CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Enggan Cerai, Wanita Amuk Sampai Rumah Jiran Terbakar

3-3-2021 05:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2202| Komen: 5

Berang permintaan cerai ditolak suami, wanita di Indonesia nekad membakar rumahnya.

Lebih malang apabila insiden itu mengakibatkan beberapa kediaman lain turut terbakar, lapor portal berita Suara.com semalam.


Suspek, Firtiani, 34, dari Kecamatan Tanjung Biram, wilayah Sumatera Utara dikatakan meminta cerai dengan suaminya, M. Rustam Ritonga kerana tidak tahan lagi hidup bersama lelaki itu.


Kredit foto: Kosmo

Selain menuntut cerai, dia juga meminta suaminya agar menjual rumah mereka, namun permintaannya ditolak.

Gagal mengawal emosi, Firtiani membakar langsir dapur rumahnya, namun sempat dipadam suaminya. 

Tidak mengalah setakat itu, wanita terbabit kemudian membakar permaidani di bilik tidur mereka.

“Dia kemudian meninggalkan rumah tersebut yang sedang terbakar,” kata ketua polis tempatan, Asisten Komisioner Besar Polis, Ikhwan Lubis semalam.


Menurutnya, api marak dengan pantas dan menyambar dua lagi rumah jirannya.

“Suspek mengaku dia menjadi emosi dan membakar rumahnya,” kata Ikhwan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 187 (1) dan (2) Subs Seksyen 188 Undang--Undang Hukum Jenayah Indonesia. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rajamoney 3-3-2021 06:05 PM
tringat mba friskies

silap lak

mba friska

mohon halal nyimak ilmu pantat kualinya ya mba
Quote Friska 3-3-2021 06:22 PM
Sudah kalap dia barangkali
Quote Friska 3-3-2021 06:30 PM
Kabupaten Batubara ini, sekitar 140 km dari Kota Medan, tidak jauh dari Tanjung Balai. Suaminya itu keturunan Batak Toba karena marganya Ritonga
Quote salmon-suki 3-3-2021 06:41 PM
Nti ada lg ke y nak kawin ngn pmpuan ni?first marriage bakar rumah,second marriage bakar toklaki nti..kekeke~
Quote darkness 5-3-2021 07:38 AM
Mental illness. Kdg tak terjangkau dek akal kenapa benda/barang pula yang dirosakkan. Sama jgk bila bergaduh, what u gain kalau sikit2 hempas hp

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.045072 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top