Aplikasi OmeTV merupakan satu platform media sosial yang kini penggunaannya sudah menjadi satu trend dan berfungsi untuk membuat panggilan video dan berkomunikasi dengan sesiapa sahaja. Agak luar biasa apabila seorang remaja lelaki menggunakan aplikasi tersebut untuk menyebarkan dakwah dan ilmu berkaitan Islam.
Lelaki dikenali sebagai Nadil Kahfi sering berkongsi videonya membaca ayat suci Al-Quran. Malah, dia juga dilihat begitu fasih berbahasa Arab. Bukan itu sahaja, remaja dipercayai berasal dari Indonesia ini juga menggunakan OmeTV untuk membuat panggilan video bersama pengguna dari negara lain termasuklah dari Jerman, Israel dan sebagainya.
Dia kemudian memuat naik sedutan panggilan video tersebut ke akaun TikToknya. Di ruangan komen TikTok, Nadil ada juga menjawab beberapa pertanyaan daripada netizen mengenai kematian serta ilmu berkaitan agama Islam dan dia tidak lokek berkongsi ilmu dengan orang ramai. Semasa panggilan video berlangsung, Nadil akan membacakan ayat suci Al-Quran dan menerima pelbagai reaksi. Ada di antara mereka turut mengaji bersama selain meminta Nadil meneruskan bacaan ayat suci Al-Quran. Tetapi, tidak kurang juga ada yang mengendahkan. Paling mengejutkan apabila Nadil menerima respons biadab daripada dua lelaki dari Israel. Salah seorang daripada mereka tergamak menunjukkan ‘jari hantu’ ketika Nadil membaca surah Al-Baqarah ayat 40. Sumber: OhBulan
|
ADVERTISEMENT