Kelihatan jutawan kosmetik Datuk Seri Vida tidak selesa apabila warganet memperlekehkan cincin dipakainya seperti kerongsang. Tegasnya, dia bukan seorang yang ingin meraih perhatian di media sosial dengan memakai kerongsang di jari bagi menggantikan cincin.
"Mana ada brooch (kerongsang)! Itu cincin rekaan saya. Saya seorang sahaja yang pakai kat Malaysia. "Kalau brooch, mahu koyak baju. Itu cincin rekaan dari kedai saya, Telaga Emas. "Saya seorang sahaja yang pakai cincin macam ni kat Malaysia. Orang lain tak pakai. Suka hati sayalah nak pakai cincin emas besar-besar," katanya ketika dihubungi Kosmo! Online. Malah, dia turut menempelak kebanyakan pihak yang mendakwa ???money can???t buy class??? (duit tak boleh beli darjat). "Orang yang tak mampu memanglah cakap 'no class', cuba kalau mampu, macam mana? High classlah!" ujarnya.
|
ADVERTISEMENT