Sering tampil menarik setiap kali muncul di TikTok, fesyen yang digayakan gadis ini ternyata mencuri tumpuan ramai. Biarpun video yang dihasilkan kelihatan bersahaja dan effortless, ia menerima jutaan tontonan dan turut dihujani pelbagai komen netizen.
Terbaharu, video Wan Nor Ridayu Wan Mohd Sukri, 17, dalam busana putih dan ungu meraih hampir lima juta (kini tujuh juta) tontonan di aplikasi TikTok. Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Yuyu mengakui kebanyakan content yang dikongsi berkaitan dengan fesyen dan tips penggayaan khususnya untuk kaum hawa. "Saya banyak buat perkongsian video mengenai outfit, bagi tip untuk penggayaan pakaian. "Memang saya suka fesyen sejak kecil lagi. Keluarga juga suka berfesyen. Suka pakai baju lain daripada orang lain. "Saya tak ada sesiapa yang menjadi rujukan. Kebanyakannya saya mix and match sendiri dan rujuk YouTube," ujarnya yang menetap di Terengganu.
Tambah Yuyu, apa yang penting, setiap individu haruslah yakin dan selesa dengan apa sahaja yang digayakan mereka. Menurut model sambilan itu, dia juga tidak terlepas menerima kecaman setiap kali berkongsi video baharu buat pengikutnya di TikTok. Namun kata Yuyu, setiap individu haruslah menjaga adab dan tutur kata setiap kali menulis agar tidak mengguris hati orang lain. "Kecaman terlalu banyak. Ada orang cakap style saya macam sampah. Ada juga yang tegur pasal aurat. "Kalau nak ikutkan, memang terasa hati. Tapi saya ambil positif. Ada juga yang maki-maki. saya tak letak dalam hati. "Kalau mereka ada adab, boleh tegur secara personal. Kalau di ruangan komen pun, janganlah sampai menghina. Boleh pesan elok-elok. "Kita pun tak tahu orang struggle macam mana. Setiap kita ada dugaan masing-masing," kata anak kelima daripada tujuh beradik itu. Bercerita mengenai dirinya, Yuyu yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok dan 43,000 pengikut di Instagram mengakui sudah berhenti sekolah sejak berusia 14 tahun. Tidak menggalakkan anak muda lain untuk mengikut jejak sama, Yuyu bagaimanapun tidak pernah menyesali keputusan itu dan dia kini fokus membantu bisnes keluarga. "Keluarga saya buat bisnes. Macam kakak ada keluarkan kosmetik. Saya banyak tolong dia. Banyak modelling untuk jenama kakak juga. "Ramai pertikai termasuk kawan sendiri. Mereka kata saya akan jadi bodoh dan tak boleh berjaya. Ada yang kata saya tak akan ke mana kalau tak ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). "Saya tak kisah, sebab ada rezeki masing-masing, perjalanan masing-masing. Saya berhenti pun keputusan sendiri. Saya rasa lagi suka buat bisnes. "Keluarga pun beri sokongan. Mereka tahu apa yang saya nak buat. Saya tak pernah menyesal. Dah berhenti sekolah tak bermakna saya dah tak belajar langsung. Saya banyak belajar sendiri," jelasnya lagi. Menurut Yuyu, dia juga sedang merancang untuk mengeluarkan produk fesyen jenama sendiri tidak lama lagi. Sumber: mStar
|
Tinot7 replied at 8-3-2021 07:51 AM
Dia tak amik spm? Muda2 jaman pandemik ni mmg la ramai saporter.. bila dah tua esok lusa, nak cari m ...
riyadhK replied at 8-3-2021 07:52 AM
Semestinya la
Nana_Man: And ppl tetap support products bodoh ni.
ADVERTISEMENT