CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Syiling Hitam Berkarat, Duit Kertas Reput -Habis Rosak Duit Simpanan Dalam Tin

27-2-2021 10:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4896| Komen: 24

Tabiat menabung bukan saja bermanfaat malah boleh menjadi penyelamat kerana wang simpanan itu digunakan pada waktu kecemasan.

Namun, lain kisahnya bagi Roslina Masdar, 43, yang kerugian RM1,000 apabila wang disimpan di dalam tin menjadi rosak.


Kisah itu mendapat perhatian selepas dikongsikan rakan baiknya, Noorly Mohd Noor, 43, di Facebook (FB) , baru-baru ini.

Noorly berkata, Roslina menyedari simpanan wang kertas dan syiling rosak, petang kelmarin.


Foto: Harian Metro

"Saya difahamkan Roslina menyimpan not RM20, RM50, RM100 dan syiling di dalam tin sejak tiga tahun lalu.

"Tabung itu disimpan dalam almari pakaian dan Roslina sudah lama tidak membukanya.

"Jadi dia tidak tahu bagaimana keadaannya sehingga membuka tabung itu tempoh hari untuk mengira wang di dalamnya," katanya ketika dihubungi Harian Metro .

Noorly berkata, Roslina memberitahu hanya RM200 saja dalam keadaan baik manakala bakinya (RM1,000) sudah rosak.

Katanya, keadaan itu membuatkan rakannya hilang kata-kata kerana tidak sangka pengakhiran begitu selepas bertahun menyimpan wang berkenaan.

"Menurut Roslina, sebahagian permukaan syiling di dalam tabung itu menjadi hitam akibat karat manakala wang kertas pula jadi reput .

"Apa yang menyedihkan kerana wang itu sudah lama disimpan dan mengikut perancangan, Roslina mahu gunakan wang itu untuk membeli perabot sebelum berpindah rumah barunya nanti," katanya yang menetap di Lumut, Perak.

Noorly berkata, dia sudah meminta izin daripada Roslina sebelum memuat naik kisah itu di FB.

"Tak sangka pula, ramai yang memberi maklum balas dan kebanyakannya positif serta mencadangkan wang itu dibawa ke Bank Negara Malaysia (BNM) untuk diperiksa sama ada boleh ditukar atau sebaliknya.

"Namun, ada juga yang memberi komen negatif seolah-olah mempersoalkan cara Roslina menjaga wang.

"Sedangkan, dua tabung lain yang disimpan oleh Roslina dalam keadaan baik dan sebagai rakan lama, saya kagum dengannya kerana suka menabung sejak dulu lagi," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Innrukia 27-2-2021 10:20 AM
bukan rezeki la tu
Quote Manjahati 27-2-2021 10:23 AM
Tukar kat bank negara jer dik
Quote Belibis 27-2-2021 10:26 AM
Umur tak tua sangat.kalau yang 90an logik la simpan dalam tin.
Quote Artemesiaa 27-2-2021 10:53 AM
Duit kertas tu kalau masa ada nombor siri lengkap masih boleh ditukar.
Quote jazaa100 27-2-2021 11:12 AM
duit bassh basah cow letak dlm tu, memang le rosak.....
Quote Jorja 27-2-2021 11:27 AM
Rupanya masih ada orang menabung dalam tin
Quote sambaldurian 27-2-2021 11:32 AM
ak simpan dlm bekas pringles je, rs cm penuh, amek buat belanja. so xde masa duit tu nk mereput rm1 je pun ak simpan, nk letak not rm5 cm bnyk je.
Quote insulin 27-2-2021 11:34 AM
Aku simpan duit syiling dalam botol air mineral 1.5L. So far, duit syiling masih selamat. Bontot botol je yang kemik sebab duit syiling ni berat sangat.
Quote exclusive_vvip 27-2-2021 11:53 AM
kalu ikutkan, takde masalah part menabung tu..dia mmg minat menabung, agaknya dia ada aim, selepas 2-3 tahun baru nak buka tabung..cuma dia x aware part time akan karat lah tu..takpun dia x bersihkan n lap kering btol2 masa nak jadikan tabung tu..kot masih ada sisa milo@biskut@susu ke apa..
Quote Boomibulat 27-2-2021 12:32 PM
sambaldurian replied at 27-2-2021 11:32 AM
ak simpan dlm bekas pringles je, rs cm penuh, amek buat belanja. so xde masa duit tu nk mereput :lol ...

Sy suka simpan duit syiling RM1 dulu..duit kertas x best nak simpan sbb x de bunyi kalau goncang..simpan bnyk pun x berat..
Quote sambaldurian 27-2-2021 01:32 PM
Boomibulat replied at 27-2-2021 12:32 PM
Sy suka simpan duit syiling RM1 dulu..duit kertas x best nak simpan sbb x de bunyi kalau goncang.. ...

simpan not rm1 pun best, dah mcm bnyk sikit, asingkan dlm sampul raya susun sepuluh2 helai, nmpak la ala2 bank sikit, nmpak mcm bnyk. padahal baru bp hengget.  nnti boleh rolling kot, mana tau raya kali ni jadi. so klu ak menyimpan duit payah la nk reput, xde masa nk feeling2 'teruja' , 'sabar' simpan duit dlm tabung gas, konon2 pecah dlm 2 tahun. not my type. duit mmg utk diguna bkn utk disimpan.
Quote farhani87 27-2-2021 01:34 PM
Kesiannya. Hopefully boleh tukar kat bank negara.
Quote jari10 27-2-2021 01:36 PM
Small matter je tu.. as long nombor siri masih boleh dilihat. Bawak ke BNM settle masalah
Quote sfrnna 27-2-2021 01:57 PM
simpanla dalam bank lainkali
Quote SayaSayangMama 27-2-2021 02:55 PM
Ada lagi ke menabung cara mcmni. Klu ko tukar nilai tu ke emas dah berganda duit ko dik. Tolong jgn mnyimpan semata. Simpanlah dgn ilmu. Klu kt asb ke TH ada gak la bonus
Quote hotmak 27-2-2021 02:57 PM
sayang je, boleh tukar di bank kan, lama tu bertahun simpan dlm tin, iols suka simpan dlm bekas kuih raya, sebab boleh tgk isi dalam & biasa tak lama pun simpannya agak nak guna pecah kan lah
Quote Mulotkoyak 27-2-2021 03:21 PM
Bank negara terima je duit rosak tuh
Quote missus_meow 27-2-2021 03:29 PM
hrp dpt setel kat bank negara ... sian dia ...
Quote glump 27-2-2021 03:33 PM
ada lagi yg simpan dulit dalam tin yek

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.093735 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top