CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pilih Gaya Hidup Sihat, Isma Yusoof Tak Bergantung Pada Rawatan Dan Ubat

3-3-2021 11:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5311| Komen: 28

Pengarah dan pelakon, Isma Yusoof, 39, yang menghidap bipolar disorder tidak bergantung dengan ubat-ubatan sebaliknya mengamalkan gaya hidup sihat.

Isma atau nama sebenarnya Muhamad Ismaizal Yusoof mengalami masalah bipolar yang juga sejenis penyakit mental sejak 2009 yang boleh menyebabkan perubahan emosi terlampau dalam dirinya.



Kredit foto: IG Isma

"Sekarang, saya tidak bergantung kepada rawatan serta ubat-ubatan kerana memilih gaya hidup sihat dengan dikelilingi orang-orang yang positif dan juga dilimpahi kasih sayang.

"Bagi mengelak 'stress', salah satu pendekatan yang saya ambil dengan menjalani kehidupan di kawasan tidak sibuk dengan manusia dan kenderaan. Saya juga jauhkan diri dari kegiatan manusia yang bertanding untuk menjadi paling kaya.

"Selain itu, saya juga melakukan pelbagai aktiviti sihat yang menjadi terapi diri seperti membuat kerja seni, menghasilkan pakaian sendiri, melukis dan menulis lirik serta berkebun," katanya kepada Harian Metro.


Tidak menafikan masih ramai kurang kesedaran terhadap penyakit mental, Isma berkata, kebanyakannya beranggapan individu yang sakit mental adalah gila dan akan membunuh orang.

"Sebenarnya tidaklah seperti apa yang difikirkan itu. Ada banyak lagi di bawah spektrum penyakit mental ini. Malah, stesen TV pun jarang nak buat karya mengenai penyakit mental dan kalau ada pun mesti cerita 'thriller' bunuh orang. Sebahagian orang kita pula kurang nak membaca," katanya.

Terdahulu, menerusi perkongsian videonya di Instagram TV baru-baru ini, Isma memaklumkan dia diserang bipolar gara-gara pelakon baru 'kayu' ketika melaksanakan tanggungjawab sebagai pengarah drama Shah Alam 40k.

Di video itu, Isma menjelaskan dia perlu berehat dan selama beberapa hari tempatnya sebagai pengarah digantikan dua rakan iaitu Nizam Zakaria dan Bahari Umar.

Dalam perkembangan lain, Isma yang pernah merangkul anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Anugerah Skrin 2010 juga enggan mengulas mengenai pendedahan berani dirinya seorang transgender.

Portal Harian Metro hari ini melaporkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah memandang serius kenyataan kontroversi membabitkan Isma itu.

Luqman berkata, kenyataan itu dilihat memberikan kesan mendalam terhadap umat Islam di negara ini dan segelintir masyarakat mula berasa keliru dan beranggapan perbuatan seperti itu adalah normal serta tidak menyalahi agama.

Katanya, perbuatan itu sekali gus dibimbangi akan membuka kepada pintu-pintu keburukan yang lain.


Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 3-3-2021 11:16 PM
makan je la ubat tak pasal2 nanti ko tunjal pelakon2 lain yang kayu pulak... macam kes pelakon yang kena haritu....

sape tag ponen ni dapat 10k... tc applies giturhhhh
ko aderrr???
Quote supernaturalee 3-3-2021 11:28 PM
Malah, stesen TV pun jarang nak buat karya mengenai penyakit mental dan kalau ada pun mesti cerita 'thriller' bunuh orang. Sebahagian orang kita pula kurang nak membaca," katanya.


Part ni setuju
Cliché
Dh cliché tu, performance pun sm je
Baik dr segi dialog, jln cerita, production design

Sgt x worth it utk ditonton



Quote Belibis 3-3-2021 11:31 PM
Sihat macam tu??? Parahhhhh
Quote CikYaYaYa 3-3-2021 11:57 PM
my dua posen dia kena makan ubat sebab bagi iols dia xnampak normal pon sekarang
Quote jasmeen 4-3-2021 12:25 AM
omg gambar dia.
Quote matchstick 4-3-2021 12:41 AM
Orang gila mana nk mengaku diri tu gila
Quote nowhite 4-3-2021 12:48 AM
Bipolar ni memang kena rawat kot
Quote albedah 4-3-2021 12:52 AM
Ni gaya hidup sihat ke?
Quote Perawankota 4-3-2021 02:14 AM
Makan lah ubat, p la buat rawatan..
Quote anakjiran 4-3-2021 02:57 AM
dulu dah esok tengok dia ikut tabligh kalau tak silap...bahaya bila tak istiqomah
Quote Redmyvi 4-3-2021 07:57 AM
dia ptut jadi presiden group pastu ajak iqram skali sama2 pi mkn ubat.. dh semacam plak tgk.. dgn penampilan gitu..
Quote JunkMail 4-3-2021 08:12 AM
Lebarnya kangkang kau nok..
Harap tak go komando laaa
Quote Nenasketum 4-3-2021 08:15 AM
Lelaki macho teruja lah melihat gambar ittew. Helok lagi laki kelantanese yang pakai make-up & tudung di tik tok.
Anyways cari ni dah jadi platform lgbt kah? Ada harapan mcmc ban porem ni.
Quote helicornia 4-3-2021 08:18 AM
gambar duduk pegang beg tu mcm mak dukun
mcm mona fendi pun ada
Quote budakshinchan 4-3-2021 08:25 AM
benda paling asas.. ingat dan sembah Tuhan.. jaga rohani.. apa kepercayaan agama kau tu hak kau..
Quote taji2906 4-3-2021 09:48 AM
tak makan ubat, kang sakit lg teruk. tak pasal2 masuk paper front page
Quote Hypothetically 4-3-2021 10:03 AM
Pernah dengar ceramah Ustaz Zulkifli Ali, golongan lgbt di sebabkan jin2 songsang yg berada di dlm badan. Mungkin boleh usaha utk di ruqyahkan. Usaha tak salah kan? All the best.
Quote rajamoney 4-3-2021 10:33 AM
makin ramai puak2 gay2 pondan2 pedo ni menguasai industri hiburan negara
Quote TomyamPuteh 4-3-2021 12:45 PM
Btul ke dlm forum ni pon ramai gay dgn lesbian?

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.043025 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top