CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lembaga Tabung Haji (TH) umum keuntungan 3.10 peratus

3-3-2021 01:32 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3807| Komen: 24



Lembaga Tabung Haji (TH) pada Selasa mengumumkan agihan keuntungan lebih baik iaitu 3.10 peratus selepas zakat bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2020 berbanding 3.05 peratus pada 2019, kepada kira-kira sembilan juta pendeposit.

Menurut kenyataan badan pengurusan haji, simpanan dan pelaburan itu, agihan keuntungan bagi 2020 melibatkan jumlah sebanyak RM2.24 bilion berbanding RM2.14 bilion pada 2019.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad berkata prestasi kewangan TH pada 2020 kekal positif meskipun persekitaran ekonomi negara dan dunia berada dalam keadaan tidak menentu sejak penghujung 2019 akibat pandemik Covid-19.

“Alhamdulillah, pendeposit TH dapat menikmati keuntungan yang lebih baik bagi 2020 walaupun berdepan ekonomi yang kurang baik tahun lepas.


“Sebagai institusi yang memegang amanah mengurus hampir RM77 bilion deposit umat Islam Malaysia, TH akan terus memastikan dana ini dilaburkan dengan selamat agar kekal mampan,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Menurut TH jumlah deposit telah mencecah RM76.7 bilion pada 26 Feb, 2021 iaitu paras tertinggi dalam sejarahnya, sekali gus mencerminkan keyakinan pendeposit terhadap TH terus kekal utuh.

Pada masa sama, badan itu turut melunaskan pembayaran zakat sebanyak RM106.2 juta bagi 2020 berbanding RM86 juta pada 2019, jelasnya.

“Oleh itu para pendeposit tidak perlu lagi membayar zakat ke atas wang simpanan dan agihan keuntungan yang diterima oleh mereka. Pembayaran zakat ini akan memberi manfaat kepada golongan asnaf yang memerlukan di seluruh negara,” menurut TH.

Urusniaga TH akan ditangguhkan sementara waktu bermula 8 malam, Selasa 2 Mac, 2021 sehingga 12 tengah hari, Rabu 3 Mac, 2021, bagi melancarkan urusan agihan keuntungan.

TH menjelaskan para pendeposit boleh menyemak agihan keuntungan yang dikreditkan ke akaun masing-masing selepas 12 tengah hari Rabu 3 Mac, 2021 menerusi aplikasi THiJARI, kaunter TH, Bank Islam dan Bank Rakyat selain saluran elektronik bank rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB.

Mengenai perkembangan ibadah haji, Zulkifli berkata sehingga kini kerajaan Arab Saudi masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan musim haji 2021 walaupun telah menerima kira-kira 100,000 jemaah umrah sejak 1 Nov, 2020.

“Walaupun masih belum mendapat pengesahan tentang ibadat haji tahun ini, kita perlu bersedia dengan segala kemungkinan.

“Oleh itu saya menasihati semua bakal haji untuk mengikuti kursus asas haji mingguan yang sedang dianjurkan oleh TH secara dalam talian. Bakal-bakal haji juga perlu menjaga kesihatan diri dengan menjaga pemakanan dan lakukan senaman kerana ibadat haji menuntut kekuatan fizikal dan mental,” katanya.

Beliau berkata ibadah haji telah ditangguhkan akibat pandemik yang melanda negara dan seluruh dunia justeru, beliau menyeru seluruh umat terus berdoa agar pandemik ini pulih sepenuhnya dan seterusnya dapat menjadi tetamu Allah di tanah suci. 


Sumber: MalaysiaKini


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 2-3-2021 12:43 PM
alhamdulillah.. 3% is not bad at all.. nak gi check la japgi online je kan
Quote dubuk 2-3-2021 01:21 PM
come on lah...
Quote TomyamPuteh 2-3-2021 01:23 PM
green~tea replied at 2-3-2021 12:43 PM
alhamdulillah.. 3% is not bad at all.. nak gi check la japgi online je kan

Bsok kak baru blh check
Quote green~tea 2-3-2021 01:26 PM

ha ye ke.. idok le banyak pun.. beberapa ratus je kot dpt dividen ni, simpanan i kat sini tak byk pun.. just bg tujuan haji masa depan
Quote rajamoney 2-3-2021 01:26 PM
teringat ada sekor forumer meroyan kata tabung haji bukan badan pelaburan

dia sndiri penganut kristian

sibuk hal tabung agama org

bizibodi mat kepoh
Quote soslaili 2-3-2021 01:31 PM
Hehehe..
Syukur.. syukur.. ingat akan dpt 1-2% je.
Quote Analisaxx 2-3-2021 01:37 PM
Alhamdulillah... ingatkan lagi teruk sebab TH byk invest kat Saudi sana kan
Quote axl_bach 2-3-2021 01:42 PM
3.1% not bad lah biarpun aku harap tahun ni cecah 4%
Quote chenta_dewi 2-3-2021 02:06 PM
soslaili replied at 2-3-2021 01:31 PM
Hehehe..
Syukur.. syukur.. ingat akan dpt 1-2% je.

Fobia aku 1% PH ni.. siap bangga umum pulak tu
Quote R2D2 2-3-2021 02:47 PM
2020 - 3.10 %
2019  - 3.05 %
2018  - 1.25 %

Quote tagas 2-3-2021 03:38 PM
Yg saving

better peram TH dr asb

coz asb 5% lom tolak zakat
Quote mesmerize 2-3-2021 04:15 PM
ai baru check maybank2u tak update lagi.. mungkin esok baru update
Quote bvsf06 2-3-2021 04:21 PM
not bad. sebab dah tolak zakat.
banding dengan asb belum tolak zakat.
Quote R2D2 2-3-2021 08:39 PM
Quote Voyagers 2-3-2021 08:41 PM
tahun lepas th tak keluar banyak duit untuk subsidi haji.

Quote cikdot 2-3-2021 08:46 PM
Cek tadi belum hapdet. Esok la kot
Quote Limao 2-3-2021 08:54 PM
tagas replied at 2-3-2021 03:38 PM
Yg saving

better peram TH dr asb

Iyooo...dividen ASB aku taun nih dalam RM1200 lebih.
Zakat simpanan kena bayar dalam RM800 lebih.
Macam better letak dalam TH jek.
Quote chandrahusin 2-3-2021 08:58 PM
Para pendeposit boleh menyemak agihan keuntungan yang dikreditkan ke akaun masing-masing selepas pukul 12 tengah hari pada hari Rabu, 3 Mac 2021 menerusi aplikasi THiJARI, kaunter TH, Bank Islam dan Bank Rakyat dan melalui saluran elektronik bank rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB.
Quote Rahah 2-3-2021 09:21 PM
Edited by Rahah at 2-3-2021 09:22 PM

Alhamdulillah... sekurang2nya ada jugak walaupun tak banyak...

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.135515 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top