CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gempar! 38 maut, tertinggi sejak rampasan kuasa Myanmar

5-3-2021 01:21 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1810| Komen: 3





YANGON: Sekurang-kurangnya 38 orang mati semalam pada pada hari 'paling berdarah' dalam krisis Myanmar, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ia ekoran junta menentang protes yang semakin meningkat terhadap rampasan kuasa dengan tindakan keras yang dikatakan Amerika Syarikat (AS) sebagai 'terkejut dan benci'.

Myanmar mengalami kekacauan sejak 1 Februari lalu apabila tentera menggulingkan dan menahan pemimpin awam, Aung San Suu Kyi, mengakhiri eksperimen selama satu dekad negara dengan demokrasi dan mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran setiap hari.

Tekanan antarabangsa semakin meningkat yang mana kuasa Barat berulang kali menekan Jeneral Myanmar dengan sekatan, Britain meminta mesyuarat Majlis Keselamatan PBB, dan selepas kematian semalam, AS menyatakan sedang mempertimbangkan tindakan selanjutnya.


Namun, junta setakat ini mengabaikan kecaman global, menangani protes dengan kekerasan yang semakin meningkat.

"Hari ini sahaja 38 orang mati," utusan PBB ke Myanmar, Christine Schraner Burgener, memberitahu wartawan semalam, sambil menambah bahawa lebih 50 orang telah mati sejak pengambilalihan kuasa oleh tentera, dengan banyak lagi yang cedera.

"Hari ini adalah hari paling berdarah sejak rampasan kuasa berlaku," katanya, tanpa memberikan keterangan lebih lanjut, termasuk perincian kematian.

Beliau meminta PBB supaya mengambil 'langkah yang sangat keras' terhadap Jeneral tentera, dan menambah bahawa dalam perbincangannya dengan pihak terbabit, mereka telah menolak ancaman sekatan.

Beliau berkata, junta berjanji untuk mengadakan pilihan raya dalam tempoh 'setahun'.

"Saya akan terus berusaha, kami tidak akan berputus asa," katanya.

Keganasan itu membuat AS 'terkejut dan benci," kata jurucakap Jabatan Luar Negara, Ned Price, menyatakan kepada wartawan.

"Kami menyeru semua negara supaya bersatu hati mengutuk keganasan yang dilakukan oleh tentera Myanmar terhadap rakyatnya sendiri."

Beliau merujuk China, yang sering dianggap musuh AS sebagai sekutu utama tentera Myanmar.

"China memang mempunyai pengaruh di rantau ini. Ia memang mempunyai pengaruh dengan junta. Kami telah meminta China supaya menggunakan pengaruh itu dengan cara yang membina, dengan cara yang memajukan kepentingan rakyat Myanmar," kata Price.

Beliau berkata, AS yang telah mengenakan sekatan terhadap pemimpin junta, sedang meneliti tindakan selanjutnya. - AFP



Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rajamoney 5-3-2021 11:58 AM
alhamdulillah

semasa muhyidin merampas kuasa daripada ph

tiada pertumpahan darah berlaku

cybermacai2 ph je yg asyik berdoa benda2 tk baik

bila tak makbul

meroyan
Quote Artemesiaa 5-3-2021 12:10 PM
Banyak negara luar tak ambil tahu sangat dengan apa yang terjadi disana sebab masing2 sibuk dengan menangani kes covid19 dinegara sendiri
Quote darkness 5-3-2021 12:20 PM
Pasal apa drg buat riot ni? Xtahu sgt

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.038343 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top