Macam-macam 'ubah suai' dilakukan pada makanan bagi menarik perhatian ramai. Begitu juga dengan aiskrim yang mengalami pelbagai perubahan pada bentuk, warna dan rasanya.
Kali ini, bunyinya agak pelik tapi aiskrim mayonis antara yang IN tahun ini. Ya, mayonis bukan sekadar menjadi sapuan pada roti burger atau sandwich, malah ia boleh dinikmati dalam bentuk aiskrim, dijual oleh ICE Artisan Ice Cream di Falkirk, Scotland. Melalui satu hantaran di Instagram kedai ini, ramai mula meninggalkan komen pelbagai. Ada yang teruja nak cuba, ada pula yang sifatkan aiskrim ini pelik dan mereka tak sanggup nak cuba. Macam mana pula dengan anda? Ok ke tak, nak makan aiskrim mayonis ni? Sumber: Era.je
|
salmon-suki replied at 4-3-2021 08:34 PM
Acceptable laa kot..kekeke~ tp y ni tak berani haa..
Beef tongue eskremm
Perawankota replied at 5-3-2021 04:08 AM
Hopefully x der lah plain rasanya.. Aku suka ice cream yg ada pedas sikit. Dulu pernah makan ice cre ...
gideoncross replied at 19-3-2021 01:07 AM
Uol slh stu mnusia yg ada citarasa pelik kat mknan haha, iol suka mkn cucur pisang dgn sos cili & ...
ADVERTISEMENT