CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berang Tidur Diganggu, Habis Anak Sedara Dicederakan

5-3-2021 01:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1933| Komen: 7

Beaufort: Hanya kerana tidur terganggu dengan bunyi bising, lelaki sanggup mencederakan anak saudaranya di Kampung Pimping, Membakut.

Dalam kejadian 11.30 pagi kelmarin, lelaki berusia 39 tahun terbabit dipercayai menyepak pinggang anak saudaranya, 13, yang membuat bising ketika bermain permainan video di telefon pintar.


Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata, perkara itu disedari adik suspek yang kemudiannya bertanyakan suspek.

Foto: Harian Metro

Namun, suspek mendakwa mangsa membuat bising sehingga mengganggu tidurnya.

Katanya, suspek mengaku tidak menendang dengan kuat.

"Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kesakitan di bahagian pinggang dan dirujuk ke Hospital Beaufort untuk mendapatkan rawatan.

"Adik suspek kemudiannya membawa mangsa membuat laporan polis," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Azmir berkata, selepas menerima laporan, sepasukan polis dikerah ke lokasi kejadian dan menahan suspek, 12.15 tengah hari semalam.

Katanya, hasil siasatan, suspek juga mengaku ada mengambil dadah kira-kira tiga hari lalu.

"Siasatan lanjut mendapati, suspek mempunyai lapan rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan Akta Dadah Berbahaya 1953, Akta Penagihan Dadah 1983 dan Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

"Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Beaufort untuk permohonan reman bagi membantu siasatan lanjut," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 5-3-2021 02:04 PM
Apabila tidur diutamakan daripada segalanya
Quote nowhite 5-3-2021 02:19 PM
Dah agak dah..mst amik dadah
Quote ninja boy 5-3-2021 02:22 PM
Apa brg tidur tghr buta
Quote Jorja 5-3-2021 03:33 PM
Padan muka dua2. Mat dadah bakal incarcerate kaki game lagi kt hspital.
Quote spankee_fili 5-3-2021 03:35 PM
Kes dadah lagi, tadi yg bunuh bapak mertua pun dadah jugak..
Senang sangat dapat dadah gamaknya
Quote Jitu 5-3-2021 03:38 PM
banyak jugak rekod lama dia
Quote ikanmasin 5-3-2021 04:56 PM
macam2 hal..dah kene tangkap elok lah tu..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.118385 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top