Putera Harry dan isterinya Meghan Markle mendakwa sudah berkahwin secara rahsia iaitu tiga hari lebih awal daripada upacara rasmi. Perkara itu didedahkan oleh Meghan ketika ditemu ramah oleh Oprah Winfrey dalam rakaman yang disiarkan pada Ahad di Amerika Syarikat.
"Tiga hari sebelum majlis perkahwinan rasmi, kami berkahwin. Tiada siapa yang tahu mengenai perkara ini. "Kami menghubungi Ketua Biskop Canterbury, Justin Welsby dan memaklumkan majlis perkahwinan ini adalah untuk tontonan dunia tetapi kami mahu penyatuan ini adalah antara kami berdua sahaja," katanya. Perkahwinan Meghan dengan pewaris keenam takhta Britain itu berlangsung di Gereja St George, Istana Windsor pada 18 Mei 2018 dengan disaksikan jutaan peminat keluarga diraja itu seluruh dunia.
Dalam temuramah itu, Harry dan Meghan turut mengumumkan jantina anak kedua mereka yang bakal menimang anak perempuan tidak lama lagi. -CARI Sumber: Harian Metro
|
slavehunter: Suka sangat langgar protocol. Mesti dia namakan baby girl tu "Diana. Pandai berlakon naive dan victim narcs ni.
bungarose replied at 8-3-2021 02:31 PM
Aper yang harry terpengaruh sangat dengan megan.
Harry dibesarkan dalam istana kot
alesandra replied at 8-3-2021 04:10 PM
Harry tu bukan ank charles.. itu aku yg aku yakin sgt. so kalau diorg nak buang pun x rugi apa pun.
Amandaminaj96 replied at 8-3-2021 06:46 PM
Harry ni ikut muka sapa? Belah charles pun tak...diana pun tak..
Amandaminaj96 replied at 8-3-2021 06:46 PM
Harry ni ikut muka sapa? Belah charles pun tak...diana pun tak..
BicaraHatiku replied at 8-3-2021 06:51 PM
Muka sebijik Diana punya polo instructor.. Captain James Hewitt
alesandra replied at 8-3-2021 06:54 PM
muka bapak kandung kot.takde laa..ada pulak komen mostly dari americans yg marah sgt kt royal ..ke ...
ADVERTISEMENT