Keadaan kesihatan penyanyi Andi Bernadee dilaporkan semakin baik setelah dua minggu mendapatkan rawatan daripada seorang ustaz selepas didakwa menjadi mangsa sihir, baru-baru ini.
Menurut pengurusnya iaitu Nasir Deraman, Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile sudah mula bekerja dan sedang menjalani siri rakaman program televisyen. Bagaimanapun penyanyi lagu Kais Pagi Kais Petang ini masih perlu meneruskan rawatan tersebut bagi memastikan benar-benar pulih daripada gangguan sihir itu. "Andi sudah mula bekerja, tapi masih perlu dipantau. Setiap kali keluar dia perlu ada teman sebab keadaannya masih on off lagi.
"Buat masa ini dia masih lagi mendapatkan rawatan. Benda-benda berkaitan ilmu hitam dan sihir ini memerlukan masa untuk berubat," katanya kepada mStar. Andi terbabit dengan sebuah program realiti terbitan Astro dan bakal menjalani penggambaran drama tidak lama lagi. Pada 17 Februari lalu, Andi mendakwa menjadi mangsa ilmu hitam sehingga menjejaskan kesihatan dan menyebabkan dia berada di luar kawalan.
|
Penyanyi lagu Penat ini juga berkata bahawa kesan daripada sihit tersebut telah membuatkan dirinya bercakap seorang diri dan boleh bertutur dalam bahasa Siam.
salimrock replied at 5-3-2021 11:21 AM
wartawan pn 1, dah tau dia sakit bagi la no account bank , kitorang nak hantar bantuan duit ni
ADVERTISEMENT