Kecoh juga laman sosial apabila gadis berusia 17 tahun mendedahkan sudah bertunang ketika masih di bangku sekolah. Menerusi dua video yang dimuat naik Shaeetah, di TikTok, dia menceritakan pengalamannya bertunang ketika berusia 16 tahun.
Katanya, walaupun masih di bangku sekolah, ia tidak menjadi penghalang baginya untuk bertunang. Jelasnya, dia mula berkenalan dengan bakal suami ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. Namun, tidak seperti pasangan kekasih lain, mereka tidak dapat bertemu berikutan PKP. Atas persuratan takdir, bakal suaminya bertindak untuk berjumpa kedua-dua ibu bapanya sebelum mengambil keputusan untuk bertunang walaupun tempoh perkenalan mereka tidak sampai setahun.
Pada masa sama, dia turut meminta netizen mendoakan supaya jodohnya berpanjangan dan segala urusan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini dipermudahkan. Sumber: Ohbulan
|
ADVERTISEMENT