga dia semua mati kan
Quote Manjahati 26-2-2021 11:11 PM
Suchi replied at 26-2-2021 11:06 PM
Sapa jaga anak dia selama ni? Dah ahli keluarga dia semua mati kan

Tukang kayu tu lah kot yg jaga..klu x dedua dok dlm penjara mgkin fmly tukang kayu..dh semua fmly cikgu ni dibunuhnya...
Quote jalfa 26-2-2021 11:11 PM
Jahatnya kau dekkk....kerna napsu nan satu...tp secara peribadi bg iols,setiap org berhak diberikan peluang kedua...tp keevilan kau mmg tragik dekk..sukar dimaafkan
Quote BoongaKertas 27-2-2021 11:33 AM
Sebab cinta jer weh? Serius laaaaaaa
Quote sambaldurian 27-2-2021 11:45 AM
mamajawie replied at 26-2-2021 10:40 PM
Tapi anak dia bermuka elok skit dari mak nye..iollss syak tukang kayu tu muka jambu mnurun ke muka a ...

ak pun rasa cmtu , tu cikgu tu drastik sgt g bunuh family dia. rupa 'membunuh'.
Quote jahcomel 27-2-2021 12:00 PM
Nyesal pn x bguna...kau bunuh kluarga kau sdri sbb cinta y sia2..tiada pluang kedua utkmu...


Quote namieamuro 27-2-2021 02:12 PM
selayaknye la dihukum mati terus. 7nyawa kau amek. bdk kecik 10tahun yg takde kene mgene kau menggatal pun kau bunuh. nyesal pun bukan bole hidupkan dorg. mase buat tak pikir pulak.

skrg kau kt situ bakalan mati. yg jantan tah kemane hidup aman je kt luar sane.
Quote mamajawie 27-2-2021 06:24 PM
sambaldurian replied at 27-2-2021 11:45 AM
ak pun rasa cmtu , tu cikgu tu drastik sgt g bunuh family dia. rupa 'membunuh'.

Tu la..walaupun tukang kayu tapi bermuka herlok opkos la cikgu tu sanggup smpai bunuh family yachh..mgkin sheollss fkir pompuan cm dia payah nk dpat peluang berlakikan muka herlok..ehehehhe..
Quote spankee_fili 27-2-2021 06:36 PM
Oh.. Biasa dengar cinta terhalang kat india kalau yg mati mesti si gadis.. Kena bakar la, tikam la, rogol la, pukul sampai mati la, honor killings konsepnya kan..
Cikgu ni nasib baik, masih hidup sampai arini.. Dapat jugak lahirkan anak segak kemain..
Quote batu kikir 27-2-2021 06:48 PM
Sedap sangat ke bat**g si-tukang kayu sampai 7 nyawa kau ambik.  Bila nyawa sendiri nak kena ambil........  bukan main merayu lagi supaya Presiden bolih maafkan dan nak hidup lagi sampai Tuhan ambil nyawa kau.  

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.097500 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top