CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Jadi Ibu Tunggal Hadiah Dari Allah, Dia Tahu Kita Mampu Hidup Tanpa Lelaki," -Rita Rudaini

3-3-2021 10:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12506| Komen: 120

Pelakon, Rita Rudaini menerusi Instagram berkongsi kekuatan kepada golongan ibu tunggal yang senasib dengannya supaya terus kuat dan melihat apa yang berlaku dari sudut positif.


Dalam hantarannya itu, Rita mengajak golongan ibu tunggal supaya menikmati apa yang Allah SWT berikan itu.


Foto: IG

"Kenapa Allah pilih kita jadi ibu tunggal? Sebab Allah tahu kita mampu hidup tanpa lelaki. Allah tahu kita kuat. Allah takkan uji di luar kemampuan kita. Kenapa Allah tarik suami dari hidup kita? Sebab Allah sayang kita dan tak nak kita bersedih.

"Setiap apa yang Dia bagi, semua ada sebab. Percaya dengan apa yang Dia beri kepada kita. Reda dan bersyukur kerana itulah hadiah dari Dia. Kenapa kita perlu mengeluh? Seolah-olah kita menolak hadiah Allah," tulisnya.


Tambahnya, tidak semua orang diberi nikmat kehidupan sebagai ibu tunggal.



"Kenapa saya masih sendiri hingga sekarang? Kerana saya tengah menikmati hadiah daripada-Nya. Yang tak ada sesiapa pun dapat rasa dan nampak nikmat yang Allah beri kepada kami. Hanya kami saja yang dapat rasa," tulisnya.

Dalam hantaran itu juga, pelakon filem Mami Jarum dan Mami Jarum Junior itu juga mengajak ibu tunggal di luar sana supaya tidak bersedih dan bangkit bagi meneruskan kehidupan.



"Jadi, kepada ibu tunggal yang menghantar mesej kepada saya minta berkongsi kekuatan, tengah bersedih, tolong bangkit dan sedar bahawa ia adalah satu hadiah yang tidak ternilai, yang anda memang tak nampak apa yang ada di depan, tapi Dia lebih tahu apa yang Dia beri kepada kita.

"Percaya kepada perancangan Allah," tulisnya.

Menutup hantarannya itu, Rita berpesan kepada wanita yang bersuami supaya sentiasa beringat bahawa suami dan anak-anak itu hanya pinjaman di dunia.

"Yang ada suami, tak payah 'galak' nak jadi ibu tunggal pulak. Masing-masing ada bahagian masing-masing. Tapi, kena ingat. Suami dan anak-anak itu hanya pinjaman saja. Tak payah sombong sangat, 'Aku berlaki, kau ada?', 'Laki aku sayang aku'," tulisnya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 3-3-2021 10:34 AM
penat la jadi nitizen kalau setiap minggu nak kena komen pasal dia nih...
addddoiii....

next  please...
Quote annehuda 3-3-2021 10:35 AM
ko jadi andartu pun ko bleh je hidup tanpa lelaki. jadi janda dapat gak alimoni tiap2 bulan
Quote annehuda 3-3-2021 10:42 AM


Quote beni_nikaido 3-3-2021 10:46 AM
Dia bunyik lagi........
Quote makneng 3-3-2021 10:48 AM
Astagaaaaaaaaa
Quote makneng 3-3-2021 10:49 AM
annehuda replied at 3-3-2021 10:42 AM

Anak muka jepun tinggal harapan.. Sian
Quote EvieWanKenobi 3-3-2021 10:51 AM
mulut hang je yang problem..
Quote annehuda 3-3-2021 10:52 AM
makneng replied at 3-3-2021 10:49 AM
Anak muka jepun tinggal harapan.. Sian

i is menyampah dgn claim die bleh hidup tanpa lelaki, tapi dok ungkit2 laki lama jugak.
Quote sharlenetexas 3-3-2021 11:00 AM
Boringnya ritrud. Masih ramai ibu tunggal yang perlukan pembelaan di luar sana.

Quote Normabaru 3-3-2021 11:04 AM
annehuda: &nbsp;&nbsp;<a href="https://1.bp.blogspot.com/-2rzQF9_aNgc/WLt6nMKda4I/AAAAAAAANMY/1JTi6P9vYOI3AO-0cWMqC1wkpVpVKBGfQCLcB/s1600/aqasha-kantoi-rita-rudaini-baizura-2.jpg" target="_blank">https://1.bp.blogspot.com/-2rzQF9_aNgc/WLt6nMKda4I/AAAAAAAANMY/1JTi6P9vYOI3AO-0cWMqC1wkpVpVKBGfQCLcB/s1600/aqasha-kantoi-rita-rudaini-baizura-2.jpg</a>



Si bai ni merempan mcm cik nab xpsl laki dia dlu? Kaka xle recall.. Tp klu rempan..kaka nk bg no pendaftaran kelab the bellas
Quote adeqbun 3-3-2021 11:09 AM
dh2 la tu duk update psl ibu tunggal..psl jaga anak sorg2..petik la isu lain pulak..
Quote JalaEmas 3-3-2021 11:15 AM
seriusly again?..
Quote namieamuro 3-3-2021 11:19 AM
Yang ada suami, tak payah 'galak' nak jadi ibu tunggal pulak. Masing-masing ada bahagian masing-masing. Tapi, kena ingat. Suami dan anak-anak itu hanya pinjaman saja. Tak payah sombong sangat, 'Aku berlaki, kau ada?', 'Laki aku sayang aku',"



dh abes tazkirah ujung2 kau perli gak ye dah2 la tetiap mggu nak bg reminder kt netizen yg kau tu ibu tunggal. kang mggu depan ingatkan lagi kepenatan penat lelah die jage anak 2 org dgn kesibukan berkeje. next lg merempan lagi psl ni.

konsisten dh ni cerite die dgn ibu tunggalnye hampir saban mggu gituh
Quote namieamuro 3-3-2021 11:21 AM
annehuda replied at 3-3-2021 10:42 AM

hamek kau bole la tepek sesiap dan reminder utk netizen yg diam tak berkutik bile time ibu tunggal ni dlm cobaan nak buat anak kacukan jepun
Quote AshkieLa 3-3-2021 11:21 AM
pung pang pung pang boleh hidup tanpa lelaki..
next week masuk sekolah F2F ko merempan lagi pasal 3 ribu...
proof it laa yg laki ko bagi 3 ribu je pun celah gigi ko je dapat besarkan anak2 ko dengan mewah...
takyah merempan kulu kilir...
ini sembang taknak kalah, hujung2 ketuk pagar rumah orang mintak nak jadi bini no2...
ape cer?????
Quote Kurex 3-3-2021 11:21 AM
Kau ni kan, asyik rempan pasal jantannnnnn je la
Quote Kurex 3-3-2021 11:22 AM
Paling celaka, pasal ni pun repot sangkak palat nak bukak benang
Quote Nenasketum 3-3-2021 11:28 AM
Orang lain single mom tak cukup kaki dan masa berjalan. Ko tuh ke hulu ke hilir naik keta Porsche. Pastu manjang ada masa nak merentan kat soc med.
Quote Nana_Man 3-3-2021 11:30 AM
Boring nya acik ni.......

Lihat semua komen(120)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.048508 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top