CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hampir 7 Tahun Menyanyi, Wani Syaz Tak Ada Aura Dan Masih Belum Glamour

2-3-2021 08:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9396| Komen: 51

Hampir tujuh tahun aktif dalam kerjaya nyanyian, penyanyi Wani Syaz tidak menafikan namanya masih kurang dikenali. Apapun, dia tetap bersyukur kebanyakan lagu nyanyiannya diterima baik pendengar.


Wani atau nama sebenarnya Nursyazwani Selamat sebelum ini pernah dikenali dengan beberapa lagu duet seperti Lepaskanlah dan Alhamdulillah bersama Juzzthin termasuk Pendusta Cinta serta terbaharu, Habibi berganding dengan W.A.R.I.S.

Pada 2019, Wani, 24, muncul dengan lagu solo berjudul Gemala yang turut menjadi perhatian pendengar. Bagi anak bongsu dalam keluarga ini, dia sangat bersyukur apabila lagu nyanyiannya diterima kebanyakan pendengar.


Foto: IG

"Saya tahu nama Wani Syaz masih belum kukuh dan kurang dikenali. Maklumlah, ada beberapa penyanyi wanita lain yang menggunakan nama pentas hampir sama dengan saya. Cuma, rezeki kami berbeza.


"Pada saya, sama ada orang kenal atau tidak, okey sahaja. Ini kerana, pembabitan saya dalam kerjaya seni adalah meningkatkan keyakinan diri. Tak ada yang lebih pun, ingin saya kejar," katanya.

Menurut Wani Syaz, disebabkan itu dia cukup memberi perhatian pada lagu yang dirakam. Malah, dia tidak kisah bergerak perlahan-lahan dalam memilih lagu asalkan karya yang dirakamkan itu diterima baik pendengar.

"Sejujurnya saya tak mahu gopoh dalam membuat sebarang keputusan dan tindakan. Bagi saya, tidak mengapa jika lambat sedikit sebab tak naklah penat-penat rakam lagu, tapi orang tak dengar pula.

"Sebagai penyanyi, dari pengalaman saya mendapati semua orang boleh menyanyi. Tapi, yang paling susah nak dapatkan adalah aura sebab Allah yang memberinya.

"Kalau rezeki untuk aura itu ada, okeylah. Kalau tak ada, mungkin rezekinya di tempat lain yang Allah akan beri. Apapun, saya selesa positif dan tidak pernah mengejar apa-apa pun. Setiap apa yang Allah beri itu, saya terima dengan sepenuh hati," katanya.



Menurut Wani Syaz yang menetap di Johor mengurus perniagaan restoran milik keluarga, kerjaya nyanyian adalah kerja sambilan selagi mendapat tawaran dan ada peluang.

Berbicara lanjut mengenai hala tuju kerjaya nyanyiannya, Wani Syaz berkata, selepas melancarkan lagu Habibi pada November tahun lalu, dia kini masih dalam proses memilih genre baharu yang sesuai untuk lagu akan datang.

Katanya, walaupun sudah serasi dengan lagu bergenre reggae dan irama padang pasir, dia enggan terus berada di zon selesa. Ujarnya, dia juga sering mengambil kira setiap pandangan dan pendapat orang lain.

"Sebenarnya, saya selalu juga membaca komen-komen yang ditulis pendengar. Tidak kiralah, mereka itu peminat saya atau tidak. Bagi saya, setiap kritikan dan pandangan yang baik itu, tidak salah untuk diterima.

"Saya pun tidak mahu selamanya berada dalam zon selesa. Saya harus berani menyahut cabaran dan bersedia mencuba sesuatu genre muzik yang baharu, tapi tak naklah melakukannya secara terburu-buru.



Menurut Wani Syaz, apa yang dilakukannya berlandaskan perbincangan yang dibuat. Katanya, jika dia yakin dan berasa selesa pasti akan dilakukan dengan rela hati serta sebaik mungkin.

Pernah menyertai program realiti Gema Gegar Vaganza (GGV) musim kedua pada 2018, Wani Syaz mengakui banyak pengalaman berharga diperolehnya dan takkan dilupakan.

Malah, dia juga menyimpan impian untuk menghasilkan album zikir yang memuatkan lagu hasil ciptaannya. Jelasnya, dia sudah ada beberapa lagu zikir yang ditulis.

"Saya ada juga cuba buat lagu zikir. Ini kerana, saya berhasrat mahu memiliki dan melancarkan sebuah album zikir jika berpeluang. Apapun, saya kena dapatkan pandangan komposer sesuai untuk meneliti lagu zikir dihasilkan itu.

"Sebenarnya teringin juga nak minta pandangan daripada abang Hafiz Hamidun kerana dia sangat berbakat dan pengalaman pun banyak. Tapi, belum ada masa lagi untuk saya bertemu dengannya.

"Ditambah, sekarang pun masih lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kena tunggulah dulu sehingga masa yang sesuai. Semoga dengan adanya vaksin kini, situasi krisis pandemik akan berakhir tidak lama lagi," katanya.


Wani Syaz yang sangat menyerlah dengan lagu-lagu duet mengakui impak kerjaya solonya dalam nyanyian agak mendatar jika dibandingkan apabila dia muncul secara duo bersama penyanyi lain.

Katanya, untuk dia sama ada menyanyi solo atau duet, kedua-duanya dilakukan sebaik mungkin. Cuma, rata-rata maklum balas peningkatan diterima daripada pendengar lebih banyak menerusi karya duet. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 2-3-2021 08:38 AM
orang pun konpius dek... ko ni penyanyi nasyid ker penyanyi pop/balad?

imej ko tu dek... alololo... cantekk sebagai muslimah sejati gitu...

nak jadi penyanyi ada risiko nya... personaliti tu, lagu ko pilih.. cara ko dressing.. cara ko makeup..

Quote cicicumel 2-3-2021 08:40 AM
Ustazah Sirah Nabi sesuai
Quote bondeh 2-3-2021 08:46 AM
Muka Wani nih cam Tajul versi wanita
Quote MakareyumSuciey 2-3-2021 08:49 AM
Muka kerani sekolah yang kekwat mengarah guru...
Quote chinta89 2-3-2021 08:49 AM
sori dek takde aura

nape ek skg semua gigih nk jd selebriti, penyanyi, pelakon etc??
Quote woven11 2-3-2021 08:51 AM
Sorry to say la dik, ko mmg takde aura. Bersyukur la biasa2 cmni pun ada 610k followers....
Quote kiah_mai_pulak 2-3-2021 08:51 AM
try lah keje jaga perpustakaan.. aura kakak pustakawan kuat sgt dh tu
Quote innocent_me 2-3-2021 08:54 AM
It's all about image dik..
Pakai baju macam nak gi pasar malam. Macam mana peminat nak buat idola atau rasa nak follow?
Boleh je upgrade skit imej dengan kekal muslimah. consult stylist dan pastikan jangan si abu tu. Rosak nanti hahaha..
Quote isbritneybich 2-3-2021 08:55 AM
baca tajuk macam masih berpikiran terbuka lagi...lepas tengok gambar, oh patutla
Quote makneng 2-3-2021 09:06 AM
Mcm nilah dekk.. Uolls meniaga je elok2. Kembangkan biz restaurant tu, buat home delivery ke, ready-cooked paste ke, frozen food ke.. Nyanyi2 ni jadikan hobby sampingan je. Ye kalau album meletup semua, uolls lebih masyuk.. Tapi tulah.. Uolls sendiri pon tau uolls tak ada aura..
Quote remotechiever 2-3-2021 09:10 AM
Imej dia tak ada aura. Cuba dress up bagi menyerlah sikit to kekal muslimah. It’s all about image.
You datang rumah orang, kalau dress up mcm ini, first impression org dah tau.
Quote duri_durians 2-3-2021 09:48 AM
adakala nama pun main peranan..
nama sama dgn wani barista..

nama yg acah2 pun tak boleh jugak..

byk sebab sbnarnya..
Quote dekmieDandy 2-3-2021 10:00 AM
ouuu tapi  lagu dia famous je kan

view banyak, kat radio pon selalu dengar

btw dia ni yang selalu tukar-tukar nama tu kan??
Quote Belibis 2-3-2021 10:28 AM
Ko tau tak,dunia artis ni nakkan orang yang tak tau malu,tingtong,separuh masak? Kalau bajet2 muslimah,baik ko kerja gomen ajer.
Quote lavendernovella 2-3-2021 12:39 PM
chinta89: sori dek takde auranape ek skg semua gigih nk jd selebriti, penyanyi, pelakon etc??



Acceptance, famous, and wealth.
Quote September14 2-3-2021 12:46 PM
Muka mcmni xyah jd retis suara pun so so lagu pun benci aku dgr
Quote fairy_fairy 2-3-2021 01:04 PM
Belibis replied at 2-3-2021 10:28 AM
Ko tau tak,dunia artis ni nakkan orang yang tak tau malu,tingtong,separuh masak? Kalau bajet2 muslim ...

I is agree. Tu pasal meols tak suka tengok pelakon atau penyanyi bertudung, berkopiah, berjubah tapi gigih jua nak berada dalam industri. Unless buat lagu nasyid atau drama Islamic.
Quote TerataiMelur02 2-3-2021 01:16 PM
Bagus la kalau sedar dik wani. Memang takda aura langsung
Quote shaiy 2-3-2021 01:42 PM
kiah_mai_pulak replied at 2-3-2021 08:51 AM
try lah keje jaga perpustakaan.. aura kakak pustakawan kuat sgt dh tu

hahahhahaa ngekek baca komen kak kiah..

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.119871 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top