"Belum ada apa-apa lagi. Dia berikan cincin ini saja-saja. Dia tak hantar tanda lagi tapi perancangan itu ada. Bila tarikhnya tunggulah." Demikian nafi penyanyi dan pelakon Kilafairy yang didakwa sudah dilamar kekasihnya Sa'aid Umar Aiman.
Kilafairy, 28, atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir berkata demikian dalam program Melodi. Katanya, cincin itu dipakai sekadar suka-suka. Bagaimanapun, dia memaklumkan mereka serius menjalin hubungan. "Sudah tentu kami ada bercakap soal kahwin. Tapi bila tarikhnya, saya serahkan kepada pihak lelaki. Sebagai perempuan saya rasa segan nak cakap. "Sejujurnya memang kami ada cakap fasal perancangan yang akan datang. Tunggu sajalah kalau jadi semua orang pasti akan tahu. Nantikanlah. Saya tak tahu bila perancangannya. Tunggu pengumumannya nanti," katanya.
Kilafairy sebelum ini berkongsi mengenali teman lelakinya itu ketika di bangku sekolah sejak 13 tahun lalu. "Tapi kami baru bercinta setahun lebih. Kalau ada jodoh, insyaAllah," katanya kepada Harian Metro. - CARI
|
ADVERTISEMENT