Memiliki seraut wajah cantik bukan jaminan untuk melangkah sepantas peluru berpandu dalam dunia hiburan. Selain rupa paras, tuah dan bakat perlu seiring untuk memacu populariti.
Lebih sedekad wanita berketurunan Iban dan Bidayuh, Natasha Charmaine Rickson, 29, menceburi bidang lakonan, namun wajah Ratu Cantik Borneo 2010 itu masih asing buat penggemar drama tempatan. Tidak menafikan hakikat kurang popular, Natasha mengakui, pernah terbit keinginan berundur diri disebabkan kerjaya lakonan lakonan tidak menjadi. Malah, anak kelahiran Kuching, Sarawak itu membuat keputusan mahu menyambung pengajian dalam bidang komunikasi media dan beralih arah ke bidang korporat apabila tamat pengajian. Namun, tatkala hasrat berundur diri timbul, rezeki dalam bidang lakonan hadir tanpa disangka. "Saya memulakan langkah sebagai pengacaraan. Saya dipertanggungjawab mengendalikan program Bintang Kecil RTM 2020. Sejak itu, saya mula diberi kepercayaan mengendalikan beberapa program televisyen lagi. "Selepas itu, barulah saya mencuba nasib dalam pertandingan Ratu Cantik Borneo 2010 dan diangkat sebagai juara. Saya juga mula mendapat tawaran lakonan, tetapi kebanyakannya untuk drama RTM. "Setakat ini, saya masih belum berpeluang muncul pada waktu perdana stesen swasta hingga menerbitkan rasa putus asa untuk meneruskan kerjaya lakonan. "Saya rasa penonton tidak nampak kehadiran dan bakat saya. Namun, saya terjun ke bidang lakonan bukanlah untuk mengejar populariti semata-mata. Saya juga tidak mahu dikenali hanya bersandarkan kepada kecantikan.
|
cmf_premierleag: biasa je muka ko dik walau nama persis ummah kokesenamyra rosli jauh lagi cantik dr ko walau nama sheola biasa2 je
ADVERTISEMENT