CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bapa 'Bising' Megi Goreng Kosong RM1.50 Di Kantin Sekolah Anak, Berbaloi Ke?

3-3-2021 03:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14238| Komen: 167

Memang tak dapat dinafikan, makanan dijual di sesetengah kantin sekolah kadangkala agak mahal, namun kuantiti yang diberikan juga sedikit. 

Boleh dikatakan, memang tidak berbaloi.



Kredit foto: TikTok

Terbaru, seorang bapa meluahkan rasa kurang berpuas hati dengan kuantiti dan harga makanan yang dipercayai dijual di kantin sekolah anaknya.

Video pendek yang dikongsikan Adam Azali di TikTok menunjukkan sebungkus mi segera goreng yang didakwa dibeli anaknya di sekolah dengan harga RM1.50. 

Menurut lelaki ini, anaknya berusia tujuh tahun itu pada awalnya menyangka makanan tersebut adalah mee goreng.



Bagaimanapun, Adam sangat terkejut apabila melihat ia sebenarnya mi segera dan bukannya mee goreng.

Justeru, dia mempersoalkan harga dan kuantiti makanan yang dijual itu.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen memaklumkan bahawa pihak pengurusan kantin sekolah sepatutnya tidak dibenarkan menjual mi segera kerana ianya tidak baik untuk kesihatan kanak-kanak. 

Malah, tidak kurang juga ada yang memberi cadangan kepada lelaki ini supaya melaporkan kepada pihak sekolah berhubung isu tersebut.


Sumber: OhBulan

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rajamoney 3-3-2021 02:45 PM
sekarang apa yg murah

tu yg dpt 30 ringgek pun dah menyembah dap
Quote makadek 3-3-2021 02:49 PM
Ku tgk pn tak salero pucat je ..
Quote lifeline 3-3-2021 02:54 PM
bukan la aku nk keji makanan ke apa ke
rasanya rm1.50 tu ok je hrga

cumanya apa teruk sgt megi goreng mcm tu
pucat lesi
mcm kejung je tgk
sanggup eh masak bagi budak2 makan mcm tu?
Quote hotmak 3-3-2021 03:01 PM
kenapa tak bekalkan dari awal? takde lah buang masa beratur2 beli makanan, nanti tak sempat makan dah bunyi loceng, moralnya nak murah kena bekal, komplen pun ingat kantin kisah ke pun?
Quote darkness 3-3-2021 03:02 PM
Mcm xmenyelerakan
Quote Boomibulat 3-3-2021 03:05 PM
Rendam air panas je ke..
Quote kikuri 3-3-2021 03:05 PM
walopon harga 1.50 tp agak2 la nak bagi bebudak makan... tak boleh goreng elok2 ke
Quote Redmyvi 3-3-2021 03:09 PM
mcm tak goreng je aku tgk.. lepas celur terus gaul2 dgn  cili.. bukan psl hrga sgt tu tapi maggi tu tak padan dgn hrga tu..
Quote Friska 3-3-2021 03:11 PM
Duh, segitunya, kasian sama anak-anak
Quote saviour_09 3-3-2021 03:14 PM
ada lagi ke budak2 beratur beresak2 gitu beli time covid ni?

sekolah anak aku cikgu ambik kan order siap2 dlm group ws tiap2 hari

nanti pass kat kantin, diorang tapau kan & hantar ke kelas

budak2 statik la korang kat kerusi tu sampai balik sekolah
Quote Manjahati 3-3-2021 03:15 PM
Rupa pucat gitu... apalah rasa mee goreng gitu
Quote notM 3-3-2021 03:18 PM
Edited by notM at 3-3-2021 03:29 PM

Sorry x makan makanan kantin..anak meols membesar dengan Sarapan Bugis dan British

Bajabuk dan Burasak

Kek Pisang dgn Butter dan Jem Pisang

Nasi Goreng British Malaya

Keledek rebus, bajabuk dan sambalak ikan bilis.

Garlic bread dan kacang panggang
Quote c===8 3-3-2021 03:23 PM
berapa ye bajet belanja sehari budak sekolah rendah?
Quote notM 3-3-2021 03:25 PM
c===8 replied at 3-3-2021 03:23 PM
berapa ye bajet belanja sehari budak sekolah rendah?

Meols x bagi duit belanja pun....x nak biasa Kan dia pegang duit masa kecik.

So kalau nak minta apa kena bagitahu...so dia akan communicate dgn parents selalu pasal aktiviti dia...apa dia buat,belajar dan apa keperluan dia nak.
Quote naina 3-3-2021 03:34 PM
hotmak replied at 3-3-2021 03:01 PM
kenapa tak bekalkan dari awal? takde lah buang masa beratur2 beli makanan, nanti tak sempat makan da ...

Budak2 ni nak merasa pegang duit dan membeli uols. Aku hari2 bekalkan anak makan dan air. Cukup kenyang. Namun dia nak jugak prgi kantin dengan kawan2. Seronok tgk dapat beli sndri. Btw anak aku baru darjah satu.
Aku rasa zaman covid ni cikgu2 mmg suruh semua keluar pergi kantin kot.
Hari first lupa nak bagi duit. Agaknya tercengang2 je follow org g kantin. Maka cikgu belanja makan. Huhu
Quote acikhan 3-3-2021 03:49 PM
taun lepas ank haku darjah 1 mcm2 haku standby kan bekal die dari kelas KAFA pagi sampai ke sesi ptg + duit lanje rm3... kdg2 bekal tu haku tgk ade masa x luak pun Ade masa abis...tp balance lanje kdg2 ade kdg2 x de...feveret ank haku adelah ayam goreng gunting kot rm1...

taun nie darjah 2 haku bg lanje rm3 bekal x de lg, baru 3 Ari sekolah ade la balance die bwk balik, die just beli ayam gunting je rm1, pastu die excited cerita esok nk beli ayam gunting rm2 la nanti balance rm1 bg Kat mak nyer haaaa...next week da start KAFA kene belakang die jugak n lanje cikit mungkin rm4 kot...tgk la
Quote Nana_Man 3-3-2021 03:49 PM
naina replied at 3-3-2021 03:34 PM
Budak2 ni nak merasa pegang duit dan membeli uols. Aku hari2 bekalkan anak makan dan air. Cukup ke ...

Pegang duit dari kecik bagus sebetulnya. Dari kecik dah expose pd “financial planning” versi budak2. Bole jgk ajar budak menabung.
Anak2 i takde yg nk bawak bekal pun.tiap ari si adik dpt $2, si abg kt skola menengah dpt $3. Pandai2 dorang blanja. Yg si abg memang suka mkn kt skola menengah. Sedap katanya. So asalkn happy dan tak mintak i duit lebih, i’m fine with this.
Quote belacan_gurl 3-3-2021 03:51 PM
saviour_09 replied at 3-3-2021 03:14 PM
ada lagi ke budak2 beratur beresak2 gitu beli time covid ni?

sekolah anak aku cikgu ambik kan ord ...

Haaahhh kannn...Ada lg ke berasak2...mcm tipu je...
Quote Nana_Man 3-3-2021 03:54 PM
saviour_09 replied at 3-3-2021 03:14 PM
ada lagi ke budak2 beratur beresak2 gitu beli time covid ni?

sekolah anak aku cikgu ambik kan ord ...

Kalau skola buat staggered timing untk waktu rehat, sebetulnya bole mkn kt kantin. Skola2 my kids mcm gitu sejak circuit breaker berakhir tahun lepas. Cuma kalau waktu rehat jadi terlalu lewat atau cepat, budak2 kene bek snacks dari ruma untk alas perut. Eg, waktu rehat kul 8pagi, kul 11pg ada 5-10min snack break. Atau waktu rehat kul 10.45pg, kul 8 ada snack break.

Lihat semua komen(167)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.090607 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top