CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Video tular geledah rumah ikut peruntukan undang-undang - Polis

2-3-2021 12:27 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3569| Komen: 19



KUALA LUMPUR: Tindakan pihak polis memeriksa serta menggeledah sebuah rumah individu di Taman Bukit Segar, Kajang di sini pada 26 Februari lalu yang tular di media sosial adalah mengikut peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 248 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata tindakan yang dibuat di kediaman individu itu adalah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

"Tindakan diambil pihak polis dalam isu ini adalah mengikut peruntukan undang-undang dan kuasa menyiasat yang telah ditetapkan.

"Sehubungan itu, pihak polis menasihati orang ramai supaya jangan terpengaruh dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini sehingga boleh menimbulkan kekeliruan masyarakat," menurutnya dalam kenyataan, hari ini.


Baru-Baru ini, tular hantaran video seorang individu yang sedang dikesan polis mendakwa anggota pasukan keselamatan itu membuat serbuan serta penggeledahan di kediamannya tanpa mengemukakan sebarang waran tangkap dan waran geledah.

Individu itu didakwa tidak memberikan kerjasama selepas 30 minit pihak polis berada di depan rumahnya dan tindakan pengeledahan serta penyitaan tanpa waran telah dibuat oleh seorang pegawai polis. 

Loading FB Video...

Sumber :– BERNAMA

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EJALTI 2-3-2021 09:12 AM
'Polis melakukan pemeriksaan mengikut undang-undang'

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... gikut-undang-undang

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Mac 2021 @ 11:48 PM

Amir Abd Hamid
[email protected]


TANGKAP layar daripada video pemeriksaan dilakukan polis
Kuala Lumpur: Polis Selangor mengesan satu klip video tular di media sosial memaparkan seorang individu mempertikaikan tindakan polis dengan meminta dikemukakan waran tangkap dan waran geledah semasa pemeriksaan di kediamannya.

Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, klip video berdurasi 4 minit 30 saat itu adalah pemeriksaan bagi mendapatkan peranti atau bahan bukti bagi tujuan siasatan.

"Selain itu, menafikan sekeras-kerasnya bahawa tujuan kedatangan pihak polis adalah untuk menangkap individu berkenaan.

"Tindakan diambil polis dalam isu ini adalah mengikut peruntukkan undang-undang sebagaimana termaktub mengikut Seksyen 248 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.

Menurutnya, ia bagi mengelakkan berlaku sesuatu sehingga boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Dalam video klip terbabit, penghuni rumah berkenaan mempertikaikan pemeriksaan polis yang didakwa dilakukan pada 3 pagi.

Pada masa sama, beliau meminta polis menunjukkan waran geledah atau waran tangkap untuk menjalankan pemeriksaan berkenaan.
Quote Al-Patih 2-3-2021 10:53 AM
“Tindakan rampasan dan penggeledahan itu dilakukan mengikut Seksyen 248 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggeledahan dan penyitaan tanpa waran oleh seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor,” ujarnya di saluran YouTube Channel milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini.
penggeledahan dan penyitaan tanpa waran.....WOW!!!...takutnya


248. Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran.


Jika seseorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor dalam mana-manahal keadaan yang disebut dalam seksyen 247 mempunyai sebab yang munasabah untuk percayabahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh suatu waran penggeledahan di bawah seksyenitu penyiasatan akan termudarat atau keterangan pelakuan suatu kesalahan mungkin diganggu,dikeluarkan, dirosakkan atau dimusnahkan, pegawai itu boleh memasuki premis itu dan menjalankandalam, di dan berkenaan dengan premis itu semua kuasa yang disebut dalam seksyen 247 dengansepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waranyang dikeluarkan di bawah seksyen itu.
Quote rajamoney 2-3-2021 11:08 AM
bkn bdk ni sokong muhyidin ke?

pahal kena tangkap ni?

operasi belalang ke apa ni?
Quote R2D2 2-3-2021 11:27 AM
Jufazli Shi Ahmad ada mcm2 kes
dlm YouTube siap bagi no akaun tu penyokong tegar dia nak menyumbang
malangnya penyokong cuma sokong air liur ja
menyumbangnya tak

dia ni dulu aktivis DAP
tak sure apa isu semasa dia
tak follow sgt
Quote xy_daen 2-3-2021 11:32 AM
Mamat ni nak masuk politik tapi takde parti nak support dia sebab tu melalang je meroyan tah apa2...
Quote CARI-HBZ 2-3-2021 12:27 PM





KUALA LUMPUR: Tindakan pihak polis memeriksa serta menggeledah sebuah rumah individu di Taman Bukit Segar, Kajang di sini pada 26 Februari lalu yang tular di media sosial adalah mengikut peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 248 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata tindakan yang dibuat di kediaman individu itu adalah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.


"Tindakan diambil pihak polis dalam isu ini adalah mengikut peruntukan undang-undang dan kuasa menyiasat yang telah ditetapkan.


"Sehubungan itu, pihak polis menasihati orang ramai supaya jangan terpengaruh dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini sehingga boleh menimbulkan kekeliruan masyarakat," menurutnya dalam kenyataan, hari ini.


Baru-Baru ini, tular hantaran video seorang individu yang sedang dikesan polis mendakwa anggota pasukan keselamatan itu membuat serbuan serta penggeledahan di kediamannya tanpa mengemukakan sebarang waran tangkap dan waran geledah.


Individu itu didakwa tidak memberikan kerjasama selepas 30 minit pihak polis berada di depan rumahnya dan tindakan pengeledahan serta penyitaan tanpa waran telah dibuat oleh seorang pegawai polis.


[fbv]1153658531746858[/fbv]



Sumber :– BERNAMA
Quote notM 2-3-2021 12:33 PM
Tampar je si Jufazly ni macam xda life lain....hadap sangat follow politik
Quote rajamoney 2-3-2021 12:39 PM
da tau perangai budak tu cam tu

bawak la buku undang2 tu tonyoh kt muka budak tu

apa susah sngt acik2 polis ni?
Quote anakjiran 2-3-2021 12:46 PM
aku dengar dia bercakap pun dah nyampah..siapa dia ni sebenarnya. zaman PH dulu gila babi berani dia buat video kontroversi...

Quote fergie.abel 2-3-2021 12:51 PM
rajamoney replied at 2-3-2021 12:39 PM
da tau perangai budak tu cam tu

bawak la buku undang2 tu tonyoh kt muka budak tu

sabar sungguh polis2 ni...

Quote rajamoney 2-3-2021 12:53 PM
fergie.abel replied at 2-3-2021 12:51 PM
sabar sungguh polis2 ni...

kena la sabau
polis tu pun tau kena rakam

tp aku pelik apa kes budak jufazli ni

dia kn nyokong muhyidin
Quote sukacactus 2-3-2021 02:32 PM
Ini bkn pertama kali kan rumah dia kena serbu
Quote notM 2-3-2021 02:38 PM
Elok polis tampar je muka dia ni banyak Kali....lepastu masukkan satu sel dengan peliwat tegar
Quote jofizo 2-3-2021 02:42 PM
nih lalang....semua x kena...dia je yg betul
Quote Punat_button 2-3-2021 02:49 PM
Al-Patih replied at 2-3-2021 10:53 AM
penggeledahan dan penyitaan tanpa waran.....WOW!!!...takutnya


inilah yang dikatakan 'loophole sengaja buat'

yang tau, tau lah...


Quote Manjahati 2-3-2021 03:59 PM
Mulut mamat ni klu mencecer non stop...mmg hazab kat telinga..
Quote Radzor 2-3-2021 05:26 PM
teruk jgk undang mesia ni
Quote tumpanglalu74 2-3-2021 05:30 PM
Bukan Bam Non upah ke dia ni?  Setitik pon tak ponah kutok big bos dia tu..  Onglain abih dikutoknye.  
Quote LadyCarefree 2-3-2021 06:54 PM
Tangkap dn dakwa amek video polis buat kerja

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.050289 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top