Noor Nabila bikin kecoh apabila dikatakan bercinta dengan bekas suami pelakon Laudya Cynthia Bella iaitu Engku Emran. Spekulasi itu mula diperkatakan apabila kelibat Engku Emran kelihatan di kediaman Noor Nabila ketika sesi usrah bersama Ustaz Wadi dan ahli keluarga lain. Namun, setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada kehadiran Engku Emran adalah disebabkan hubungan istimewa atau sekadar jemputan rakan biasa sahaja. Kedua-dua belah pihak juga masih tidak memberikan sebarang penjelasan. Sementara itu, bekas suami Noor Nabila, Sharnaaz Ahmad berkata kepada Gempak bahawa dia enggan mengulas lanjut mengenai spekulasi itu. "Saya tak nak komen apa-apa, itu hak Nabila," katanya. Terdahulu, Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 namun mengambil keputusan berpisah pada Julai tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden Ahmad. Sumber: BeautifulNara
|
WeAiNe replied at 5-3-2021 02:56 PM
memang dah abis ke calon calon jantan dalam msia ni sampai jantan yang sama je korang RECYCLE?
Kurex replied at 5-3-2021 04:22 PM
Tiba masa kena dekat puak kau, terus kau tanak komen kan pondan cover??!!!!
CaqJora replied at 5-3-2021 11:16 PM
Kalau la betul kan, x sangka EE ubah taste pulak kali ni. LCB lemah lembut gitu, mcm jenis yg turut ...
ADVERTISEMENT