CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Siapa Pun Bakal Ibu Baru Maryam, Jangan Panggil Mummy Atau Mama”-Pesan Mawar Kepada Fizo Omar

1-3-2021 02:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14671| Komen: 79

Perkongsian pertanyaan netizen di Instastory bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu usahawan Mawar Abdul Karim menarik perhatian.

Menerusi ruangan Ask Me Question di Instastory Mawar menerima pertanyaan daripada netizen yang ingin mengetahui perasaannya sekiranya bekas suami berkahwin buat kali kedua.


"Cikyam (Maryam) marah daddy dia kahwin lain. Kak Mawar pula?" tanya individu tersebut.


Kredit foto: via mStar Online

Menjawab pertanyaan tersebut, usahawan berusia 32 tahun itu berkata dia pasti berasa gembira sekiranya Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar bertemu jodoh baharu.

Akui serba kekurangan, Mawar mendoakan agar bekas suaminya itu bertemu dengan jodoh yang sesuai serta sempurna selain berharap apa yang terjadi antara mereka sebelum ini tidak diungkit semula.


"Untuk Maryam, kak Mawar tak pernah tanya sebab dia belum faham. Bagi kak Mawar pula, tak marah sebab kalau bapa Maryam nak kahwin... lagi gembira dan cepat-cepat kahwin lagi bagus.

"Kita sokong semoga bapa Maryam bertemu jodoh yang sesuai dan sangat sempurna. Kak Mawar tak sempurna serba kekurangan, kak Mawar sentiasa mendoakan yang terbaik untuk semua.

"Bagi kak Mawar dan bapa Maryam, benda yang lepas tidak perlu dikenang. Masing-masing ada kehidupan sendiri. Tidak perlu menjaja benda yang lepas, biar orang nilai diri kita sendiri," katanya.

Mawar mendirikan rumah tangga dengan Fizo pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.


Kredit foto: via mStar Online
Ikatan perkahwinan selama enam tahun pasangan itu terlerai apabila Fizo melafazkan talak satu terhadap Mawar pada 10 Julai 2019 di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.

Dalam pada itu, Mawar sempat memberi pesanan kepada mana-mana wanita yang bakal berkahwin dengan Fizo agar tidak membahasakan diri dengan panggilan istimewa antara anak dan ibu dengan Maryam.

"Kepada sesiapa pun bakal ibu baru Maryam, yang pasti jangan panggil mummy atau mama sebab panggilan itu khas buat kak Mawar. Bukan apa dik, biarlah panggilan itu buat anakanda Maryam seorang.

"Sebab Maryam sangat istimewa buat saya. Panggilan pun sangat bermakna buat kita," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 1-3-2021 02:40 PM
ARTIS KE PON MINAH NI HOIIIIIIIII SRP PASS KE IDOOOKKKKKKK
Quote orkidorkido 1-3-2021 02:48 PM
Mummy Insecure
Quote salmon-suki 1-3-2021 02:49 PM
Dah tu,kalau ko y kawin,maryam tu pn xleh laa pggil laki baru tu daddy/papa/ayah etc...watevaa laa..n utk ckp anak xfaham apa2,tu salah ek..budak2 skrg cerdik lg drpd makpak..dorg amati keadaan sekeliling dorg,dorg belaja drpd situ..nak2 umur maryam ni dah 4thn,lebih drpd faham n reti daa..never ever underestimate children's brain and thought yeee..
Quote chenta_dewi 1-3-2021 03:05 PM
Eleh..kiranya aku la yg betul2 move on bebanding cik mawar ni ye..

Sbb aku xkisah anak aku pgl org lain mama janji xsama pgl aku ibu.. gpon anak aku pon nak dapat bapa baru.. so dia xpanggil yg sama dgn bapak asal dia
Quote elnor_81 1-3-2021 03:11 PM
Alahaiiiii... X ilang la title tu. Dh tntu tu ank ko. Xkn nk pggil mak tiri makcik..
Quote sfrnna 1-3-2021 03:11 PM
pagil ibu atau umi boleh ke...
Quote awanysss 1-3-2021 03:13 PM
wow annoyingnya syarat mawar......
whatever it is, ppuan tu tetap mak tiri dia..
kalau dpt adik, adik beradik kandung lg.. go dai mawar buat syarat ni..
tiber iols menyampah kat dia walaupun selama ni suka je tgk sheol cantik..
Quote budakpink 1-3-2021 03:34 PM
Lol kan maksud mawar berduri tu takleh pgl mamy or mama. Pgl mak ibu bonda mesti la boleh.. So nanti jgn lupe pgl mak kat azar ye haha..
Quote mieymiey 1-3-2021 03:38 PM
Nak kena panggil auntie ker? Habistu bf chuols yang bakal jadi bapa tiri Cikyam nanti kena panggil uncle la?

Ker boleh panggil ibu/ummi?
Quote EvieWanKenobi 1-3-2021 04:31 PM
so nak buat apa lepas ni?
Quote CikNano 1-3-2021 04:37 PM
Kalau maryam panggil ibu baru dia tu mummy/mama takde salahnya pun. Tu tandanya maryam hormat pd ibu baru dia, darjat pun dh sama mcm ibu kandung kot...
Quote Suchi 1-3-2021 04:45 PM
sfrnna replied at 1-3-2021 03:11 PM
pagil ibu atau umi boleh ke...

Boleh la kot asalkan bukan mummy atau mama.

Ramai je yg camni nak plak kalau duda kawen janda yg dedua ada anak.
Pastu ank kandung masing2 mmg panggil dorang mummy/daddy so sbb nak jaga hati pihak ex kena la guna panggilan lain.
Cth bila jd mak tiri kenala panggil ibu ke umi ke makcik ke mak ke apa.
Quote Suchi 1-3-2021 04:48 PM
mieymiey replied at 1-3-2021 03:38 PM
Nak kena panggil auntie ker? Habistu bf chuols yang bakal jadi bapa tiri Cikyam nanti kena panggil u ...

Kalau bf tu jadi laki dia kena panggil ayah de kot huhu
Cam arwah mak iols panggil ayah tirinya ayah de(ayah muda kot)
Iols pun panggil mak tiri iols makcik je anak dia panggil dia ibu.
Tu pun jd mak tiri iols 2 tahun lebih je pastu ayah iols meninggal.
Quote aemon 1-3-2021 04:49 PM
amaran utk azar azmi hahahaha
Quote katnissE 1-3-2021 05:02 PM

Macam dalam Takdir yang Tertulis tu laaa.
Quote jiwakacau06 1-3-2021 05:03 PM
aemon replied at 1-3-2021 04:49 PM
amaran utk azar azmi hahahaha

bkn dh break ke...lama x show off kt ig masing2
Quote cruz2 1-3-2021 05:04 PM
Pakat dok warning azar ni mslhnya abe jo masih dgn mek ja ke?
Quote wolfheart 1-3-2021 05:18 PM
Kalau fizo kawin baru,maryam panggillah dia ibunda atau umi.
Quote bakingsoda 1-3-2021 05:23 PM
maksud takleh panggil mummy mama tu spesifik kepada panggilan tu ke atau tak kira apa2 panggilan yg bermaksud ibu tak boleh guna? kang kena batang hidung sendiri br tau ko belaki dulu pastu pijo suruh cikyam panggil pakcik je

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 02:43 AM GMT+8 , Processed in 0.048767 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top