Adakah anda tahu lagu ‘Happy Birthday’ sebenarnya dicipta oleh guru sekolah untuk anak muridnya? Lagu ini telah menduduki tempat pertama dalam lagu paling dikenali dalam bahasa Inggeris di dalam The Guinness Book of World Records. Lagu ini juga telah diterjemahkan kepada banyak bahasa dan ini adalah kisah disebalik penciptaannya. Melodi dan lirik lagu ini ditulis oleh dua adik beradik iaitu Mildred J. Hill dan Patty Smith Hill. Patty adalah seorang guru sekolah manakala Mildred adalah pendidik yang kemudian menjadi komposer dan pemain piano. Mildred telah mengubah melodi lagu ini manakala liriknya ditulis oleh Patty. Tetapi lagu asalnya bukanlah ‘Happy Birthday to You’ tetapi ‘Good Morning to All’. Lagu ini digunakan sebagai ucapan kelas setiap hari untuk kanak-kanak di kelasnya. Pada setiap pagi, murid-murid akan menyanyikan lagu ini sebagai ucapan selamat pagi. Lagu ini juga menjadi sebahagian dari buku “Kisah Lagu untuk Tadika” yang mereka tulis dan diterbitkan pada tahun 1893. Walaupun lagu ini pada asalnya digunakan sebagai ucapan selamat pagi. Apabila tiba hari kelahiran mana-mana murid di dalam kelasnya, mereka akan menukar liriknya kepada ‘Happy Birthday to You’ daripada ‘Good Morning to All’. Bermula daripada situ, lagu ini semakin popular dinyanyikan terutamanya ketika sambutan kelahiran.
Oleh kerana populariti lagu ini yang semakin berkembang, adik beradik ini mengajukan tuntutan terhadap penggunaan yang tidak berlesen. Bahkan lagu ini pernah digunakan di dalam sebuah muzikal Broadway, The Band Wagon tanpa pengetahuan mereka. Tetapi malangnya kedua-dua pencipta asal lagu ini tidak pernah mendaftar hak cipta lagu ‘Happy Birthday’ ini sebaliknya hanya melakukannya untuk lagu ‘Good Morning to All’. Mereka kemudian mendaftar hak cipta lagu ini bersama Clayton F. Summy Company. Sehingga kini hak cipta lagu ini masih menjadi perebutan walaupun pencipta asal sudah tiada. Sumber:ALL THAT'S INTERESTING |
Perawankota replied at 6-3-2021 04:06 AM
Oo itu kisahnya
ADVERTISEMENT