Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok memadam perkataan ‘Melayu’ pada hantaran di Facebooknya yang menceritakan perihal seorang wanita Melayu yang datang meminta bantuan kepada beliau selepas dihimpit kesesakan hidup.
Dalam hantaran asal pada 4 Mac lalu, Ahli Parlimen DAP itu menyatakan seorang wanita Melayu datang ke pusat perkhidmatannya untuk memohon bantuan makanan untuk dirinya dan lima orang anak di rumah. Bagaimana Teresa mendapat kritikan kerana mengaitkan bantuan itu dengan kaum tertentu dan kemudiannya memadam perkataan Melayu. Dalam hantaran itu, Teresa berkata, wanita tersebut menangis selepas diberikan bantuan makanan dan wang tunai berjumlah RM300. Dia turut terkejut wanita itu bukan sahaja menangis tetapi juga tunduk ke bawah untuk menyentuh kakinya sambil banyak kali mengucapkan terima kasih. Teresa berkata, dia telah meminta kebenaran daripada Siti Noor Madzariah untuk meletakkan gambar beliau pada hantara tersebut dan rayuannya untuk mendapatkan pekerjaan.
Selain wanita itu beberapa petugas memberitahu beberapa orang yang dalam kesulitan turut datang memohon bantuan makanan dan wang di pusat perkhidmatan itu. Sumber: Suara Merdeka
|
white_musk replied at 7-3-2021 01:29 PM
Mana suaminya? Mana datang anak 5 orang itu?
matchstick: Mcm puak yenna pulak smpi sentuh kaki orang tu sbb terlalu bersyukur
dua_chzy: Tapi biasa kan if ahli politik ka sesapa la orang Melayu bagi bantuan, juga akan mention kaum?
gigahertz replied at 7-3-2021 02:43 PM
kaum lain xde baitumal , Jais , zakat.
org melayu ada zakaf / baitumal. kes mcm ni
jabatan agam ...
gigahertz replied at 7-3-2021 02:43 PM
kaum lain xde baitumal , Jais , zakat.
org melayu ada zakaf / baitumal. kes mcm ni
jabatan agam ...
Friska replied at 7-3-2021 01:25 PM
Miris ya nasib pramugari ya, sudah tidak ada job
bangcak replied at 7-3-2021 03:08 PM
pedulik apa org nak tuduh rasis ka,
jarum2 halus ka,
pakletop replied at 7-3-2021 02:58 PM
Yg pasti pompuan yg claim xMAS tapi
Kesatuan pekerja MAS tak dapat pastikan sebab dia tak kenal x ...
ADVERTISEMENT