CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Baru Bersalin Lapan Bulan Lepas, Sariyanti Sahkan Hamil Lagi

1-3-2021 02:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14776| Komen: 62

Pelakon Sari Yanti menerusi laman Insta-story mengesahkan bahawa dirinya kini sedang hamil selepas diajukan soalan oleh salah seorang pengikutnya.

Dalam ruangan Ask Me A Question itu, Sari atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari,37 berkata ini adalah kehamilan yang ketujuh selepas mengalami keguguran sebanyak dua kali sebelum ini. Akui Sari, dia mendapat pertanyaan yang sama terlalu banyak sebelum membuat keputusan mendedahkannya.


Foto: IG

“LEBIH DARI 50% SOALAN INI. YA BETUL KAKA (KAK) SARI MENGANDUNG. ALHAMDULILLAH,” JAWAB SARI.



Menurut Sari, jika diikutkan ini adalah anak kelimanya bersama suami yang juga pelakon, pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu.

“INI KEHAMILAN YANG KETUJUH SEBENARNYA,” JAWABNYA LAGI.


Dalam pada itu, Sari turut berkongsi beberapa perihal lain mengenai tips kesuburan dan penjagaan anak yang diamalkan olehnya sepanjang bergelar ibu kepada empat cahaya mata sebelum ini.

Sekadar info, Sari telah berkahwin dengan Jep pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Dariya Inara dan Muhammad Khidir. Menerusi perkahwinan Sari terdahulu bersama bekas suami, dia turut mempunyai dua orang cahaya mata lelaki, Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq. -CARI

Sumber: Murai.my
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hasniey 1-3-2021 02:14 PM
Tahniah sari yanti jep
org cantik kaya ada anak ramai2 pon xpe
Quote ajinomotonosuga 1-3-2021 02:14 PM
So wat...kucing mak aku pun bunting...nk masuk bite ke...bodoh!!
Quote KIM.K 1-3-2021 02:15 PM
Lawa sheol lagi dari deepika padukone sekarang
but perlu ke pregnancy rapa2 gini
Quote helicornia 1-3-2021 02:18 PM
kalau tk gugur agaknya setahun sorang anak dia
Quote gelas_pelastik 1-3-2021 02:48 PM
mata anak dia semua ikut dia kan
kalau tengok gambar, mesti tertumpu kat mata depa
Quote sfrnna 1-3-2021 03:14 PM
orang kalau reti jaga anak ni, beranak la seberapa banyak yang diorg nak, meols okay je. Sebab badan dia & tanggungjawab dia kan. Tp kalau yang kat luar sinun beranak pinak pastu meminta2 memang mintak kecam laa.
Quote laksmanabentan 1-3-2021 03:38 PM
sfrnna replied at 1-3-2021 03:14 PM
orang kalau reti jaga anak ni, beranak la seberapa banyak yang diorg nak, meols okay je. Sebab badan ...

kann... laki boleh jaga baik2...
hospital bagus2... segala pantang di jaga...
makan, pakai, urutan, kesihatan, vitamin semua laki jaga kot..
why not.....
Quote toynme 1-3-2021 03:42 PM
alhamdulillah...idola sgt ni...laki jaga elok veranak je lerrr
Quote lifeline 1-3-2021 03:47 PM
laksmanabentan replied at 1-3-2021 03:38 PM
kann... laki boleh jaga baik2...
hospital bagus2... segala pantang di jaga...
makan, pakai, urut ...

betul setuju..
laki jaga elok
umah pon besar elok selesa
beranakk je la selagi mampu
lagpon umur pon dh berapa kan


Quote likecandy 1-3-2021 03:54 PM
Tahniah
I x tau pon sheols baru bersalin 8 bulan lepas, ingatkan sorang je yg girl tu
Quote Geeayden 1-3-2021 04:01 PM
Alhamdulillah, tahniah tambh lgi zuriat...
Quote imanjannah 1-3-2021 04:10 PM
alhamdulillah.. tahniah sari dan jep
Quote doubleA 1-3-2021 04:54 PM
Apa tips penjagaan anaknya? Sihat selalu takpa la, iols anak sorang pun senget2 dah badan ase
Quote nowhite 1-3-2021 04:58 PM
Tahniah sari and jep
Quote makadek 1-3-2021 05:01 PM
Subur menghijau..... Mmg tk plan ek..oklah dua3 pn suka ank ramai
Quote unta2 1-3-2021 05:36 PM
kalau macam diani nak bagi tips2 mommysari ok lah jugak... ni yg anak baru sorang pon gigih nak bagi tips mommy lah tips anak lah ...

ini satu kapel yg boleh dilayan dan tak annoying beranding byk kapel yg bbnu dok "ship"kan sgt tu..
Quote irish_ieka 1-3-2021 05:46 PM
suke gk karaktek jep ni. nampak die care kt sariyanti n tkdela try hard nk tunjuk kt public suwit muwit mcm group partner die. last2 kawen dua jugek. curang ngn jering jugek. keep it up jep
Quote xLillyx 1-3-2021 05:49 PM
Ok la kaya, pandai jaga badan. Nak beranak setiap tahun pon xpe
Quote bambimo 1-3-2021 05:50 PM
Jd taitai beranak ramai2 xde hal la..
Semoga urusan dpermudahkan

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 05:08 AM GMT+8 , Processed in 0.042883 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top