CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Perhabis RM34.6 Juta, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Dah Miskin

5-3-2021 11:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10243| Komen: 82

Tokyo: Selepas menghabiskan 12.2 juta dolar Singapura (kira-kira RM34.6 juta) wang suaminya, seorang model Jepun akhirnya meminta cerai hanya selepas seminggu berkahwin.

Kato Sari, 29, terkenal di negara matahari terbit sebagai seorang model yang memiliki kehidupan mewah dan menggemari barangan berjenama.

Pada Januari 2020, dia memuat naik video di YouTube mengumumkan perceraiannya dengan suami berusia 36 tahun selepas berkahwin September 2019.

Menerusi video berkenaan, Kato memaklumkan perceraian disebabkan bekas suaminya sudah tidak mampu menanggung kos kehidupan mewahnya.

Kato berkata, dia menghabiskan 12.2 juta dolar Singapura (kira-kira RM34.6 juta) itu sepanjang tiga bulan bercinta dengan bekas suaminya sebelum mereka berkahwin.

Foto: Agensi


Selepas berkahwin, bekas suami memintanya untuk menghentikan gaya hidup mewah kerana syarikat memiliki masalah kewangan, lapor Line Today.

Permintaan itu menyebabkan wanita itu berang dan memaklumkan sudah 'hilang minat' kerana suaminya sudah tidak mampu menanggung gaya hidup mewahnya.

Menerusi satu temu bual, Kato mengakui dia berkahwin hanya kerana wang bekas suaminya selain didorong untuk hidup mewah

Sejak berpisah, Kato dilihat sudah mula memuat naik gambar bersama lelaki lain yang digelarnya sebagai 'lelaki budiman.'

Selepas menyiarkan video mengenai perceraian, ternyata perkongsian itu mengundang kritikan masyarakat Jepun.

Beberapa komen di YouTube menggelarkan Kato sebagai materialistik dan bukan seorang wanita yang baik.

"Sudah pasti dia mendekati lelaki ini (teman lelaki baru) hanya disebabkan wang," kata seorang netizen.

"Kasihan melihat dia seperti tiada kehidupan yang baik setakat ini. Apa keistimewaan dia?" kata seorang lagi netizen yang tidak berpuas hati dengan pengakuan Kato. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batusembilan 5-3-2021 08:26 AM
org singapore pun ada juga yang tersangat bodoh walau pun kaya. ni salah satu contoh lah.
Quote darkness 5-3-2021 08:27 AM
Dlm dunia ni, kalau hidup berpaksikan wang semata..wang jutaan pun sentiasa tidak cukup utk memenuhi kehendak diri
Quote aechae 5-3-2021 08:39 AM
Dasar pisau cukur
Quote bintangct 5-3-2021 08:51 AM
tak la lawa mana
Quote capiloton 5-3-2021 08:54 AM
Edited by capiloton at 5-3-2021 08:57 AM

bodoh punya jutawan.

dengan duit banyak gitu, i will build my own harem.
satu floor kondo sebagai tempat tinggal gundik2 berbayar.
pilih yg moda2 belaka, umor 23 tahun ke bawah saja
Quote kikuri 5-3-2021 09:00 AM
senangnya nak idop mewah.... habiskan reta orang je... tak guna betoi
Quote fizamn 5-3-2021 09:02 AM
padan muka dgn bekas suami dia.. hahaha.. direct aje pompuan ni state kawen sbb nak live lavish tahap gaban.. hehehehehe.. di mana permintaaan disitu la ada supply....
Quote lattehazelnut 5-3-2021 09:17 AM
sendiri punye pilihan, tanpa paksaan mana2 pihak hadap lah..
Quote green~tea 5-3-2021 09:20 AM
dasat nya level materialistik dia...  sepatutnya goal selepas berkahwin utk sama2 bina hidup.. tp sebab wujud pompuan macam ni lah rosak persepsi masyarakat terhadap pompuan - gold digger.. padahal ramai je cerdik yang bantu bangunkan ekonomi keluarga...
Quote biskutraya 5-3-2021 09:23 AM
Muka modified.. hmm.. mesti lelaki tu trauma nak ade gf pasni.. huhu.. sian..
Quote lasagnaklcc 5-3-2021 09:25 AM
Selalu gold digger tak kawen... kikis pastu blah.  
Quote naina 5-3-2021 09:27 AM
capiloton replied at 5-3-2021 08:54 AM
bodoh punya jutawan.

dengan duit banyak gitu, i will build my own harem.

Ko ingat ko sultan suleiman nak ada harrem2 nehh

Haha
Quote aechae 5-3-2021 09:31 AM
capiloton replied at 5-3-2021 08:54 AM
bodoh punya jutawan.

dengan duit banyak gitu, i will build my own harem.

Kemain angan2 nk ada gundik bgai...yg muda2 plak
Quote capiloton 5-3-2021 09:35 AM
Edited by capiloton at 5-3-2021 09:38 AM
naina replied at 5-3-2021 09:27 AM
Ko ingat ko sultan suleiman nak ada harrem2 nehh

Haha

bener. dari sultan suleiman la iols dapat idea  

boleh cari hurrem hatun dari uzbekistan, kazakhstan or albania  


Quote capiloton 5-3-2021 09:36 AM
Edited by capiloton at 5-3-2021 09:39 AM
aechae replied at 5-3-2021 09:31 AM
Kemain angan2 nk ada gundik bgai...yg muda2 plak

haah angan2 jew,
kalau betul jutawan or anak king pun, belum tentu iols akan buat.

Quote Manjahati 5-3-2021 09:41 AM
Senangnya hidup dia...pakai buang jer gamaknya
Quote aechae 5-3-2021 09:41 AM
capiloton replied at 5-3-2021 09:36 AM
haah angan2 jew,
kalau betul jutawan or anak king pun, belum tentu iols akan buat.

Klu jutawan rsa nya kuota bini 4 tu full dh kot
Quote nolya 5-3-2021 09:46 AM
Alhamdulillah,  semoga di Malaysia tak ade pompuan mcm ni.....
Quote capiloton 5-3-2021 10:32 AM
Edited by capiloton at 5-3-2021 10:35 AM
aechae replied at 5-3-2021 09:41 AM
Klu jutawan rsa nya kuota bini 4 tu full dh kot

insya Allah, Amin.
bini 4 orang takyah keje, dok rumah jer,
jaga badan dan belajar dancing.

elaun bulanan 10k, helper or assistant sorang satu.
kete sports sorang sebijik, semua dok kondo satu floor,
senang nak jaga kesehatan dan keselamatan nyer.

ini la akibat nya banyak tengok siri muhtesem yuzyil,
berangan jew


[youtube]b0k1OrC_Igk[/youtube]


Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.046751 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top