Hanya kerana tidak merestui hubungan anaknya dengan teman lelaki, seorang bapa memenggal kepala anak perempuannya berusia 17 tahun. Malahan, bapa empat anak itu membawa kepala anaknya yang dipenggal itu di jalan.
Penduduk menemui Sarvesh Kumar berjalan bersama kepala tersebut di sebuah kampung di Pandetara, Uttar Pradesh di India, Rabu. Ketika itu, suspek dalam perjalanan ke balai polis selepas memenggal kepala anak perempuannya. Menerusi satu rakaman, menunjukkan seorang lelaki itu mencari bapa tersebut dan memeriksa pakaiannya. Anggota polis menyoal siasat Kumar dan bertanyakan tentang kepala tersebut. Menurut laporan NDTV, Kumar membuat pengakuan telah memenggal kepala anak perempuannya menggunakan objek tajam kerana tidak gembira dengan hubungan cinta anaknya.
"Saya yang buat. Tiada orang lain. Saya yang lakukannya. Mayat ada di bilik," katanya. Lelaki terbabit juga mendakwa dia akan membunuh kekasih anaknya sekiranya dapat mencari pemuda itu. Susulan kejadian itu, Kumar ditahan oleh polis. Isterinya turut ditahan. Polis menemui mayat anak perempuannya di rumah dan dihantar untuk bedah siasat. Menurut data biro Rekod Jenayah Kebangsaan di India, Uttar Pradesh mencatatkan jumlah jenayah tertinggi terhadap wanita pada 2019. Negeri itu turut merekodkankan jumlah jenayah tertinggi melibatkan kanak-kanak iaitu 7,444 kes. Sumber: mStar |
chandrahusin replied at 5-3-2021 05:57 PM
kat tanah air pun ada dulu
bwk naik keretapi kepala tu
dr Gemencheh ke Shah Alam
Pikapikachu replied at 5-3-2021 06:01 PM
Leluhur ni tak pernah guna otak ke?
Kurex replied at 5-3-2021 04:19 PM
Leluhurrrrrr
ADVERTISEMENT