CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Asal Usul Kereta Pertama Malaysia Dan Dari Mana Datangnya Nama Proton Saga

7-3-2021 11:27 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5937| Komen: 5|Original author: piao



Tahun 1985 merupakan tahun yang agak gemilang buat Malaysia di mana industri automotif pertama Malaysia iaitu Proton mula mengorak langkah. Dengan penlancaran model pertama kereta nasional, iaitu Proton Saga, Malaysia mula dikenali di mata dunia setelah kereta-kereta nasional kita mula dipasarkan di luar negara. Mengikut kiraan hasil jualan, kereta Proton Saga telah terjual lebih 1.2 juta unit sejak pertama kali ia dilancarkan. Memang menjadi satu kebanggaan buat pemilik kereta Proton Saga kerana kereta ini mempunyai sentimental value yang sangat tinggi.

Permulaan Era Baharu
Proton Saga dibina menggunakan landasan kereta Mitsubishi Lancer hasil kerjasama dengan syarikat permotoran dari negara Jepun, Mitsubishi Motors Corporation. Hasil daripada kerjasama ini jugalah terhasil beberapa model kereta di bawah Proton seperti Proton Wira dan Proton Waja. Walaupun adanya kerjasama strategik ini, terdapat juga segelintir rakyat yang merasakan Proton sekadar meniru atau rebadge model kereta dari Mitsubishi dan menukarkannya kepada Proton. Ianya tidak seperti yang kita fikirkan sebenarnya.




Bagi sebuah negara yang masih dianggap sebagai developing country, adalah sukar untuk membangunkan sebuah industri automotif tanpa sumber teknologi dan juga kepakaran secara tempatan. Kerjasama strategik dengan syarikat Mitsubishi merupakan langkah bijak daripada Proton dimana pemindahan dan kepakaran bidang automotif kepada syarikat Proton telah berlangsung secara aktif. Hasilnya, Malaysia mempunyai kepakaran untuk design kereta 100% secara tempatan seperti Proton Gen-2, Proton Savy, Proton Persona dan Proton Iriz.

Ramai juga pakar-pakar bidang automotif dilahirkan selari dengan kepesatan industri automotif negara. Sebelum adanya industri automotif, memang semua rakyat Malaysia tak pernah terfikir akan jadikan bidang automotif sebagai satu cabang kerjaya.

Dari Mana Datangnya Nama Saga?
Kalau ditanya kepada rata-rata rakyat Malaysia dari mana datangnya nama Proton Saga, mesti ramai akan jawab dari biji buah saga yang mudah didapati di Malaysia. Itu adalah tidak tepat kerana terdapat kisah tersendiri dari mana datangnya nama Proton Saga tu.




Sebelum pelancaran Proton Saga pada bulan September tahun 1985, pertandingan untuk mencari nama bagi model pertama Proton ini telah diadakan. Pertandingan yang dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia ini telah menarik penyertaan sebanyak 102,823 orang. Boleh tahan ramai juga yang nak turut serta bagi cadangan nama untuk kereta pertama kebangsaan masa tu. Akhir sekali hanya tiga nama yang menjadi penentu bagi nama model pertama Proton iaitu Saga, Perdana dan Gagah. Akhirnya, tentulah Saga dipilih sebagai nama bagi model pertama Proton.



Sebenarnya nama Saga ini tidak dicadangkan oleh seorang peserta. Tetapi terdapat 11 orang yang menamakan Saga, dan kemenangan berpihak kepada Sarjan Ismail Jaafar yang bertugas di Markas Tentera Dua Divisyen, Pulau Pinang pada waktu itu. Apa yang membuatkan beliau dipilih menjadi juara?

Kisahnya bermula apabila beliau sedang bermain permainan Scrabble dengan rakan-rakan sekerjanya. Pada masa tu, beliau menyusun frasa ‘saga’ yang bermaksud sebuah kisah yang panjang dalam Bahasa Inggeris. Macam Star Wars Saga lah yang menunjukkan cerita tu panjang. Pada ketika itu beliau mendapat idea untuk menterjemahkan frasa ‘saga’ itu dan memberi maksud bagi setiap huruf tersebut.

S = Safety, Stability (keselamatan, kestabilan)

A = Achivement (pencapaian)

G = Greatness (keagungan)

A = Ability (kebolehan)

Jadi dari situlah datangnya nama Proton Saga yang diambil daripada perkataan bahasa inggeris dan diberi makna bagi setiap huruf. Mungkin disebabkan beliau berseloroh ketika ditanya dari mana datangnya perkataan saga itu, dan menjawabnya dari biji buah saga, maka ramai yang ingat itulah asal-usul nama Proton Saga.



Sumber: Sentiasa Panas


5

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • piao


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 7-3-2021 11:32 PM
Lejen nihh.busuk2 masih boleh jual 2000 hengget.
Quote piao 8-3-2021 12:12 AM
2000 pun klu dpt yg spec original baloi la..
Quote Perawankota 8-3-2021 01:38 AM
Keras proton dulu2
Quote Ain_h 17-3-2021 11:49 AM
Wow nice info
Quote eddyann 8-8-2021 11:19 AM
saga batch awal2 barang bagus. komponen banyak import MMC made in japan. kualiti beza dengan local punya barang

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.045822 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top