CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kalau Betul, Baik Saya ‘Tanam’ Susuk Dekat Muka Ni Sejak Dulu" - Ayu Damit

1-3-2021 08:26 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5420| Komen: 23

Penyanyi dan usahawan, Ayu Damit menafikan dirinya ada memakai susuk atau pemanis wajah untuk tampil lebih menawan sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak.


Kredit foto: IG Ayu


Ayu atau nama sebenarnya, Norayu Damit, 32, bagaimanapun mengakui ada mengambil beberapa prosedur kecantikan lainnya seperti mana yang dilaporkan media, baru-baru ini.

“Mulanya terkejut dan tak tahu nak beri reaksi apa bila ada yang meninggalkan komen di media sosial dengan mengaitkan saya dengan pemakaian susuk.

“Lucu pun ada sebab kalaulah saya pakai susuk, lebih baik saya ‘tanam’ dekat muka ni sejak dulu lagi. Mereka yang mengenali saya tahulah saya ni jenis bagaimana orangnya.

“Malah kesedaran mengenai penjagaan diri ini pun kian hadir seiring dengan peningkatan usia. Bukanlah nak cantik luaran semata-mata tapi lebih kepada amalkan gaya hidup sihat sementelah saya pun terlibat dalam industri pertanian.


“Apa pun, saya tak ambil pusing pun dengan komen tersebut. Saja suka-suka berkongsikan perkara itu di Insta Story beberapa hari lalu.

“Yang penting, cantik atau tidak, suami dan anak-anak sentiasa ada di sisi. Itu sudah memadai, alhamdulillah,” katanya yang turut menyifatkan cantik itu subjektif.


Kredit foto: IG Ayu

Mengulas menganai isu perbelanjaan kecantikan dirinya yang mencecah ribuan ringgit, penyanyi asal Sabah ini mendedahkan kos tersebut termasuk rawatan yang ditaja.

“Macam-macam komen yang saya terima. Sudah saya jelaskan, kos tersebut adalah anggaran seperti pelangsingan badan, jamu, vitamin dan sebagainya, selain nilai tajaan daripada beberapa pusat kecantikan.

“Alhamdullilah, ada yang sudi taja. Bagi saya selagi ia tidak memberikan kemudaratan pada jangka masa panjang, saya terbuka menerimanya. Lagi pun saya tetap akan dengar pendapat suami juga sebelum membuat apa-apa keputusan,” katanya lagi.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 1-3-2021 08:44 AM
Kalau hasilnya mcm ni, susuk tu pun tak menjadi la..
Quote dudaberhias 1-3-2021 08:47 AM
kalau gitu je rupa pakai susuk... baik pergi buat kat hadyai koman2 jimat duit dik tiap2 bulan kena 10k... naik ketapi ekonomi je  baru dalam rm100... kalau tak mampu jugak kayuh basikal sampai ke pengkalan kubur lepastu redah kot sungai golok je... jangan lupa angkat kain takut basah....
Quote Kurex 1-3-2021 09:00 AM
Kawan ponen iols ada sorang pakai susuk.. takde la cantik mana.. ke pakai susuk murah?
Quote CiliPadiSedap 1-3-2021 09:04 AM
Kurex replied at 1-3-2021 09:00 AM
Kawan ponen iols ada sorang pakai susuk.. takde la cantik mana.. ke pakai susuk murah?

dia pakai xde cop sirim atau guna emas zhulian. susuk ni cantik di mata pemakai je. mata orang lain mata orang beriman nampak lah kehodohan sebenar
Quote September14 1-3-2021 09:12 AM
Susuk fungsi dia bkn nak ubah wajah tu jd cantik persis adriana lima kan? Dia just sapa yg tgk dpn2 terasa aura n sedap je mata memandang org pkai susuk tu kan?
Quote salmon-suki 1-3-2021 09:41 AM
Ni susuk botched ke ape kalau betul pakai susuk...netz pun..mata kero betul..rupa mcm tu dikatanya pakai susuk..10k berhabis pun tetap xde wow factor..apetah lg pakai susuk haa{:smile
Quote cicicumel 1-3-2021 09:43 AM
Kurex replied at 1-3-2021 09:00 AM
Kawan ponen iols ada sorang pakai susuk.. takde la cantik mana.. ke pakai susuk murah?

Di mata pondan sesama pondan mmg la x cantik sis....
Quote Belibis 1-3-2021 10:06 AM
Tinot7: Kalau hasilnya mcm ni, susuk tu pun tak menjadi la..

Mungkin dah makan sate la tuuu.
Quote mamajawie 1-3-2021 10:09 AM
Malas nk face shaming tapi bibik makcik aku asal aceh sne muka cam dia ni..maaf ni tandanya susuk tak menjadi..huhu
Quote budaktua 1-3-2021 10:15 AM
cicicumel replied at 1-3-2021 09:43 AM
Di mata pondan sesama pondan mmg la x cantik sis....

kalau aku gelak komen... ni ada yg marah tk.... ?





Quote belacan_gurl 1-3-2021 10:21 AM
Aku sampai skrg teringin nk tau mcm mana sbnrnya wajah yg ada susuk.... cantik dorg mcm Mana... Ke semua org putih kat luar sana pakai susuk sbb aku rasa dorg je cantik dlm dunia nih hahahhaha..
Quote belacan_gurl 1-3-2021 10:23 AM
mamajawie replied at 1-3-2021 10:09 AM
Malas nk face shaming tapi bibik makcik aku asal aceh sne muka cam dia ni..maaf ni tandanya susuk ta ...

Mana mungkin....beliau x jadi hantu kumkum pun lagi...bukan kalo susuk x jadi boleh jadi hantu kumkum kah
Quote Redmyvi 1-3-2021 11:34 AM
hahaha mcm2 la aih... cantikla tu jnji cukup lengkap ada mata idung mulut semua..
Quote dua_chzy 1-3-2021 12:03 PM
September14: Susuk fungsi dia bkn nak ubah wajah tu jd cantik persis adriana lima kan? Dia just sapa yg tgk dpn2 terasa aura n sedap je mata memandang org pkai sus ...


Betul. Pehtu tengok muka macam nak terjatuh cinta (walau muka biasa) saja padehal sama2 perempuan. Gituh. Ai legit percaya ada pompuan2 ai pernah jumpa irl pakai susuk la.
Quote cicicumel 1-3-2021 02:35 PM
senang cerita u tgk sharipah sakinah dlm drama TV3 tu..cantik ke?? haha..hanya cantik di mata jantan yg dia nak jer..
Quote umbut 1-3-2021 08:47 PM
Sapa yg kata pki susuk tu... mata netz dah kenapa..
Quote umbut 1-3-2021 08:48 PM
cicicumel replied at 1-3-2021 02:35 PM
senang cerita u tgk sharipah sakinah dlm drama TV3 tu..cantik ke?? haha..hanya cantik di mata jantan ...

Si kinah tu kalo tgk dia bercakap muka mulut cam senget2... huduhhh...
Quote putericahaya999 1-3-2021 09:02 PM
Orang sinidir ke perli
Quote kiah_mai_pulak 1-3-2021 09:31 PM
ayu..kalau uolss x mengaku sekali pun ktorg kat sini mmg tak percaya uolss main susuk2 ni, melainkan uollss kena scam dgn memana mak esahh lah kan.. zaman scam ni kan mcm2 boleh scam

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.248777 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top