CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lalat Dalam Nasi Lemak Punya Pasal, Habis Merusuh Dalam Kedai

3-3-2021 10:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4454| Komen: 34

Subang Jaya: Lalat yang ditemui di dalam nasi lemak dipercayai menjadi punca kekecohan yang berlaku di sebuah restoran di Jalan SS 15/4, di sini, tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman berkata, pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang wanita tempatan yang juga pengurus restoran berkenaan berusia 55 tahun.

"Berdasarkan laporan itu, pengadu memaklumkan terdapat tiga wanita dan seorang lelaki tempatan yang tidak berpuas hati selepas menemui lalat di dalam nasi lemak dihidangkan.

"Pelanggan lelaki terbabit kemudian mengeluarkan telefon bimbit dengan tujuan untuk membuat rakaman namun ditegur pengadu yang mengugut untuk menyebarkan perkara berkenaan di media sosial," katanya tadi.


Abd Khalid berkata, pelanggan lelaki itu kemudian menampar pipi kiri pengadu mengakibatkan berlaku pertengkaran antara pekerja restoran dan suspek sebelum mereka (pelanggan) beredar.

"Dalam kejadian ini, kami turut menerima satu lagi laporan daripada pelanggan wanita yang juga seorang jururawat berusia 50–an.

"Susulan laporan itu, kami menahan dua lelaki warga India yang juga pekerja restoran terbabit serta seorang wanita tempatan jam 3 petang tadi ," katanya.

Beliau berkata, pihaknya sedang giat mengesan seorang lagi lelaki tempatan yang dipercayai terbabit dalam kejadian ini.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh tanpa senjata," katanya.

Terdahulu, dua video masing-masing berdurasi tiga dan enam saat menunjukkan insiden kekecohan membabitkan beberapa pelanggan serta pekerja restoran terbabit tular di media sosial. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterkotor 2-3-2021 11:51 PM
Lenkali amik gambo dulu, baru bincang.
Quote prettyuglybabe 3-3-2021 12:00 AM
pengadu = pengurus restoran?
kenapa dia pulak yang ugut customer nak viralkan?
Quote airfilterkotor 3-3-2021 03:34 AM
prettyuglybabe replied at 3-3-2021 12:00 AM
pengadu = pengurus restoran?
kenapa dia pulak yang ugut customer nak viralkan?

Sinopsis:
Kastemer jumpa lalat.
Kastemer panggei pengurus.
Kastemer ugut amik gambar.
Pengurus tak puas hati.
Kastemer lempang pengurus.
Pengurus pegi balai buat repot.

Oleh yg demikian:
Pengurus adalah pengadu didalam repot polis.

Sekian melaporkan.
Quote dudaberhias 3-3-2021 06:25 AM
airfilterkotor replied at 3-3-2021 03:34 AM
Sinopsis:
Kastemer jumpa lalat.
Kastemer panggei pengurus.

thank you explain abe coway...

iols pun konfius baca berita ni tadi...
ingatkan pengadu tu pelanggan tu la...
Quote darkness 3-3-2021 07:26 AM
"elanggan lelaki terbabit kemudian mengeluarkan telefon bimbit dengan tujuan untuk membuat rakaman namun ditegur pengadu yang mengugut untuk menyebarkan perkara berkenaan di media sosial," katanya tadi.

Reporter ni..BM spm dia dapat D ka? Tak logik pengadu/owner pula yg nak ugut viralkan
Quote sukacactus 3-3-2021 07:35 AM
Hari2 citer org bergaduh kat kedai mkn
Korang nak mkn bungkus bw balik mcm aritu ke?
Kalau xnak, jaga perangai leklok skit
Quote debab_78 3-3-2021 08:40 AM
airfilterkotor replied at 3-3-2021 03:34 AM
Sinopsis:
Kastemer jumpa lalat.
Kastemer panggei pengurus.

Thanks explain...

artikel tu pening betul cara penulisan....
Quote kelapaparut 3-3-2021 08:45 AM
darkness replied at 3-3-2021 07:26 AM
"Pelanggan lelaki terbabit kemudian mengeluarkan telefon bimbit dengan tujuan untuk membuat rakaman  ...

pengadu tu siape pengurus restoren, jururawat india tu, pekerja tempatan dua org tu, pening iols
Quote Abahmung 3-3-2021 08:46 AM
pening2 lalat baca berita ni..
Quote mdhelmi 3-3-2021 09:28 AM
bideo plisss
Quote CARI-MRO 3-3-2021 10:04 AM
Subang Jaya: Lalat yang ditemui di dalam nasi lemak dipercayai menjadi punca kekecohan yang berlaku di sebuah restoran di Jalan SS 15/4, di sini, tadi.


Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman berkata, pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang wanita tempatan yang juga pengurus restoran berkenaan berusia 55 tahun.


"Berdasarkan laporan itu, pengadu memaklumkan terdapat tiga wanita dan seorang lelaki tempatan yang tidak berpuas hati selepas menemui lalat di dalam nasi lemak dihidangkan.


"elanggan lelaki terbabit kemudian mengeluarkan telefon bimbit dengan tujuan untuk membuat rakaman namun ditegur pengadu yang mengugut untuk menyebarkan perkara berkenaan di media sosial," katanya tadi.






Abd Khalid berkata, pelanggan lelaki itu kemudian menampar pipi kiri pengadu mengakibatkan berlaku pertengkaran antara pekerja restoran dan suspek sebelum mereka (pelanggan) beredar.


"Dalam kejadian ini, kami turut menerima satu lagi laporan daripada pelanggan wanita yang juga seorang jururawat berusia 50–an.


"Susulan laporan itu, kami menahan dua lelaki warga India yang juga pekerja restoran terbabit serta seorang wanita tempatan jam 3 petang tadi ," katanya.


Beliau berkata, pihaknya sedang giat mengesan seorang lagi lelaki tempatan yang dipercayai terbabit dalam kejadian ini.


"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh tanpa senjata," katanya.


Terdahulu, dua video masing-masing berdurasi tiga dan enam saat menunjukkan insiden kekecohan membabitkan beberapa pelanggan serta pekerja restoran terbabit tular di media sosial. -CARI


Sumber: Harian Metro
Quote duri_durians 3-3-2021 10:12 AM
aku je ke yg tak dapat detect pesalah sebenar berdasarkan berita kat atas ni?
Quote helicornia 3-3-2021 10:17 AM
dorang ni pun sume benda nk viral.sikit2 nk amik gambar nak viralkan
Quote sharlenetexas 3-3-2021 10:27 AM
Kalau zaman pra internet kat sripandi pj ada bergaduh2.

Quote Belibis 3-3-2021 10:37 AM
duri_durians: aku je ke yg tak dapat detect pesalah sebenar berdasarkan berita kat atas ni?

Aku pun malas nak baca sampai faham.cuma tau kes gaduh pasal lalat jer.bukan nak jawab spm pun.
Quote awanysss 3-3-2021 10:38 AM
ni la meleis skrg..
baru2 ni kat tempat iols ada sorang, kesian ntah siapa jd anak dia dpt bapak bodoh camni..
dia beli mknn kat foodpanda.. nasi, ayam n sayur.. harga rm10.. pastu dia meroyan harga mahal and takde kuah..
kebodohan dia yg pertama sah sah harga foodpanda markup.. yg second, kau takde order apa2 kuah.. kalau kedai tak bg bukan salah kedai tu la.. kalau bg tu pun atas ihsan je.. yg bungkus pun pekerja, mestilah dia jujur amanah ikut order, tanak pandai2 tambah itu ini ikut common sense dia..

jantan tu post kemain penuh carutan.. pastu management kedai reply mintak maaf, pastu boss kedai siap bg nombor phone direct utk call.. jantan bodoh tu reply "sy tak kisah pun, cuma terkilan je"
aku igt kes closed la.. pastu aku stalk fb dia, dia share benda tu kat fb dia pulak..

aku rasa dia tu mmg busuk hati.. kalau betul utk "hak" kau,  ikut la saluran betul.. ni saja nak bg jatuh bisnes org.. org mintak maaf pun kau acah-acah..

lg satu yg aku perasan, org yg suka busuk hati viral2 kan ni, selalunya founder atau yg bisnes sendirik, dgn harapan dpt viral pastu bisnes naik.. tak tahu kot karma tu ada..
Quote Skuau 3-3-2021 10:51 AM
duri_durians replied at 3-3-2021 10:12 AM
aku je ke yg tak dapat detect pesalah sebenar berdasarkan berita kat atas ni?

pengadu(pengurus restoran) vs pelanggan....bergantung kpd 'sapa yg salah'...menurut penilaian ko.
Quote Boomibulat 3-3-2021 11:27 AM
Lalat ysg salah..
Quote copy_paste 3-3-2021 11:34 AM
mana satu mangsa mana satu pengadu?
lalat dlm nasik pelanggan yg mengadu peniaga?
ape sal mcm aku pun x paham ni....

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.101010 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top