CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zul Yahya 'Keluar', MK K-Clique Pula Tuntut Ilmu Ikut Jemaah Tabligh

8-3-2021 07:00 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8370| Komen: 41

Jika sebelum ini Zul Yahya enggan namanya dikaitkan lagi dengan jemaah tabligh, penyanyi rap MK K-Clique pula menyertai kelas agama bersama kumpulan itu.


Kredit foto: MK


Dalam foto dikongsi di Instagram, MK atau nama sebenar Muhammad Hairi Amin Hamdan, 25, dilihat mengikuti kelas berkenaan bersama beberapa rakannya termasuklah pelakon Mas Khan.

Menurut pengurusnya iaitu Kie Razid, penyanyi lagu Pulang itu menyatakan hasrat mengikuti kelas tersebut sejak tiga minggu lalu.

MK bersama beberapa temannya difahamkan berkampung di Jerantut, Pahang selama tiga hari mendalami ilmu agama.



"Dia sendiri yang nak sertai kelas agama itu. Sepanjang tempoh tiga hari itu dia mengikuti pengajian asas agama termasuklah buat aktiviti sunnah seperti menunggang kuda dan makan dalam dulang beramai-ramai.

"Kalau tengok foto yang dikongsi, dia nampak seronok mengikuti kumpulan tersebut. Dia juga tanggal rantai dan gelang semua... beberapa hari ini dia tak aktif di media sosial kerana fokus dengan kelas, telefon pun ditutup.

"Alhamdulillah benda baik kita sokong, apa yang penting niat dia untuk berubah," katanya kepada mStar.




Sementara itu, Kie memaklumkan MK akan pulang ke Kuala Lumpur pada malam ini dan meneruskan kerjaya seninya seperti biasa.

Salah seorang pelakon yang turut menyertai kumpulan tersebut iaitu Mas Khan yang dihubungi pula enggan mengulas lanjut mengenai penglibatannya itu.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote piao 7-3-2021 11:45 PM
[tiktok]https://www.tiktok.com/@ikasakhir/video/6936586924970872066?referer_url=https%3A%2F%2Fohmymedia.cc%2Fdah-tak-nampak-pakai-emas-mk-k-clique-keluar-tuntut-ilmu-ikut-jemaah%2F&referer_video_id=6936586924970872066&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6936506596889544193[/tiktok]
Quote Rhyno 7-3-2021 11:56 PM
lepas 3 hari dia pakai rantai semula....
Quote piao 8-3-2021 12:02 AM
Rhyno replied at 7-3-2021 11:56 PM
lepas 3 hari dia pakai rantai semula....

adehh gituu
Quote user.name 8-3-2021 12:30 AM
rokok tetap tak tinggal yachhh
Quote hangdenim 8-3-2021 04:27 AM
Overrated la... koser
Quote tick 8-3-2021 07:32 AM
pandai pulak masuk tabligh tapi habis tanggal semua rantai gelang emas?
maknanya ko tau la lelaki tak boleh pakai emas kan?
Quote toxicated 8-3-2021 07:43 AM
Hari keempat dh bleh pakai rantai gelang balik lah kalau gitu, mcm kwn aku balik2 mekah terus onzz segala rantai..gitu pun voley.
Quote Nenasketum 8-3-2021 08:00 AM
Dah pulak. Pastu jadi anti vak, biar lah mati nanti katanya.
What’s with the kuda ek, cult ke hapa Tabligh ni?
Quote Redmyvi 8-3-2021 08:06 AM
Bagusla kalau ramai org terbuka hati dgn aktiviti keagamaan.. golongan retis ni pun tajk terkecuali la tambah2 diorg kt public figure..

nak berubah jadi baik ni senang.. nak istiqomah tu yg susah..  
Quote Kurex 8-3-2021 08:33 AM
Jgn jadi tabligh penonggeng agama & kepam
Quote Boomibulat 8-3-2021 08:41 AM
X heran..Sajat dh sampai Mekah pun..
Quote Belibis 8-3-2021 08:52 AM
Nenasketum: Dah pulak. Pastu jadi anti vak, biar lah mati nanti katanya.What’s with the kuda ek, cult ke hapa Tabligh ni?

Berkuda,berenang,memanah adalah diantara sunnah nabi.
Artis ni...bila join tabligh jer mula lah rasa lebih alim dari orang lain.haishhhh.
Quote awanysss 8-3-2021 11:08 AM
tick replied at 8-3-2021 07:32 AM
pandai pulak masuk tabligh tapi habis tanggal semua rantai gelang emas?
maknanya ko tau la lelaki t ...

rasanya dia prnah ngaku yg dia tahu.. tp dia pakai sbb minat..
meols ada soft spot kat dia.. harapnya cepat la dia cabut emas2 tu..
pastu kawen ngan meols, bg emas kat meols je
Quote JalaEmas 8-3-2021 11:13 AM
sajat keluar mesia, smpai mekah bt umrah siap bertelekung gituu
Quote tick 8-3-2021 11:22 AM
awanysss replied at 8-3-2021 11:08 AM
rasanya dia prnah ngaku yg dia tahu.. tp dia pakai sbb minat..
meols ada soft spot kat dia.. hara ...

ohhh yeke... telepas ketapi la iolls nih...
ok la iolls doakan uoll berjodohan dgn dia. nnt pkai emas smpai keti. kikikiki
Quote LadyCarefree 8-3-2021 01:24 PM
Tunggang selagi boleh
Quote haruslah 8-3-2021 01:29 PM
Penting utk jadi lebih baik dr smlm
Bukan kekal statik yachhh
Quote caprut 8-3-2021 01:42 PM
Boomibulat replied at 8-3-2021 08:41 AM
X heran..Sajat dh sampai Mekah pun..

Safiey pon. Haha
Quote bruberry88 8-3-2021 01:44 PM
mwahugz memang masuk dalam list calon ciri ciri swami impian saya.. hehekz

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.064395 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top