CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Cantik Betul Rambut Kepuk-kepuk Da'i Syed, Apa Rahsianya?

6-3-2021 03:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7376| Komen: 25

Sejak kembali aktif di media sosial, pendakwah muda Da'i Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful terus menjadi tumpuan netizen.

Tapi tumpuan itu bukanlah membabitkan kes jenayah seksual yang dihadapinya, sebaliknya penampilan berambut panjang mengurai.



Kredit foto: IG/TikTok

Rata-rata memuji jejaka berusia 26 tahun itu kerana pandai menguruskan rambut agar kelihatan sihat dan cantik.

Berkongsi rahsia penjagaan rambut kepada mStar, Syed Shah Iqmal yang baru sahaja melancarkan single terbaharu berjudul Ya Habib berkata dia tidak menggunakan pengering rambut selepas mandi.

"Saya ni bukan orang yang suka guna pengering rambut selepas mandi... saya tak macam tu.

"Saya bungkuskan rambut dengan tuala selama kira-kira satu jam setengah sambil tengok TV atau saya makan, saya bungkus la.

"Tak kira siang atau malam, asalkan selepas mandi saya akan bungkus dengan tuala biar kering sendiri. Kalau guna hairdryer ia boleh merosakkan rambut anda," katanya kepada mStar.


Pada Khamis mStar menerusi aplikasi TikTok berkongsi rakaman video yang dirakam secara candid ketika Syed Shah Iqmal membelai-belai rambutnya sebelum sesi sidang media.



Video berkenaan mengundang pelbagai komen yang antaranya melahirkan rasa cemburu dengan 'mahkota' pendakwah berkenaan.

Malah ada antara mereka turut meminta tip bagaimana untuk mendapatkan rambut yang cantik dan sihat seperti itu.

Sementara itu Syed Shah Iqmal ketika ditanya mengenai produk yang digunakan bagi penjagaan rambut, dia berkata hanya mengamalkan syampu biasa.

"Sebenarnya saya ni tak pakai produk (istimewa) apa pun. Memang saya jenis suka menjaga rambut, pakai shampoo macam biasa je," katanya ringkas.

Pada 10 Disember tahun lalu, Syed Shah Iqmal didakwa atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul kehormatan di Mahkamah Petaling Jaya, dan pada hari yang sama di Mahkamah Shah Alam pula dia menghadapi tuduhan merogol seorang wanita.

Dia mengaku tidak bersalah bagi semua pertuduhan terhadapnya.


Sumber: mStar

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 6-3-2021 04:03 PM
Jangan jadi syarifah pulak lepas ni.lain machem gaya sekarang.sebutan kes bila?
Quote husna_amal 6-3-2021 04:23 PM
Rambut cantik buat modal perangkap gadis.
Quote bakingsoda 6-3-2021 04:26 PM
tapi takleh nafikan rambut dia mmg cantik tebal
Quote Kurex 6-3-2021 04:50 PM
Berkepuk kepuk berkepuk kepuk kelempuk
Quote LadyCarefree 6-3-2021 06:04 PM
Cantik tang mana? Serious tanya. Rambut dia nampak kering xsihat and lama xtouch up kemaskan the cut
Quote tagas 6-3-2021 06:47 PM
Enjoy la rambut panjang bagai puas2

jatuh hukum kena sumbat penjara esok

da kena kasi botak kpale
Quote giyomi 6-3-2021 07:31 PM
masih ada yg memuji walapon... benar kata org dunia makin hampir kepenghujung, org yg sedia maklum camne ni pon masih ada yg terhegeh2
Quote Zazama 6-3-2021 08:17 PM
Da'i? Mungkin dah tak releven..
Quote Tinot7 6-3-2021 08:51 PM
Mcm pompan.. tak lama lagi kluar kabinet lerr tu..
Quote sawi_bayam 6-3-2021 09:19 PM
Yucks. Fefeeling la mamat ni.
Quote 3480 6-3-2021 09:26 PM
Geli..
Dok jilat2 mulut ingat seksi la tu
Quote salmon-suki 6-3-2021 09:50 PM
Poyo laaa ko syitttt...xkan laa xpernah pegi bt rawatan etc .tgk rambut pn kaler2..nak tipu betina2 birah kt ig ko tu boleh laa..nak tipu org cerdik,mmg idok lerrrr..syitsyitsyit!
Quote umbut 6-3-2021 10:18 PM
Byk page dah kena bayar ke up mamat ni. Ko perasan hemsem ke.. poyoooo
Quote missyL 7-3-2021 07:00 AM
giyomi replied at 6-3-2021 07:31 PM
masih ada yg memuji walapon... benar kata org dunia makin hampir kepenghujung, org yg sedia maklum c ...

Kan u seram
Quote SecretLuv 7-3-2021 09:30 AM
Ha'ah la.. Kenapa dia color kan rambut
Quote Normabaru 7-3-2021 10:42 AM
pic kanan tu dah sebijik sharifah mikel jackson..
Quote AppropriateNick 7-3-2021 11:05 AM
bodoh punya berita
Quote dua_chzy 7-3-2021 01:52 PM
umbut replied at 6-3-2021 10:18 PM
Byk page dah kena bayar ke up mamat ni. Ko perasan hemsem ke.. poyoooo

Sah2 la. Guna duit untuk cuci kontroversi.
Quote irish_ieka 7-3-2021 02:38 PM
dh mcm singa pulok. rambut kembang kepala kecik

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.068317 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top